SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

SeraiMas Tag

10 KEBAIKAN MADU Madu (Honey) mengandungi kualiti nutrisi dan ubat-ubatan yang tinggi dengan anti-oksida, anti-jangkitan dan anti-bakteria yang telah digunakan untuk menyembuhkan penyakit usus, luka-luka kulit dan batuk. Antara kebaikan madu adalah : 1. Sumber Vitamin Dan Mineral. 2. Meningkatkan Jumlah Sel Darah Merah. 3. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah. 4. Meningkatkan Daya Ingatan. 5. Sebagai Prebiotik. 6. Untuk Kulit Yang Lebih Sihat. 7. Penawar Batuk. 8. Mengurangkan Simptom Alergik. 9. Memberikan Tenaga. 10. Mencegah Kanser Dan Masalah Jantung Untuk pengetahuan semua, madu merupakan salah satu kandungan yang terdapat di dalam Hidayah Gold Plus Collagen keluaran SeraiMas Herbs. Antara kandungan lain ialah Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan lain-lain. Nak maklumat lanjut mengenai Hidayah Gold Plus Collagen. Klik disini: https://seraimas.my/hidayahgold

PENYAKIT UTAMA DI MALAYSIA! Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit utama di Malaysia. Ia bukan sahaja melibatkan golongan berusia malah golongan muda seawal usia 20-an. Anda mungkin sering mendengar berkenaan serangan jantung, namun adakah anda mengetahui #penyebab kepada penyakit ini? Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah (arteri) menjadi sempit akibat plak lemak dan mengakibatkan aliran darah ke jantung terganggu. Keadaan ini dikenali sebagai Aterosklerosis yang menyebabkan Penyakit Arteri Koronari. Aterosklerosis terus meningkat di Malaysia dan Asia sebahagian besar disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan lain-lain lagi. Akibatnya, masalah obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi juga meningkat dan menyumbang kepada risiko penyakit ini. Setiap individu perlu bertanggungjawab ke atas kesihatan diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga tabiat pemakanan sejak muda lagi. Amalkan pengambilan Hidayah Gold Plus Collagen sebagai makanan tambahan yang mampu membantu mengawal masalah

NAK BEBAS MASALAH JANTUNG? BACA NI. Masalah jantung merupakan masalah utama bagi seluruh masyarakat dunia. Selain pemakanan tak seimbang, ramai tak percaya, kerja lebih masa merupakan punca yang kerap masyarakat abaikan. Terlalu komited dengan kerja atau bos paksa untuk siapkan kerja sehingga terpaksa bekerja lebih masa tak mampu mengembalikan jantung yang sihat.  Kajian menyatakan, pekerja yang bekerja lebih 60 jam seminggu, mempunyai kemungkinan hadapi masalah ini sebanyak 42%. Manakala pekerja bekerja lebih 75 jam seminggu, kemungkinannya ialah 63%. Umum juga tak akui bahawa kerja lebih masa tidak meningkatkan produktiviti dalam bekerja, malah menurun. Jika diberi pilihan, nak kerja lebih masa atau nakkan jantung yang sihat, anda nak yang mana?

Faktor utama risiko menghadapi masalah sendi. Antara faktor utama risiko menghadapi masalah sendi ialah: 1. Usia meningkat - semakin berusia, sendi-sendi akan lebih mudah untuk mendapat kecederaan. 2. Berat badan berlebihan - kegemukan menyebabkan tulang terpaksa bekerja lebih keras untuk menampung berat terutama kaki dan paha. 3. Kerap menggunakan sendi -  pekerjaan yang menggunakan fizikal sering mendedahkan sendi kepada kecederaan yang lebih kerap 4. Faktor genetik - masalah sendi boleh didapati secara turun temurun 5. Otot yang lemah - sokongan otot yang lemah keliling sendi meningkatkan risiko kecederaan pada sendi

Mesti ramai kan yang nak pergi Dataran Merdeka esok di Putrajaya. Tak tunggu besok pun malam ni kompem dah penuh dataran tuh sebab nak tengok bunga api. Uish, bestnyaaa ! Jadi, untuk mereka yang nak pergi tengok perarakan Merdeka esok tu, kena lah gerak awal pagi sebelum Subuh. Tak nak kena jammed dan takde tempat duduk nanti. Tapi kalau dah penuh masa datang tu.. Kena lah zoom in pakai telefon/kamera aje perarakannya hehehe.. Malam nie jom kita prepare untuk besok, dari segi pakaian, jenis mekap ketika bawah cahaya matahari, dan macam-macam lagi. TIPS PERGI PERARAKAN MERDEKA : Pertama sekali, WAJIB BAWAK AIR MINERAL. Perarakan ni akan berlangsung dari pagi sampai ke tengahari. Dan dalam masa nak menonton tuh korang akan dahaga kepenatan berhadapan dengan orang yang sangat ramai. Sebelum pengsan tak jumpa air, baik sediakan awal-awal dari rumah. Kedua, PAKAI PAKAIAN YANG SENANG BERGERAK. Seperti

Nak tau macamana strok terjadi? Kebiasaannya, strok terjadi pada pesakit disebabkan oleh saluran arteri semakin keras dan sempit. Ini dipanggil Atherosclerosis. Plag terhasil dari lemak, kolesterol, kalsium dan bahan bendasing yang tak hadam berkumpul di dalam arteri menyebabkan salur darah makin lama makin sempit.  Ini menghalang darah dari mengalir dengan sempurna ke seluruh bahagian dan otak. Pabila sumbatan ini terjadi di saluran sempit, ISCHAEMIC STROKE akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tak dikawal lalu menyebabkan dinding arteri tak mampu menampung tekanan tersebut. Ini menjadi punca kepada kebocoran salur darah. Antara masalah utama menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. 1.Tekanan darah tinggi 2.Tinggi kolesterol 3.Penyakit Kencing manis 4.Kegemukan Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.

Tips Nak Sihat Secara Semulajadi bersama Seraimas, Raja Segala Herba 1. Dapatkan 3 biji bendi yang segar. 2. Potong kedua bahagian hujung bendi segar itu tadi dan potong dibahagian tengah bendi tersebut.  3. Rendamkan bendi yang telah dipotong ke dalam segelas air kosong. 4. Biarkan bendi itu direndam semalaman. 5. Keesokannya, keluarkan bendi dari air rendaman, dan minum air tersebut. Air rendaman bendi ini sesuai diminum oleh mereka yang ada masalah darah tinggi, diabetes, gout dan lain-lain. Selamat mencuba P/s: Bendi yang dah direndam tu, dah tak boleh digunakan untuk masak asam pedas dah ya.