Pernah anda mengimpikan destinasi percutian indah yang menontonkan pemandangan luas terbentang bertemankan bunyi kicauan burung dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa?
Mengenali keunikan budaya tertentu dan kehijauan alam memberikan ketenangan kepada emosi. Tentu seronok lagi apabila ditemani dengan insan tersayang bukan?
Sebahagian anda mungkin sedang mengalami “burn out” atau terlalu penat dengan lambakan kerja hingga menjejaskan kesihatan mental.
Inilah peluang untuk keluar sebentar daripada kesibukan dunia dan berehat ke lokasi idaman yang sudah lama anda impikan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang sering merunsingkan fikiran anda apabila hendak melancong iaitu wang.
Ia selalu menjadi penghalang utama daripada anda untuk menikmati percutian idaman.
Dengan ekonomi kini telah memaksa anda untuk membeli barangan keperluan dengan harga mahal dimana menyukarkan lagi anda untuk melancong.
Masalah kewangan menjadikan anda semakin tertekan sebelum mula melancong lagi.
Berhenti berfikir! berikut beberapa tips yang mudah untuk kumpul wang sebelum melancong:-
1. Perancangan Perbelanjaan Lebih Awal
Syarat utama sebelum melancong di dalam atau diluar negara, pastikan membuat senarai perancangan bajet terlebih dahulu yang diperlukan untuk melancong.
Perkara ini penting untuk merancang kos yang akan digunakan dan diperlukan semasa melancong dengan cara menganggarkan sejumlah wang.
Jika melancong di luar negara, anda perlu ambil tahu nilai mata wang negara tersebut untuk menyenaraikan dahulu beberapa jenis kos perbelanjaan seperti kos penginapan, kos makanan, kos pengangkutan dan kos menjalankan aktiviti ketika bercuti.

Percutian lebih menjimatkan apabila bergerak secara berkumpulan kerana ia banyak mempengaruhi jumlah perbelanjaan yang akan digunakan berbanding solo backpacker.
Misalnya, anda lebih berjimat dengan menyewa sebuah kereta dan menginap di tempat yang sama, pasti mengurangkan kos perbelanjaan daripada melancong secara bersendirian.
2. Mencari Tawaran Yang Berbaloi

Sentiasa mencari tawaran harga percutian yang memberikan pakej lengkap dan berbaloi.
Anda perlu rajin ‘scroll’ media sosial dan browser kerana banyak promosi ditawarkan terutama pada akhir tahun.
Kebiasaan syarikat penerbangan atau agensi pelancongan akan menawarkan pelbagai diskaun yang lebih jimat seperti Traveloka, Booking.com, Air Asia, MAS dan sebagainya.
Jangan terlepas tawaran hebat dan sentiasa peka dengan mengaktifkan notifikasi untuk mudah mendapatkan maklumat.
Muat turun aplikasi-aplikasi pelancongan yang banyak memberikan harga rendah atau diskaun untuk memasuki pameran tertentu atau melakukan sebarang aktiviti di lokasi percutian tersebut.
Perbanyakkan membuat pencarian dan pembacaan daripada pengembara yang banyak melancong di dalam atau luar negara untuk mendapatkan tips yang lebih bernilai dan memudahkan percutian anda kelak.
3. Menyertai Duit Kutu
Anda perlu mencari kumpulan yang boleh dipercayai dan telah lama bermain duit kutu supaya lebih menyakinkan untuk meyimpan.
Bermain dengan duit kutu ini perlu ketahui teknik permainan dan gaya simpanan yang betul untuk memastikan setiap pemain lebih berdisiplin menyimpan wang dalam jumlah tertentu.
Lagi ramai bermain, lagi seronok kerana mudah untuk “beranakkan” duit simpanan anda. Ini penerangan daripada Ustaz Azhar Idrus berkenaan hukum bermain duit kutu.
Setiap ahli perlu mengundi untuk menentukan giliran yang akan menerima sejumlah wang dahulu.
Permainan ini haruslah tertib dan memerlukan kepercayaan tinggi dalam kumpulan.
Walaupun anda sudah menerima wang tetapi jika belum mencapai pada sasaran tempoh tertentu, anda perlu membuat bayaran sehingga tamat.
Kebiasaan kaedah ini mudah mendapatkan wang dan melatih seseorang menjadi berdisiplin dengan menyimpan secara paksaan.
Terpulang kepada individu ingin menyimpan melalui kaedah ini atau melalui kaedah lain.
4. Jimat Berbelanja Semasa Hari Minggu
Selalunya apabila di hujung minggu atau hari yang anda bercuti, pasti akan mengeluarkan sejumlah wang untuk keluar berjalan dan santai di kafe “premium” untuk membeli suasana disana.
Pasti anggaran RM100 ke atas kebiasaan yang dikeluarkan pada hari cuti.
Sebaiknya, kurangkan berjalan pada hari minggu atau pergi ke tempat yang tidak mengeluarkan kos banyak.
Jika ingin berbelanja perlu menghadkan dan beli apabila keperluan sahaja.
Tiada masalah untuk membeli dengan harga yang lebih mahal tetapi pastikan tidak terganggu dengan simpanan wang untuk anda melancong.
5. Menyimpan Wang Setiap Hari

Kaedah ini boleh dilakukan bagi yang mempunyai sasaran simpanan dan tempoh masa untuk mendapatkan jumlah wang tertentu.
Menabung mengikut jumlah yang anda mampu seperti RM1.00 sehari.
Jika ingin mendapatkan wang yang lebih banyak dan cepat untuk melancong, mula mengumpul wang dengan jumlah yang lebih besar setiap hari seperti RM10 keatas.
Ditambah pula dengan menggunakan tabung yang susah untuk dibuka demi memastikan anda tidak mudah mengeluarkan wang daripada tabung.
Selagi tidak penuh, jangan buka tau!
Bila sasaran yang terkumpul telah tercapai, baru anda boleh bercuti dengan senang hati tetapi pastikan tetap berjimat supaya bajet percutian mengikut perancangan seperti yang telah ditetapkan.
Lebih jimat apabila membawa makanan yang kering dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
SeraiMas Kismis Hidayah adalah snek yang paling sesuai untuk dibawa semasa bercuti dan sesuai diamalkan untuk seisi keluarga.
Percutian yang berkonsepkan #HidupSihatLebihkanDestinasi akan tercapai dengan bijak memilih pemakanan yang sihat mulai hari ini.

SeraiMas Kismis Hidayah diperbuat daripada anggur hijau segar yang terpilih dan bermutu tinggi membantu membekal tenaga yang baik untuk berjalan sepanjang hari.
Sudah tentu bungkusan yang menarik dan mudah dibuka atau ditutup untuk anda mengambil.
Bukan setakat itu sahaja, produk SeraiMas telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM kerana telah mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk.
Sejak 2018, SeraiMas telah dianugerahkan oleh Asia Pacific Super Health Brand dengan kualiti dan kepuasan produk oleh pengguna.

Jika anda ingin mendapatkan SeraiMas Kismis Hidayah, klik pada ruangan kotak di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang produk!
SeraiMas Kismis Hidayah
Untuk mengetahui info yang lagi menarik, jangan lupa untuk ikuti Facebook, Instagram, Youtube dan Website SeraiMas kerana banyak lagi kupasan – kupasan penjagaan kesihatan yang akan dikongsikan khas untuk anda!
SERAIMAS | KEY TO WELLNESS
SEJAK 2005