Semenjak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilaksanakan lagi, rakyat Malaysia menggunakan peluang ini untuk merentas sempadan keluar melancong tanpa perlu khuatir.
Melancong merupakan aktiviti santai yang dapat menenangkan fikiran dan menjauhkan diri dari kesibukan pekerjaan atau masalah.
Apabila bercakap sahaja berkaitan melancong, pasti anda membayangkan pemandangan indah yang menyejukkan minda dan menenangkan jiwa setelah sekian lama terperuk di dalam rumah semasa PKP.
Aktiviti melancong tidak semestinya memerlukan belanja yang besar, tetapi memerlukan cara yang menjimatkan untuk dikeluarkan semasa bercuti adalah penting.
Anda boleh meminimumkan kos dengan bercuti secara bersendirian seperti menjadi backpacker dan menginap di hotel atau apartment bajet.
Penggunaan pengangkutan awam juga memberikan penjimatan yang banyak semasa melancong.Terdapat beberapa sebab dan faedah melancong khas untuk anda!
1. Mengurangkan Stress
Apabila terlalu lama fokus dengan pekerjaan atau masalah yang anda hadapi, sudah tentu tekanan mental dan perasaan akan memberi kesan kepada diri.
Salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan stress adalah dengan mengambil masa untuk bertenang dan pergi bercuti.
Gunakan peluang yang diberikan dan pilih lokasi percutian yang anda impikan sama ada dalam atau luar negara.
Kaedah ini mampu mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran apabila anda di sana dengan melakukan aktiviti kegemaran.
Kembali semula kepada rutin harian anda dalam keadaan yang lebih ceria dan bersemangat selepas bercuti!
2. Mengenali Budaya Baru
Sepanjang meneroka ke luar negara atau dalam negeri, sudah tentu anda akan mempelajari dan mengenali budaya baru yang memberikan faedah melancong untuk perkembangan pengetahuan dan minat.
Pendedahan terhadap budaya dan adat resam sesebuah kaum yang mempunyai pelbagai tingkah laku, bahasa, gaya hidup, kepercayaan, agama dan sebagainya dapat meluaskan pandangan dan perspektif anda dalam menilai kebaikan suatu budaya.
Dalam sudut agama Islam juga menggalakkan seseorang mencari peluang untuk meneroka ke tempat yang berbeza dari tempat asalnya dan mempelajari sesuatu dengan beberapa sudut.
Hargailah peluang keemasan ini dan terokai budaya warisan di destinasi pelancongan anda.
Jika anda di luar negara, elakkan terlalu menyanjungi kehebatan budaya di sana sebaliknya mensyukuri keunikan di negara sendiri seperti di dalam peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”.
Apabila melancong dalam negara juga terdapat pelbagai keunikan budaya di setiap daerah yang boleh dirasai bersama.
Paling penting hormati setiap budaya yang anda kenali untuk dijadikan pedoman hidup.
3. Terapkan Sifat Berani dan Ingin Mencuba
Faedah melancong yang memberikan impak jelas dalam diri adalah anda dapat memupuk sifat ingin tahu dan berani dalam melakukan suatu keputusan.
Bagaimana sifat berani dapat diterapkan? Melancong akan membawa anda melawat ke suatu lokasi baru tanpa mengetahui keadaan realiti sebenar di lokasi destinasi tersebut.
Melancong membantu anda mengatasi perasaan takut dan gementar menghadapi situasi yang berada di sekeliling anda.
Anda akan lebih banyak pelajari sejarah dan keadaan di destinasi percutian sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada masalah seperti kecurian dan ragut.
Pastinya berwaspada dan menjangkakan perkara yang berlaku pada masa akan datang.
Tidak terlewat untuk mempersiapkan diri dahulu terutama apabila melancong bersama keluarga.
4. Menambahkan Ilmu Pengetahuan
Setiap lokasi percutian idaman pasti mempunyai keistimewaan sendiri termasuk bangunan bersejarah, kesenian, makanan tradisi, barangan kraf dan lain-lain.
Ini akan menjadi tumpuan untuk anda terokai dan membuat bacaan sendiri sebagai bantuan sebelum melancong.
Jika mempunyai tour guide sendiri, pasti lebih mudah untuk ketahui sejarah dan “untold story” yang tidak didedahkan kepada dunia.
Lebih banyak bacaan dan ilmu pengetahuan, lebih cepat anda memahami selok belok perjalanan dan sejarah destinasi pelancongan anda.
Faedah melancong di negara orang memberikan anda lebih banyak ilmu dan pengajaran untuk dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan.
5. Mengeratkan Hubungan
Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga termasuk hiking, snorkeling, melawat di tempat-tempat bersejarah, bermandi-manda di pusat peranginan dan bermacam-macam lagi.
Pasti lebih seronok lagi apabila travel bersama dengan insan tersayang .
Sememangnya mudah sahaja ingin mengukuhkan hubungan kekeluargaan, persahabatan atau berpasangan, hanya beli masa untuk mereka dan luangkan sebaiknya demi menjaga keharmonian hubungan tersebut.
Inginkan Badan Kekal Cergas Sebelum Bercuti?
Tidak terlambat untuk amalkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus sebagai “makanan” tambahan yang akan membekalkan anda tenaga sepanjang hari.
Pergerakan lebih bebas dan langkah menjadi semakin jauh terutama apabila bercuti.
Hasil gabungan 6 bahan semula jadi mempunyai nutrisi daripada buah ti’in, kismis, madu, delima, goji, dan kurma.
SeraiMas Kurma Hidayah Plus bebas daripada gula sintetik dan manisannya daripada bahan semula jadi yang boleh diamalkan untuk semua peringkat usia.
Cara penggunaannya mudah dengan mengambil satu jam sebelum makan atau minum semasa perut kosong.
Kedua-duanya perlu diambil 2 kali sehari untuk dewasa (2 sudu besar) dan kanak-kanak (2 sudu teh) iaitu pagi dan malam. Pastikan goncang dulu sebelum makan dan simpan di tempat yang kering bersuhu di bawah 30°C.
Tips: Minum 8 gelas air putih untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih efektif.
Bukan setakat itu sahaja, produk SeraiMas telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM kerana telah mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk.
Sejak 2018, SeraiMas telah dianugerahkan oleh Asia Pacific Super Health Brand dengan kualiti dan kepuasan produk oleh pengguna.
Jika anda ingin mendapatkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus, klik pada link di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang produk!
Klik Sini Untuk Dapatkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus
Untuk mengetahui info yang lagi menarik, jangan lupa untuk ikuti Facebook, Instagram, Youtube dan Website SeraiMas kerana banyak lagi kupasan – kupasan penjagaan kesihatan yang akan dikongsikan khas untuk anda!
SERAIMAS | KEY TO WELLNESS
SEJAK 2005