Apabila bercakap mengenai percutian, pasti anda akan membayangkan keindahan alam mahupun keseronoakan bercuti saat melancong di dalam atau di luar negara.
Namun, terdapat kajian menunjukkan lebih 88% orang dewasa dalam keadaan murung semasa bercuti. Mengapa hal ini berlaku dan apakah penyebabnya?
Keseronokan bercuti akan hilang, apabila terlalu banyak memikirkan bagaimana mendapatkan suatu percutian yang sempurna dan tidak menyusahkan.
Ternyata ramai orang yang bimbang akan mempunyai masalah kekurangan wang untuk berbelanja, memikirkan tugasan kerja, bermasam muka dengan ahli keluarga, atau destinasi percutian tidak mengikut kehendaknya.
Faktor kewangan menjadi salah satu punca utama percutian dibelenggu dengan perasaan serba salah dan tidak mencukupi sehingga menjejaskan suasana berehat ini.
Sekiranya masih bergelut dengan perasaan kegelisahan atau kemurungan, anda mungkin akan mengasingkan diri dan merasakan tertekan kerana beranggapan suasana percutian menjadi membosankan dan membimbangkan.
Simptom-Simptom Kemurungan Semasa Bercuti
Setiap orang pasti akan mempunyai perbezaan gejala yang dialaminya, berikut beberapa tanda-tanda yang anda mungkin hadapi:-
- Kerap merasa sunyi, sedih dan mudah berputus setiap hari
- Kualiti tidur terjejas kerana perubahan pola tidur yang berbeza
- Pengambilan kuantiti makanan akan meningkat atau menurun (bergantung individu)
- Kesukaran menumpukan perhatian
- Tidak meminati melakukan hobi atau aktiviti kegemarannya
- Cepat berasa letih dan lebih suka bersendirian
7 Cara Mengatasi Masalah Kemurungan Semasa Percutian
Terdapat 7 kaedah yang berkesan dapat membantu mengatasi masalah kemurungan dan kesedihan semasa bercuti! Antaranya:-
1. Tinggalkan Tuntutan Kerja Sementara
Jangan terlalu leka dengan tugasan yang anda lakukan untuk menyempurnakan tuntutan kerja.
Kadang-kala apabila terlalu banyak tugasan, anda akan merasa mudah tertekan dan cepat gelisah.
Katakan “tidak” sekiranya tugasan kerja mengganggu anda semasa bercuti. Tutup telefon bimbit sebentar dan nikmati percutian bagi mengurangkan kegelisahan dan kemurungan yang anda alami.
Kembali semula dalam keadaan yang bersedia dan pemikiran yang terbuka supaya lebih jelas dengan matlamat kehidupan anda!
2. Amalkan Sifat Bersyukur
Anda perlu beringat dan fahami erti kesyukuran terutama apabila merasakan diri kekurangan kewangan.
Sekurang-kurangnya, setiap satu moment atau kegiatan yang dilakukan membuatkan anda berasa bersyukur dengan segala apa yang dimiliki.
Anda boleh bercakap untuk diri sendiri yang anda senang dan mensyukuri sesuatu hal untuk menaikkan mood anda dan memberi ketenangan kepada diri.
Malahan, apabila bercuti gunakan peluang sebaik mungkin tanpa melakukan pembaziran hanya untuk mengikuti trend zaman kini.
Buat bajet sendiri semasa bercuti dan jangan cuba membeli kebahagiaan dengan barang yang mewah atau tidak perlu.
3. Sentiasa Berhubung Dengan Orang Lain
Elakkan daripada bersendirian dan mulakan berinteraksi dengan orang lain. Sebaiknya semasa bercuti, luangkan masa bersama keluarga dan kenalan.
Sertai sebahagian daripada perbualan bagi meningkatkan mood dan mengelakkan daripada bersendirian.
Pastikan mempunyai teman untuk berborak dan bercerita bagi menghilangkan kebosanan dan menggalakkan lagi perbualan seperti berbual kosong.
4. Mengurangkan Masa Dengan Media Sosial
Penggunaan media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram semakin tinggi dan lebih tercenderung untuk terpengaruh dengan “kesempurnaan” kehidupan yang dimiliki oleh orang lain.
Jangan terlalu taksub dengan media sosial dan cuba untuk nikmati pemandangan yang mampu memberikan ketenangan semasa bercuti.
Apabila kehidupan anda terlalu membandingkan dengan kehidupan orang lain, mood anda akan mudah menurun dan sedih dengan diri sendiri.
Oleh itu, anda hanya perlu bebaskan diri daripada media sosial dan luangkan masa bersama insan tersayang.
5. Mencari Masa Untuk Diri Sendiri
Anda perlu mencari peluang untuk dapatkan masa bersendirian dan meninggalkan masa yang mencukupi walaupun 20 sehingga 30 minit untuk diri sendiri.
Lakukan aktivti yang anda gemari seperti mendengar muzik, bermandi-manda, yoga atau pelbagai aktiviti yang menyenangkan untuk mengurangkan tahap tekanan anda.
6. Dapatkan Bantuan Profesional
Di sebalik usaha terbaik anda, anda mungkin mendapati diri anda sentiasa berasa sedih atau cemas, dibelenggu oleh masalah fizikal, tidak dapat tidur, mudah marah dan cepat putus asa, dan tidak dapat melakukan tugasan harian.
Jika perasaan ini dapat dikawal untuk seketika, segera berjumpa dengan doktor atau profesional kesihatan mental.
7. Menjalankan Rutin Sihat
Pasti anda kurang melakukan aktiviti senaman yang sihat dan lebih gemar menyendiri di rumah.
Ubah gaya hidup yang menyepi dan jadikan diri lebih aktif kerana ianya membantu meningkatkan mood anda, contohnya bersenam selama 30 minit hingga 2 jam, tiga hingga lima kali seminggu.
Kesihatan mental akan menjadi lebih baik dan mengurangkan kemurungan.
Bersenam atau melibatkan diri dengan aktiviti fizikal dapat menyihatkan badan dan aturan tidur lebih teratur daripada sebelumnya. Bagi yang gemar dengan alkohol, Dr. Saltz menyarankan untuk mengurangkan pengambilannya kerana ia punca kemurungan dan menganggu masa tidur anda.
Kawal Percutian Anda !
Jangan biarkan perasaan dibelengu dengan kesedihan, kerisauan atau kemurungan.
Tetapi nikmati dengan peluang yang anda miliki untuk bercuti dan merasai ketenangan yang dapat menghilangkan perasaan gelisah dan kerisauan pada diri sendiri.
Berseronok dengan insan tersayang dan jangan lupa, kesihatan harus dijaga supaya #HidupSihatLebihkanDestinasi !
Dapatkan Losyen Terapi Anggun yang akan membantu anda melegakan sakit sendi lutut, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
Ia dapat dirawat untuk terapi aromatik yang dapat digunakan seharian untuk meningkatkan kesejahteraan minda dan tenaga.
Hanya sapukan pada tangan dan gosokkan pada tempat yang sakit seperti tagline “sapu-sapu terus lega”.
Losyen Terapi Anggun sudah tentu selamat dan Halal yang telah diiktirafkan daripada KKM dan JAKIM untuk kegunaan luaran sahaja.
Memang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja dan sangat melegakan selepas lenguh berjalan terlalu lama.
Tekstur tidak melekit dan rasa juga hangat-hangat sensasi yang menyenangkan!
Jika anda ingin mendapatkan SeraiMas Losyen Terapi Anggun, klik pada link di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang produk!
Dapatkan SeraiMas Losyen Terapi Anggun Sekarang!
Untuk mengetahui info yang lagi menarik, jangan lupa untuk ikuti Facebook, Instagram, Youtube dan Website SeraiMas kerana banyak lagi kupasan – kupasan penjagaan kesihatan yang akan dikongsikan khas untuk anda!
SERAIMAS | KEY TO WELLNESS
SEJAK 2005