2 Minuman Kesihatan Terbaik Lokal SeraiMas

Table of Contents

Tahukah anda, minuman kesihatan juga penting untuk badan kita merawat segala toksik dalam badan. 

Seperti yang kita tahu, 55-60% daripada badan kita adalah air jadi memang tak hairanlah kalau minuman ni sangat penting untuk kesihatan badan kita. 

Jadi, air apa yang bagus untuk kesihatan kita?

Air kosong sememangnya minuman yang terbaik untuk kesihatan jantung tetapi anda juga boleh dapatkan pelbagai manfaat daripada minuman kesihatan. 

Kali ini, kami ingin kongsikan dua jenis minuman kesihatan terbaik yang anda perlu dapatkan sekarang di SeraiMas.

Minuman Kesihatan SeraiMas

Minuman kesihatan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh badan kita seperti memberikan nutrisi tambahan yang tidak terdapat dalam pemakanan. 

Jom kita tengok jenis minuman kesihatan SeraiMas dan yang manakah yang paling sesuai dengan keperluan anda. 

minuman kesihatan

SeraiMas Kurma Hidayah Plus adalah sinonim dengan nutrisi tambahan mampu milik. 

Minuman kesihatan ini menggabungkan enam formulasi lengkap nutrisi daripada bahan semulajadi iaitu Madu, Kurma, Buah Tin, Kismis, Goji dan Delima. 

Cuba tanya diri sendiri, mampukah kita makan keenam-enam buah itu setiap hari? Pasti sukar, bukan?

Sebab itulah SeraiMas dah mudahkan urusan anda dan gabungkan keenam-enam bahan yang bermanfaat untuk kesihatan anda dalam satu botol. 

Formulasi bahan-bahan ini terbaik dalam membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan tahap kesihatan dan menguatkan tubuh badan. 

Jom kita lihat kebaikan kandungan setiap bahan yang terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah Plus.

  • Buah Tin

Buah tin bukan sahaja tinggi dalam nutrisi tetapi juga bantu mengurangkan masalah pencernaan, masalah gastrik dan pedih ulu hati. 

Buah tin juga mampu bantu mengawal gula dalam badan serta melegakan batuk. 

  • Kurma

Kurma baik untuk bantu kawal selera makan, bekalkan sumber tenaga yang tinggi dan membantu pergerakan makanan dalam usus. 

Selain itu, kurma juga kaya dengan antioksidan yang boleh melambatkan penuaan serta merangsang kesihatan ibu-ibu hamil dan kandungan. 

  • Madu

Madu juga kaya dengan antioksidan, berkesan melegakan batuk serta bantu mengelakkan cirit-birit.

  • Kismis

Kismis membantu menguatkan daya ingatan serta mengurangkan risiko anemia. 

Kismis juga mampu membantu mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah. 

  • Goji

Beri goji membantu meningkatkan sistem ketahanan badan, kaya dengan antioksidan, dapat bantu mengurangkan stress dan keletihan. 

Selain itu, beri goji sangat baik untuk kesihatan mata di mana ia membantu meningkatkan tahap penglihatan serta meningkatkan ketajaman minda.

  • Delima 

Delima bersifat anti-keradangan, bantu melawan arthritis dan sakit sendi serta meningkatkan potensi senaman atau pergerakan fizikal. 

Banyak betul kebaikan SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni kan? 

Yang bagusnya minuman kesihatan ini, ia sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung, lelaki dan wanita dalam semua peringkat usia serta kanak-kanak 2 tahun ke atas. 

minuman kesihatan

SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen ni power ok! Kenapa?

Minuman kesihatan ini kaya dengan nutrisi menggabungkan 23 formulasi herba semulajadi!

Jom tengok kebaikan setiap herba yang ada dalam SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen ni.

  • Naticol Marine Collagen 

Naticol Marine Collagen ini seperti yang kita tahu antara kebaikan kolagen adalah memelihara kesihatan kulit dan menjadikan kulit tegang dan anjal secara semulajadi.

  • Kurma Merah

Kurma merah meningkatkan produksi sel darah putih, meningkatkan imuniti badan, memori dan daya tumpuan. 

Ia juga bantu melancarkan proses pencernaan dan memberikan tenaga. 

  • Buah Tin 

Selain daripada kebaikan yang dah disebutkan di atas, buah tin juga mampu mengurangkan tahap kolesterol dan memelihara kesihatan kulit. 

  • Radix Angelicae Sinensis

Herba ini melancarkan peredaran darah dan mengawal sistem imunisasi badan. 

Selain itu, herba ini membantu dalam merawat sembelit kronik dalam kalangan warga emas dan membantu mengurangkan gangguan haid.

Radix Angelicae Sinensis juga merupakan agen antioksidan, anti-radang dan anti-hipertensi.

  • Lada Pintal 

Lada pintal membantu menghilangkan bau badan serta membantu dalam memperbanyakkan susu badan buat ibu yang menyusu.

  • Temulawak

Temulawak bukan sahaja kaya dengan antioksidan tetapi turut membantu memelihara kesihatan hati dan menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

  • Cengkih 

Cengkih juga baik untuk menjaga kesihatan hati, membantu kawal gula dalam darah, atasi sembelit dan meningkatkan sistem imunisasi. 

  • Jintan Halus

Jintan halus bantu masalah angin, melegakan sakit buasir dan membantu masalah insomnia.

  • Jintan Kasar

Jintan kasar boleh membantu melegakan sakit tekak dan mengurangkan masalah penafasan.

  • Akar Putat

Akar putat boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin serta boleh membantu mengurangkan keputihan. 

  • Teja Lawang

Teja Lawang mampu mengembalikan kecergasan badan dan menghilangkan lenguh-lenguh di badan/ 

  • Mengkudu

Mengkudu mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-radang selain daripada membantu menurunkan tekanan darah, merawat tekanan darah tinggi dan masalah menstruasi.

  • Kunyit

Kunyit boleh mengempiskan kembung perut, melegakan senggugut dan menurunkan berat badan.

  • Habbatus Sauda

Habbatus Sauda mempunyai sifat anti-penuaan, mengelakkan masalah sembelit, pencernaan dan migrain serta menstabilkan tekanan darah dan mengurangkan tekanan.

  • Rumpai Laut

Rumpai laut mempunyai sifat anti-penuaan yang membantu mengekalkan kolagen dalam kulit, mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit serta memperbaiki tekstur dan seri wajah.

  • Buah Pala

Buah pala mengubati mual, kembung perut, masuk angin, mengatasi masalah pencernaan dan insomnia serta menyihatkan kulit dan menghilangkan bau badan.

  • Dang Gui

Membantu melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah senggugut, anaemia, osteoporosis serta mengekalkan kesihatan dalaman wanita. 

  • Senduduk Putih 

Senduduk putih boleh mengubati masalah batuk berpanjangan, mengatasi masalah keputihan serta merawat cirit-birit dan berak berdarah.

  • Jerangau

Jerangau membantu memulihkan asma, melegakan sesak nafas, selsema, sakit tekak dan batuk serta boleh mengurangkan sakit kepala. 

  • Mahkota Dewa

Mahkota Dewa melawan radikal bebas, menurunkan kadar gula dalam darah, mengubati gatal-gatal, meningkatkan tenaga dan melancarkan peredaran darah.

  • Aprikot

Aprikot mampu membantu mengurangkan kolesterol dan menguatkan tulang.

  • Delima

Selain daripada yang dah dikongsikan di atas, delima melambatkan proses penuaan serta menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat.

  • Kismis

Selain daripada yang dah dikongsikan di atas, kismis bantu memelihara sistem saraf, membantu pembentukan kolagen dalam tubuh serta membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan.

Artikel Berkaitan

SeraiMas Jus Kurma Hidayah Plus, Minuman Tenaga Untuk Hari Anda!

Minuman Kesihatan SeraiMas Yang Mana Satu Pilihan Anda? 

minuman kesihatanminuman kesihatan

Kedua-dua minuman kesihatan SeraiMas ini adalah baik untuk kesihatan badan anda. 

Jika anda masih lagi ragu-ragu dan tak tahu mana satu nak pilih, mari kami kongsikan kenapa anda tak perlu risau dan perlu yakin dengan minuman kesihatan SeraiMas.

Kedua-dua minuman kesihatan SeraiMas bebas daripada gula sintetik malah tekstur dan rasa adalah daripada manisan bahan semulajadi yang lazat dan mudah untuk diminum.

SeraiMas Kurma Hidayah Plus berisipadu 270ml sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia (kanak-kanak mestilah 2 tahun ke atas).

Manakala, SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen pula berisipadu 500ml dan juga sesuai untuk diamalkan oleh semua peringkat umur terutama golongan di usia emas.

Bab harga, jangan risau kerana produk dari SeraiMas adalah mampu milik dan mesra rakyat marhaen, bak kata orang. 

Anda juga tak perlu risau kerana produk SeraiMas diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Halal JAKIM.

Masih tak yakin lagi? 

SeraiMas dianugerahkan pengiktirafan Asia Super Health Brand sejak tahun 2018 kerana kualiti produk dan kepuasan pengguna. 

Jangan tunggu lagi. 

More Posts

en_USEN