Orang tua mu lama-lama di bilik air? AMBIL PEDULI !

Table of Contents

Kita kadang-kadang perasan kan Mak Ayah kita, takut-takut nak pergi bilik air..
kalau dah pergi lama pula tu. Ada kita tanya-tanya kenapa tu? Haa konfem2 kene sembelit tu.. kalau orang tua kita tak meluah, kita ambil tahu ye..

Jadi Min nak share Mitos- mitos tentang sembelit ni, sebab bukan je kene dekat orang tua, kita yang muda-muda pun senang kena!

Mitos-mitos tentang sembelit yang anda tak tahu.

MITOS 1: ANDA HARUS MEMBUANG AIR BESAR SETIAP HARI
FAKTA : Sesetengah orang pergi ke tandas 3 kali sehari manakala orang lain 3 kali seminggu. Bergantung kepada diet, gaya hidup, dan kesihatan usus, kekerapan membuang air besar adalah berbeza bagi setiap orang. Walau bagaimanapun, jika anda ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu, anda sembelit. Ia lebih teruk jika anda ke tandas kurang daripada Sekali seminggu.

MITOS 2 : STRESS MERANGSANG PERGERAKAN USUS
FAKTA : Berlawanan dengan kepercayaan popular, stress diketahui menyebabkan ketidakaturan perut, mengakibatkan sembelit. Fikiran dan emosi boleh memberi kesan pada perut dan usus anda supaya gembira untuk kesihatan pencernaan sihat.

MITOS 3 : PENINGKATAN PENGAMBILAN AIR MERAWAT SEMBELIT
FAKTA : Minum lebih banyak air tidak akan menggerakkan usus jika anda sudah sembelit.
Tapi jika anda minum air secara kerap sebelum sembelit berlaku, anda mungkin kurang mendapat masalah kerana cecair tambahan membantu mengekalkan najis lembut dan memudahkan pembuangannya.

Macam Min, min dah siap-siap bekalkan Hidayah Gold Plus Collagen untuk mak ayah min. Jadi takde dah masalah duduk dalam toilet lama-lama. Cucu ajak makan-makan sebab sambut birthday ke, nak datang majlis kesyukuran ke, nak pergi solat jemaah kat masjid pun, Alhamdulillah takde komplen. Laju berdesup je pergi.

Jom dapatkan produk SeraiMas bersesuaian untuk orang tua kita, lagi-lagi yang macam takut-takut sahaja untuk ke tandas. Jadi lah anak yang ada timbang rasa, ibu bapa yang sihat dan selesa,anak-anak pasti gembira.

Kenapa Hidayah Gold Plus Collagen ini sesuai untuk yang ada masalah sembelit?

Mari sini kami rungkaikan.

Terdapat buah yang disebut di dalam Al-Quran yang baik untuk masalah sembelit dan berhentikan buasir.

Apakah buah itu?

Antara 6 buah disebut dalam Al-Quran. Berasal dari Tanah Arab. Buah kebanggaan bangsa Arab kerana diberkati dan disebutkan dlm hadis Rasulullah SAW.

Nak tahu buah apa yang disebutkan Nabi? Teruskan membaca.

Buah ini juga disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda. Ia meriwayatkan sabda Nabi bahwa:

”Sekiranya kukatakan ada buah-buahan yg turun dari syurga maka itulah buah tin. Kerana, buah-buahan syurga itu tanpa biji. Makanlah ia, kerana ia dapat menghentikan buasir dan bermanfaat menyembuhkan sakit sendi” (Dituturkan oleh Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma’aad )”

Nabi sendiri menyeru kita memakan buah tin ini. Kenapa kita abaikan seruan sunnah ini.

Di sini disenaraikan kebaikan buah tin kepada kesihatan.
🍅 Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
🍅 Menurunkan berat badan pesakit diabetes
🍅 Melindungi diri dari barah payu dara
🍅 Menjaga kesihatan kardiovaskular(jantung)
🍅 Mengelak masalah sembelit

Patutlah mak ayah Min seronok sangat bila min hadiahkan Hidayah Gold Plus Collagen ni.. Sebab yang bestnya, mereka dah dapat manfaat-manfaat tersebut dengan rajin mengamalkan Jus Hidayah Gold Pus Collagen. Eh ap akene mengene? ADA kene mengene sebab Buah Tin adalah sumber yang kedua dalam isi kandungan jus ini.

More Posts

en_USEN