Faktor utama risiko menghadapi masalah sendi.
Antara faktor utama risiko menghadapi masalah sendi ialah:
1. Usia meningkat – semakin berusia, sendi-sendi akan lebih mudah untuk mendapat kecederaan.
2. Berat badan berlebihan – kegemukan menyebabkan tulang terpaksa bekerja lebih keras untuk menampung berat terutama kaki dan paha.
3. Kerap menggunakan sendi – pekerjaan yang menggunakan fizikal sering mendedahkan sendi kepada kecederaan yang lebih kerap
4. Faktor genetik – masalah sendi boleh didapati secara turun temurun
5. Otot yang lemah – sokongan otot yang lemah keliling sendi meningkatkan risiko kecederaan pada sendi