Mesti ramai kan yang nak pergi Dataran Merdeka esok di Putrajaya. Tak tunggu besok pun malam ni kompem dah penuh dataran tuh sebab nak tengok bunga api. Uish, bestnyaaa !
Jadi, untuk mereka yang nak pergi tengok perarakan Merdeka esok tu, kena lah gerak awal pagi sebelum Subuh. Tak nak kena jammed dan takde tempat duduk nanti. Tapi kalau dah penuh masa datang tu.. Kena lah zoom in pakai telefon/kamera aje perarakannya hehehe..
Malam nie jom kita prepare untuk besok, dari segi pakaian, jenis mekap ketika bawah cahaya matahari, dan macam-macam lagi.
TIPS PERGI PERARAKAN MERDEKA :
Pertama sekali, WAJIB BAWAK AIR MINERAL. Perarakan ni akan berlangsung dari pagi sampai ke tengahari. Dan dalam masa nak menonton tuh korang akan dahaga kepenatan berhadapan dengan orang yang sangat ramai. Sebelum pengsan tak jumpa air, baik sediakan awal-awal dari rumah.
Kedua, PAKAI PAKAIAN YANG SENANG BERGERAK. Seperti jeans dan tshirt. Ini kerana, masa korang duduk bawah mentari menonton acara, mudah untuk korang sorokkan peluh-peluh yang bakal menitik. Tak laa rasa serabut kalau pakai blouse tengah hari buta.. Dan korang bebas nak bergerak ke sana sini..
Ketiga, PAKAI KASUT BERTUTUP FULL. Pakai kasut sport terus lagi bagus. Nak jalan jauh tuuu masa kat sana. Kalau pakai kasut tumit tinggi, merasalah korang kaki melecet.
Keempat, BAWAK TOPI/PAYUNG. Sanggup ke korang nak biarkan kepala tu terkena cahaya matahari je ? Elok-elok berdiri, kang tumbang. Kecoh pulak keadaan nanti. Payung ada dua kegunaan, satu lindungi kita dari panas. Kedua, mestilah dari hujan. Hehehe..
Kelima, PAKAI SUNSCREEN/SUNBLOCK ! Ini memang wajib bagi para wanita. Kalau ada lelaki yang jenis jaga kecantikan pun boleh pakai. Masa perarakan tu, korang akan rasa macam duduk tepi pantai tau. So, jaga kulit korang agar tak sunburn.
Keenam, untuk mengelakkan jammed dan tak ada tempat parking, korang naik je PENGANGKUTAN AWAM. Mudah dan selamat. Kalau bawak motor atau kereta, pastikan kenderaan korang kunci baik-baik. Risau kecurian berlaku.
Ketujuh, PAKAI BEG KECIL. Ini pun untuk mengelakkan kecurian. Korang jangan bawak beg besar-besar, kebanyakan kes ragut yang berlaku kepada mereka yang bawa beg besar tau. Better duit dan kad-kad penting letak dalam poket seluar. Hati-hati ye..
Seeloknya masa pergi perarakan kemerdekaan nie, korang pergi lah bersama keluarga atau rakan-rakan dalam bilangan yang ramai agar keselamatam diri terjamin.. Meriah pun meriah sebab ramai geng !
Oleh itu, kami dari Seraimas Herbs Sdn Bhd ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-61 kepada semua rakyat Malaysia !! Semoga negara tercinta kita akan lebih makmur dan terjaga pada masa hadapan. Sayangi Malaysiaku !
Orang tua mu lama-lama di bilik air? AMBIL PEDULI !
Kita kadang-kadang perasan kan Mak Ayah kita, takut-takut nak pergi bilik air.. kalau dah pergi lama pula tu. Ada kita tanya-tanya kenapa tu? Haa konfem2