Nak tau macamana strok terjadi?
Kebiasaannya, strok terjadi pada pesakit disebabkan oleh saluran arteri semakin keras dan sempit. Ini dipanggil Atherosclerosis. Plag terhasil dari lemak, kolesterol, kalsium dan bahan bendasing yang tak hadam berkumpul di dalam arteri menyebabkan salur darah makin lama makin sempit.
Ini menghalang darah dari mengalir dengan sempurna ke seluruh bahagian dan otak. Pabila sumbatan ini terjadi di saluran sempit, ISCHAEMIC STROKE akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tak dikawal lalu menyebabkan dinding arteri tak mampu menampung tekanan tersebut. Ini menjadi punca kepada kebocoran salur darah.
Antara masalah utama menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok.
1.Tekanan darah tinggi
2.Tinggi kolesterol
3.Penyakit Kencing manis
4.Kegemukan
Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.