Tema
Tema penganjuran program pertandingan dan contest ‘Tapes & Post’ sempena kempen Hidup Sihat Lebihkan Destinasi adalah “Travel Sihat bersama Keluarga”
Syarat & Terma Pertandingan
- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
- Penyertaan perlu mengikut langkah-langkah penyertaan yang telah ditetapkan.
- Video yang diambil mestilah memaparkan unsur-unsur “Travel Sihat bersama Keluarga”
- Video mestilah karya asli dan kreatif yang diambil sendiri oleh peserta dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta).
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami semasa menyertai pertandingan ini.
- Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta bersetuju untuk memberi hak milik video-video yang dipertandingkan kepada Seraimas Herbs Sdn Bhd dan berhak menggunakan video-video tersebut untuk tujuan promosi di media cetak/elektronik dan media sosial Seraimas Herbs Sdn Bhd
- Pemenang akan dinilai berdasarkan video yang paling kreatif dan mempunyai “Like” yang banyak.
- Pemenang akan di umumkan oleh admin Facebook Page seraimasHQ dan Instagram Page seraimashq melalui Live dan direct contact pemenang.
- Dengan menyertai pertandingan ini, semua peserta adalah tertakluk di bawah terma dan syarat pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak Seraimas.
- Keputusan panel juri/hakim adalah muktamad.
Langkah-Langkah Penyertaan
Pastikan anda isi google form untuk menyertai pertandingan dan contest ini
Peserta perlu “Follow, Like dan Share” di akaun media sosial SeraiMas (Laman Rasmi) sebagai syarat pertandingan.
Hasilkan video yang paling menarik dan kreatif.
Cara kongsi video anda melalui platform:-
Instagram :
Step 1 : Post video di account Instagram anda
Step 2 : Gunakan caption yang menarik beserta hashtag #HidupSihatLebihkanDestinasi #seraimas #seraimashq #keytowellness
Step 3 : Tag Instagram page kami @seraimashq
Facebook:
Step 1 : Post video di ruangan comment (Poster Contest) di akaun rasmi SeraiMas
Step 2 : Gunakan caption yang menarik berserta hashtag #HidupSihatLebihkanDestinasi #seraimas #seraimashq #keytowellness
Tiktok :
Step 1 : Post video di account Tiktok anda
Step 2 : Gunakan caption yang menarik beserta hashtag #HidupSihatLebihkanDestinasi #seraimas #seraimashq #keytowellness
Step 3 : Mention Tiktok page kami @seraimashq
Video yang mempunyai tema “Travel Sihat bersama Keluarga” yang menarik dan kreatif serta mendapat ‘Like’ terbanyak akan dipertimbangkan sebagai pemenang.
Video yang dihantar perlulah asli dan diambil sendiri oleh peserta
Pengumuman pemenang akan di umumkan oleh admin Facebook Page seraimasHQ dan Instagram Page seraimashq melalui Live dan direct contact pemenang.
Tempoh Pertandingan
Terima kasih kami ucapkan atas penyertaan yang amat menggalakkan dalam pertandingan ini sempena kempen Hidup Sihat Lebihkan Destinasi anjuran Seraimas. Tarikh penyertaan seperti berikut :
- Tarikh Pertandingan : 28/11/2022 – 17/12/2022
- Tarikh Tutup Pertandingan: 18/12/2022 (5.00pm)
- Tarikh Penilaian Pemenang : 19/12/2022 – 21/12/2022
- Tarikh Pengumuman Pemenang : 23/12/2022
Kategori Pertandingan
Kategori individu
Mengambil video berdurasi tidak melebihi 1 minit dengan usaha sendiri menggunakan telefon pintar dan juga mana-mana aplikasi suntingan video
Hakmilik & Penggunaan
- Peserta berhak terhadap hak cipta gambar yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, hak eksklusif diberi kepada penganjur untuk mencetak semula, menerbit dan mempamerkan video tersebut berserta maklumat yang disertakan bagi tujuan penerbitan, pemasaran, promosi dan komersial.
- Dengan menyertai pertandingan dan contest ini, semua peserta telah bersetuju memberikan hak milik/hak cipta dan penggunaan serta membenarkan pihak Seraimas Herbs Sdn. Bhd untuk mengguna semula, menyiarkan, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.
Penafian
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga.
- Dengan penyerahan hasil karya kepada Seraimas Herbs Sdn. Bhd secara automatik, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak ketiga atau apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
- Pihak Seraimas Herbs Sdn. Bhd mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu.
- Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan contest ini pada satu-satu masa.
Kriteria Pemarkahan
- Setiap penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim yang telah ditetapkan.
- Penilaian dan penghakiman adalah berdasarkan kepada pematuhan syarat-syarat dan format pertandingan seperti yang telah digariskan.
- Penilaian dan penghakiman terhadap karya video adalah lebih tertumpu kepada tema “Travel Sihat bersama Keluarga” secara profesional.
- Namun demikian, kualiti video juga akan diambil kira dalam pemarkahan. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan tiada bantahan akan diterima.