Adakah Melancong Beri Kesan Positif Untuk Kesihatan Mental?

kesihatan mental

Table of Contents

Situasi rakyat Malaysia kini bergelut dengan masalah kewangan dan kadar inflasi Malaysia pada bulan Ogos meningkat daripada 4.4 peratus kepada 4.7 peratus pada bulan Julai.

Kerajaan memandang serius terhadap kesihatan mental yang meningkat saban hari dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan kepentingan melancong kepada pemulihan mental masyarakat.

Melancong merupakan istilah beristirehat seketika daripada dunia luar dan pekerjaan membantu menstabilkan semula ketahanan emosi dan mental.

Ini akan mengurangkan risiko kematian dan bunuh diri yang akan menjejaskan populasi rakyat Malaysia.

kesihatan mental

Walaupun percutian hanya satu hari, seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya dengan menikmati keindahan ke tempat-tempat menarik untuk merehatkan fizikal dan mental.

Larikan diri daripada pekerjaan dan masalah yang membelenggu diri dan berehat secara bersendirian, keluarga atau rakan-rakan.

Impak Melancong Terhadap Tahap Kesihatan Mental

1) Emosi lebih stabil dan positif

kesihatan mental dan emosi

Atur percutian anda dengan mencari tempat yang menenangkan bagi mengurangkan masalah yang membuatkan permikiran anda terganggu.

Lakukan aktiviti yang boleh merehatkan minda dan menaikkan mood semula semasa bercuti supaya dapat mengembalikan fokus kehidupan dan lebih berfikiran positif.

Elakkan melakukan aktiviti yang akan membebankan kepala anda untuk berfikir sebaliknya duduk dan menikmati pemandangan yang ada dihadapan anda.

2) Meningkatkan kreativiti dan memperluaskan perspektif

Pernah dengar peribahasa “jauh perjalanan, luas pemandangan”? Pasti anda sudah familiar dengan peribahasa Melayu yang memberi makna jika kita banyak merantau maka banyak perkara juga kita dapat lihat.

Keluar dan terokai dunia supaya dapat meningkatkan kreativiti anda. Seseorang yang banyak melancong mempunyai pemikiran yang unik dan kreatif.

kesihatan mental

Dedahkan diri anda dengan budaya baru, mempelajari bahasa yang baru, melawat tempat-tempat menarik yang belum diterokai, dan merasai keistimewaan makanan yang pelbagai.

Muzik juga membantu dalam menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Melancong akan membantu anda melihat dunia dalam perspektif yang berbeza.

3) Mengurangkan simptom kemurungan

simptom kemurungan

Prof. Datuk Dr Andrew Mohanraj, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia menerangkan statistic yang dikeluarkan menunjukkan kadar kemurungan berada di tahap yang membimbangkan.

Kini terlalu ramai orang yang memerlukan pertolongan untuk mengatasi masalah kemurungan dan penyelidik berpendapat melancong dapat mengurangkan kemurungan.

Suatu kajian juga menyatakan bahawa percutian dapat mengurangkan kemurungan lebih ketara dan berkesan dalam mengurangkan gejala daripada melakukan aktiviti masa lapang.

4) Menguatkan ketahanan mental

Semasa melancong ke tempat baharu yang tidak pernah anda jejaki sebelum ini, pasti anda akan cepat berasa takut dan tidak selamat.

Ini menyebabkan anda perlu lebih peka keadaan sekeliling dimana melatih diri anda untuk mempunyai mental dan emosi yang kuat.

Ditambah pula apabila melancong ke luar negara, sememangnya pelbagai risiko yang akan anda hadapi membuatkan keadaan lebih memerlukan kepekaan tinggi dan melatih mental anda lebih kuat.

ketahanan mental

Malahan, bercuti di tempat baru dapat membantu anda berhadapan dengan sebarang masalah dan mencuba mencari penyelesaian.

Walau bagaimanapun, setiap kejadian atau peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita akan sentiasa mengajar untuk menteladani dengan sesuatu yang telah berlaku sama ada manis atau pahit.

Jadi, semakin banyak cabaran dalam kehidupan yang anda dihadapi, semakin bijak anda mempelajari untuk mengatasinya.

Anda akan menjadi lebih berdaya tahan tinggi dari segi mental dan fizikal.

5) Mengurangkan tekanan

tekanan mental

Tuntuan kerja dan harian dapat mengalihkan perhatian menjadikan anda lebih tertekan untuk memenuhi keperluan kendiri. Oleh itu, lari sebentar daripada dunia yang hirup-piruk harian dan bercuti untuk merehatkan minda sambil menyimpan tenaga.

Anda boleh menjelajah ke luar negara atau dalam negeri sahaja untuk mencapai destinasi yang anda ingini. Ketenangan jiwa dan kekuatan dapat dimiliki apabila menemui jalan yang membuatkan anda lebih berasa tenang. Mari mulakanan langkah dan luaskan pemandangan anda!

Apabila anda menghadapi keadaan yang terlalu merunsingkan kepala, sapukan sahaja SeraiMas Minyak Terapi Warisan untuk melegakan, merehatkan dan menenangkan.

Ini dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi dengan mengurut atau menghidu bauan minyak terapi. Dengan saiznya kecil dan fleksibel untuk dibawa ke mana-mana sahaja terutama semasa bercuti!

Minyak Terapi Warisan didatangi dengan dua variasi aroma yang berbeza iaitu Limau Purut dan Kayu Putih. Bau yang menyenangkan dan menyegarkan membantu mengembalikan mood anda seharian.

Sapukan sahaja minyak dengan perlahan-lahan di tempat yang sakit dan gosokkan dengan lembut sahaja menggunakan tangan. Seperti tagline “sapu-sapu terus lega”

Artikel berkaitan

Cara Hilangkan Migrain Dengan Minyak Aromaterapi Warisan

Kandungan Minyak Terapi Warisan

  • Minyak Bunga Matahari

Membantu meningkatkan penghidratan kulit dan mempunyai kesan anti-radang.

  • Minyak Kayu Putih

Mengurangkan sakit kepala yang mengandungi sifat mirob terhadap bakteria pernafasan dan virus. Selain itu, minyak kayu putih berfungsi melancarkan peredaran darah dan memberikan kesan anti-keletihan.

  • Minyak Limau Perut

Memiliki aroma yang menyenangkan dan tidak terlalu menusuk yang dapat mengurangkan kegelisahan seseorang.

  • Minyak Lemon

Ia dapat meningkatkan focus dan tumpuan serta membantu wanita mengandung mengurangkan “morning sickness”

  • Mentol

Berikan rasa sensasi penyejukan yang melegakan dan mengurangkan kesesakan hidung yang berpanjangan.

SeraiMas mementingkan produk bahan semula jadi yang memberikan manfaat untuk setiap pengguna dan sesuai diamalkan untuk seisi keluarga.

Jangan risau semua produk keluaran SeraiMas sudah diiktiraf sijil Halal dari JAKIM dari Halal.

Kekal aktif dan bertenaga dengan menjaga kesihatan mental dan fizikal semasa percutian.

#HidupSihatLebihkanDestinasi dan rasai sendiri destinasi yang menyenangkan untuk memastikan anda lebih bersemangat selepas bercuti!

Jika anda ingin mendapatkan SeraiMas Minyak Terapi Warisan, klik pada link di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut tentang produk!

Dapatkan SeraiMas Minyak Terapi Warisan Sekarang!

Untuk mengetahui info yang lagi menarik, jangan lupa untuk ikuti Facebook, Instagram, Youtube dan Website SeraiMas kerana banyak lagi kupasan – kupasan penjagaan kesihatan yang akan dikongsikan khas untuk anda!

SERAIMAS | KEY TO WELLNESS

SEJAK 2005

More Posts

en_USEN