Anda mungkin selalu dengar tentang minyak kelapa tetapi ramai yang kurang tahu tentang minyak kelapa dara atau virgin coconut oil.
Jangan salah sangka, minyak kelapa dara dan minyak kelapa ni berbeza ya.
Ianya bukannya strategi pemasaran mana-mana pengeluar minyak kelapa untuk tingkatkan jualan.
Virgin coconut oil dikatakan memiliki manfaat yang lebih banyak kerana kualitinya dianggap lebih tinggi berbanding coconut oil biasa.
Kalau anda rasa, “Alah, benda sama saja dua-dua tu, minyak kelapa juga.”, jom kami kongsikan perbandingan antara kedua jenis minyak kelapa ini.
Di akhir artikel ini, pastinya kami akan kongsikan di mana anda boleh dapatkan virgin coconut oil produk tempatan yang terbaik untuk anda!
Apa Itu Virgin Coconut Oil
Virgin coconut oil (minyak kelapa dara) atau juga dikenali sebagai extra virgin coconut oil merupakan minyak kelapa yang belum ditapis dan melalui proses tekanan sejuk (cold-pressed).
Minyak kelapa dara mengekalkan kebaikan minyak kelapa dan tidak membiarkan ia terjejas oleh proses pemanasan yang dialami oleh minyak kelapa biasa.
Teknologi tekanan sejuk ini mengelakkan keperluan elemen pemanasan dalam proses perahan minyak kelapa dan memastikan kebaikan semulajadinya kekal.
Berbeza dengan minyak kelapa biasa, minyak kelapa dara ini tidak dilunturkan (bleached) atau dinyahbau (deodorized) dan tidak terhidrogenasi (non-hydrogenated).
Secara bahasa mudahnya, minyak kelapa dara ini mempunyai lebih manfaat dan rasa kelapa yang ringan berbanding minyak kelapa biasa yang rasa kelapanya agak pekat.
Biasanya minyak kelapa dara digunakan untuk tujuan penjagaan diri seperti melembapkan kulit atau meminumnya begitu sahaja.
Ramai juga memilih minyak ini berbanding minyak kelapa biasa untuk membakar kek/kuih dan menumis kerana rasa tropikanya yang berkrim.
Bukan itu sahaja, minyak kelapa dara juga memberikan rasa yang lazat apabila ditambah ke dalam kopi dan smoothie.
Virgin Coconut Oil Vs Minyak Kelapa Biasa
Bagi mereka yang masih skeptikal, jom lihat fakta tentang virgin coconut oil dan bezanya dengan minyak kelapa biasa.
Ketulenan
Minyak kelapa dara mempunyai aroma dan rasa yang lebih baik kerana diekstrak daripada santan segar.
Selain itu, ia tidak ditapis maka semua kebaikan semulajadi kelapa terpelihara termasuklah kandungan vitamin E yang tinggi dan beberapa mineral lain.
Minyak kelapa dara mempunyai bau dan rasa kelapa tropika yang lazat manakala minyak kelapa biasa mempunyai bau dan rasa tiruan.
Kaedah Ekstrak
Minyak kelapa biasa diperbuat daripada isirong kelapa kering dipanggil kopra yang juga biasa disebut sebagai kelapa kering.
Kopra ini ditekan dan kemudiannya minyak yang diekstrak ditamis, dinyahwarna dan diluntur, menjadikannya sesuai untuk dimakan.
Namun begitu, proses-proses ini menyebabkan nilai semulajadinya turut diekstrak.
Manakala minyak kelapa dara diekstrak daripada santan segar menggunakan proses tekanan sejuk dan dibiarkan tanpa tapis.
Kelapa dicincang dan santan diperoleh selepas isi kelapa dihancurkan.
Santan diproses selanjutnya dalam mesin emparan untuk mengekalkan minyak kelapa dalam bentuk yang paling tulen.
Oleh kerana kelajuan putaran mesin emparan yang tinggi, susu diasingkan lagi kepada air dan minyak yang dipanggil extra virgin coconut oil.
Komposisi
Kandungan tenaga dalam kedua-dua minyak adalah sama.
Satu sudu besar minyak kelapa mengandungi 117 kalori dan 13.6 gram lemak di mana 11.8 gram adalah minyak tepi.
Kebanyakan lemak dalam minyak kelapa organik adalah trigliserida rantai sederhana yang mudah digunakan oleh tubuh sebagai tenaga.
Tetapi, kerana minyak kelapa biasanya dihidrogen-kan, ia juga mengandungi kandungan lemak trans.
Bagi minyak kelapa dara pula, ia kaya dengan asid lemak rantai sederhana, mempunyai kolesterol baik dan jumlah asid lemak trans yang hampir boleh diabaikan.
Manfaat Kesihatan
Ramai di antara kita yang lebih sedar akan kepentingan untuk menggunakan dan mengambil produk yang bebas bahan kimia.
Minyak kelapa dara mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi dan rasa kelapa yang lebih lazat kerana santan segar digunakan semasa proses pembuatan.
Minyak kelapa dara ini baik untuk jantung kerana ia bantu mengekalkan paras kolesterol dan mengelakkan daripada masalah ruam, alahan, jangkitan kulat dan banyak lagi.
Rupa & Jangka Hayat
Secara amnya, kedua minyak kelapa kelihatan serupa tetapi minyak kelapa biasa mungkin kelihatan lebih berwarna.
Selain itu, minyak kelapa dara tidak berminyak dan kurang likat jadi jika disapu pada kulit ianya diserap serta-merta dan pastikan kelembapan yang berkesan.
Bagi jangka hayat pula, minyak kelapa dara mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding minyak-minyak lain.
Anda tak perlu risau lagi tentang minyak menjadi rosak.
Virgin Coconut Oil Terbaik Dari SeraiMas
Jika anda mencari minyak kelapa dara pelbagai guna, boleh diminum dan diguna sebagai sapuan luar, SeraiMas Virgin Coconut Oil ialah jawapannya.
Selain daripada tidak ditapis, tidak diluntur atau dinyahbau, SeraiMas Virgin Coconut Oil juga diproses tanpa sebarang rawatan haba atau kimia.
SeraiMas Virgin Coconut Oil sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira lelaki atau perempuan.
Ia berkesan dan selamat digunakan sebagai pelembap, mempunyai sifat anti-radang dan berpotensi merawat penyembuhan luka.
Macam mana nak minum atau guna?
Bagi dewasa, minum 2-4 sudu besar setiap hari selepas makan manakala kanak-kanak di bawah 12 tahun disarankan untuk minum 1-2 sudu besar selepas makan.
Anda juga boleh gunakannya untuk semua jenis masakan termasuk menggoreng, menumis dan membakar.
Sebagai sapuan luar, anda boleh terus sapukan pada kulit dan rambut sebagai pelembap atau perapi.
Tak perlu risau, SeraiMas Virgin Coconut Oil diiktiraf selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Halal oleh JAKIM.
Kalau anda nak tahu, SeraiMas dianugerahkan pengiktirafan Asia Super Health Brand sejak tahun 2018 kerana kualiti produk dan kepuasan pengguna.
Ini bermakna SeraiMas diiktiraf dan diperaku secara antarabangsa!
Jadi tunggu apa lagi?