Minyak Untuk Bayi: Bantu Mengurangkan Masalah Bayi Sembelit

minyak untuk bayi

Table of Contents

Ibu bapa mana yang tidak risau kalau bayi tidak membuang air besar dengan baik, bukan?

Hal ini kerana, kekerapan menukar lampin menandakan bayi anda mendapat semua cecair dan dalam keadaan terhidrat. 

Sebelum anda panik, perhatikan dahulu tanda-tanda yang berlaku dan lakukan urutan yang lembut pada bayi anda dengan menggunakan minyak khas untuk bayi.

Nak tahu bagaimana? Jom kami kongsikan tips nak kenal pasti jika si kecil mengalami masalah sembelit dan bagaimana nak urut si manja anda.

Tanda-tanda Awal Bayi Sembelit

minyak untuk bayi

Bayi yang hanya minum susu ibu biasanya tidak akan mempunyai masalah kesukaran membuang air besar tetapi bayi yang menyusu susu formula mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk menghadapi masalah ini.

Sebelum kita atasi sesuatu masalah, perlulah tahu tanda-tandanya dahulu.

Berikut ialah tanda-tanda si kecil anda mempunyai masalah sembelit:

1.  Buang Air Besar

Jika anda perkenalkan makanan baharu kepada si kecil, kekerapan membuang air besar akan naik turun.

Andai bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, mungkin bayi anda mengalami sembelit.

Sembelit bergantung kepada kekerapan membuang serta bentuk najis itu juga.

2.  Darah

Jika anda ternampak ada garis-garis darah merah pada najis bayi anda, maksudnya bayi anda mempunyai kesukaran semasa proses membuang air besar.

Perkara ini menyebabkan luka di sekeliling dinding dubur.

3.  Perut Keras

Perut keras turut menjadi tanda sembelit.

Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.

4.  Menahan

Jika anda perasan terdapat perubahan pada wajah bayi anda semasa membuang air besar seperti tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit.

Najis yang terhasil biasanya adalah seperti tanah liat yang sangat keras.

Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar maka bayi anda mungkin akan menangis, menahan atau menjadi tegang.

5.  Enggan Makan

Kehilangan selera yang dihadapi oleh bayi mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dirasainya.

Perut kembung juga boleh menyebabkan bayi enggan makan atau cepat rasa kenyang.

Kenal Pasti Najis Anak

minyak untuk bayi

Najis biasanya terdiri daripada makanan yang tidak dicerna, protein, bakteria, garam dan bahan lain.

Walaupun najis boleh berbeza mengikut individu, secara umumnya, najis normal berwarna coklat, berbentuk lonjong dan mudah diteran (tekstur tidak terlalu lembut atau keras).

Carta Najis Bristol boleh bantu anda mengenal pasti jika pergerakan usus anak anda normal atau mengalami sembelit.

Jenis 1: Ketulan keras berasingan, seperti kacang

  • Sangat susah diteran
  • Sembelit yang teruk

Jenis 2: Berbentuk lonjong tetapi berketul-ketul

  • Susah diteran
  • Sembelit yang sederhanan

Jenis 3: Berbentuk lonjong dengan rekahan di permukaan

  • Mudah diteran
  • Bentuk najis biasa

Jenis 4: Berbentuk lonjong atau seperti ular, licin dan lembut

  • Mudah diteran
  • Dikira normal

Jenis 5: Tompokan lembut dengan permukaan yang jelas

  • Mudah diteran
  • Kekurangan serat dalam diet

Jenis 6: Gumpalan lembik dengan permukaan yang kasar

  • Terdesak ke tandas
  • Cirit-birit sederhana

Jenis 7: Dalam bentuk cecair, tanpa sebarang pepejal

  • Terdesak ke tandas
  • Cirit-birit

Baca Juga

SeraiMas Baby Oil, Kelegaan Instant Buat Bayi Kembung Perut

Urutan Yang Betul Untuk Bayi

urut bayi

Nak urut bayi pun ada cara dan tips-tipsnya tau. Antaranya:

1.  Masa

Waktu terbaik memulakan urutan adalah ketika mereka terjaga dan dalam keadaan tenang.

Pilih masa antara dua sesi penyusuan.

Jarakkan tempoh masa lebih kurang 45 minit daripada sesi penyusuan terakhir si kecil.

Anda juga disarankan untuk menunggu 15 minit selepas mengurut sebelum menyusukan bayi.

2.  Persekitaran

Persekitaran yang tenang turut membantu untuk keselesaan bayi dan juga anda.

Baringkan si manja atas tuala agar mereka rasa selesa.

Anda juga boleh urut si kecil di atas meja menukar lampin atau di atas katil supaya si bayi selesa.

3.  Komunikasi Dengan Bayi

Teruskan berbual dan bercakap dengan bayi anda semasa mengurut.

Anda boleh ulangi nama mereka, bercerita atau menyanyi untuk membantu mereka berasa tenang.

4.  Jenis Urutan

Terdapat beberapa urutan yang anda boleh lakukan:

  • Urutan perut

Letakkan tapak tangan pada bahagian tengah perut, lakukan gerakan urutan perlahan dan lembut mengikut arah jam menggunakan hujung jari.

Ulangi urutan ini beberapa kali.

  • Urutan melegakan kolik

Selepas anda telah urut perut bayi anda, bengkokkan lutut ke perutnya dan tahan selama 30 saat sebelum melepaskannya. Ulangi kaedah urut ini beberapa kali.

Letakkan sebelah tapak tangan pada perut bayi dan lurutkan tangan dengan lembut daripada perut ke bawah.

Teknik ini membantu melepaskan gas yang tersimpan. Ulangi jika perlu.

5.  Gunakan SeraiMas Baby Oil

Jika anda ingin menggunakan minyak, gunakan minyak untuk bayi yang khas seperti SeraiMas Baby Oil.

SeraiMas Baby Oil diperbuat dari ekstrak tumbuhan semulajadi khas untuk bayi dan kanak-kanak.

Minyak ini boleh digunakan pada bahagian dada, perut, belakang, tangan dan kaki bayi yang boleh menimbulkan sensasi hangat yang menyenangkan.

Dengan minyak pati tulen, produk ini digunakan terutamanya untuk melegakan dan menenangkan contohnya jika bayi anda mempunyai masalah sembelit atau sakit perut.

Minyak ini sangat fleksibel untuk digunakan di mana sahaja dengan pembotolan yang padat dan senang digunakan.

Jom kami perkenalkan dua minyak bayi SeraiMas yang terbaik untuk bayi anda.

minyak bayi

SeraiMas Baby Oil Lemon

Bahan-bahan dalam SeraiMas Baby Oil Lemon adalah mesra kepada bayi anda seperti mineral oil yang tidak komedogenik dan selamat untuk kulit.

Mineral oil juga meningkatkan penghidratan kulit dan mempunyai kesan anti-radang.

Minyak lemon yang terkandung dalam baby oil ini boleh mengurangkan gejala kegelisahan, kemurungan, morning sickness dan meningkatkan fokus serta focus.

Selain itu, aroma dari SeraiMas Baby Oil Lemon ini boleh menjadi aromaterapi bagi bayi anda.

Mentol dalam minyak ini memberikan sensasi penyejukan yang melegakan dan bantu melegakan pernafasan dan kesesakan hidung sementara.

baby oil

SeraiMas Baby Oil Eucalyptus

Sama seperti SeraiMas Baby Oil Lemon, variasi Eucalyptus ini mengandungi mineral oil serta mentol.

Minyak kayu putih dalam minyak ini mengandungi sifat mikrob terhadap bakteria pernafasan dan virus.

Ia juga mempunyai kesan anti-keletihan, mengurangkan sakit kepala, melancarkan peredaran darah serta berkesan untuk hilangkan keradangan dan kesakitan.

Selain itu, minyak ini turut mengandungi minyak akar halia yang bersifat anti-bakteria, aroma yang menyenangkan dan tidak menusuk serta mengurangkan kegelisahan dan kemurungan.

Clove bud oil dalam minyak ini pula membantu kurangkan kegelisahan, kemurungan dan morning sickness serta meningkatkan fokus dan tumpuan.

Kesimpulan

Masalah sembelit pada bayi memerlukan ibu bapa untuk memberikan perhatian yang lebih sedikit kerana bayi mana tahu nak cakap dan beritahu, kan?

Tapi jangan risau, hadapinya dengan tenang kerana ibu bapa yang panik boleh menyebabkan bayi juga tidak tenang.

Antara cara nak tenangkan bayi serta membantu dengan masalah sembelit mereka adalah dengan urutan.

Dapatkan SeraiMas Baby Oil, bau yang menyenangkan dan membantu melegakan perut bayi anda.

Jangan lupa, gunakan SeraiMas Baby Oil tau!

More Posts

ms_MYMS