SeraiMas Baby Oil, Kelegaan Instant Buat Bayi Kembung Perut

baby oil seraimas

Table of Contents

Seperti yang kita tahu, bayi tidak ada cara lain untuk memberitahu kita jika mereka tidak selesa atau sakit kembung perut selain daripada menangis atau meragam.

Kadangkala, para ibu dan ayah mempunyai kesukaran untuk mengesan apakah yang tidak kena dengan si kecil mereka. 

Antara sebab anak anda meragam tidak berkesudahan adalah kembung perut. 

Walaupun kembung perut hanyalah melibatkan udara dalam abdomen atau usus, ianya boleh menyakitkan bagi sesetengah bayi. 

Apabila bayi anda mengalami kembung perut, udara kecil berkembang dalam perut atau usus mereka yang menyebabkan tekanan dan sakit perut.

Ada sesetengah bayi tidak terganggu dengan keadaan ini, tetapi ada yang meragam dan susah untuk tidur hinggalah angin dikeluarkan. 

Jom, kami kongsikan tanda-tanda bayi kembung perut dan apa yang anda boleh lakukan untuk melegakan si kecil anda. 

Tanda-Tanda Bayi Kembung Perut

bayi kembung perut

  •  Meragam

Sebenarnya, normal bagi bayi untuk meragam lebih kurang sejam setiap hari. 

Tetapi, jika si kecil anda meragam dengan kerap dan sukar untuk dipujuk malah keadaan semakin tidak baik, anda perlu membawa si kecil ke doktor untuk pemeriksaan. 

  •  Tidak Selesa

Apabila bayi mengalami kembung perut, mereka akan tampak tidak selesa sepanjang masa. 

Ini adalah petanda utama bahawa angin dalam perut mereka melebihi paras normal.

  •  Wajah Merah Semasa Menangis

bayi kembung perut

Biasanya bayi menangis dan wajah mereka menjadi merah atau kelihatan seperti mengalami kesakitan, ianya boleh menjadi petanda bahawa perut bayi anda kembung. 

  •  Kerap Menggeliat

Jika anda perhatikan anak anda kerap menggeliat, ianya mungkin petunjuk bagi masalah kembung perut. 

Jika bayi nampak seperti tidak selesa, memusingkan badan atau menarik kaki ke dada, ianya adalah petanda perut mereka masuk angin. 

  •  Tidak Menyusu / Sukar Tidur Lena

Antara gejala yang menunjukkan perut bayi anda masuk angin, bayi anda mungkin akan mengalami kesukaran untuk tidur dengan lena dan tidak menyusu. 

Namun, kedua tanda ini boleh menjadi petanda untuk masalah lain juga namun kebiasaannya, ia berlaku apabila perut bayi masuk angin. 

Dapatkan SeraiMas Baby Oil Sekarang!

baby oil seraimas

Salah satu langkah mudah dan cepat untuk melegakan kembung perut si kecil adalah dengan menyapu minyak panas. 

Tetapi anda tidak boleh menggunakan sebarang minyak panas tau sebab kulit bayi sangat halus dan sensitif. 

Oleh itu, anda perlulah menggunakan minyak yang dirumuskan khas untuk bayi seperti baby oil. 

Sememangnya terdapat banyak baby oil di pasaran tetapi antara baby oil yang terbaik adalah dari SeraiMas. 

Kenapa anda perlu dapatkan SeraiMas Baby Oil, sama ada variasi lemon atau eucalyptus, untuk si cilik anda? 

  •  Mengandungi Bahan Semulajadi 

SeraiMas Baby Oil mengandungi bahan-bahan semulajadi yang selamat pada kulit dan tidak memudaratkan kesihatan bayi anda. 

Antara bahan dalam SeraiMas Baby Oil ialah minyak mineral, minyak pati kayu putih, minyak pati lemon/eucalyptus, minyak akar halia, minyak bunga cengkih dan mentol.

  •  Pelbagai Kebaikan 

Setiap bahan yang terkandung dalam SeraiMas Baby Oil membawa kebaikan tersendiri kepada bayi anda. 

Minyak mineral meningkatkan kelembapan kulit dan mempunyai kesan anti-radang selain daripada ianya tidak komedogenik dan selamat untuk kulit bayi. 

Selain itu, minyak lemon bantu mengurangkan kegelisahan, kemurungan dan meningkatkan tumpuan. 

Begitu pula dengan minyak eucalyptus mengandungi sifat mikrob terhadap bakteria pernafasan dan virus dan melancarkan peredaran darah. 

Ia juga mempunyai kesan anti-keletihan dan anti-radang serta membantu mengurangkan sakit kepala. 

Metol pula memberi sensasi hangat yang melegakan dan membantu penafasan dan kesesakan hidung sementara. 

  •  Kesan Aromaterapi

SeraiMas Baby Oil mempunyai variasi bauan lemon dan eucalyptus yang menjadi aromaterapi buat si kecil anda. 

Dengan aroma yang wangi dan lembut ini, bayi akan merasa lebih selesa. 

Minyak aromaterapi ini juga fleksibel untuk digunakan di mana sahaja termasuklah di tempat awam tanpa mengganggu orang sekeliling. 

  •  Pantas Berkesan 

Setelah disapu minyak, bayi akan merasai sensasi hangat disebabkan mentol yang cepat menyerap dalam kulit dan melegakan. 

SeraiMas baby oil boleh digunakan untuk urutan ke seluruh badan bayi terutama di perut, punggung dan kaki. 

Sapuan di bahagian ini dapat membantu mencegah kembung perut pada bayi dan memberikan keselesaan. 

Selain daripada melegakan perut kembung, baby oil juga mempunyai pelbagai manfaat lain. 

  •  Membersihkan Lipatan Kulit 

Kadangkala, anda tak perasan masih tersisa kotoran pada kulit bayi anda terutamanya di lipatan-lipatan seperti lipatan lengan, kaki, peha, leher, telinga dan pusat. 

Dengan menyapu SeraiMas Baby Oil, kotoran di pelipatan dapat dibersihkan. 

  •  Menenangkan Tubuh

Mengurut anak dengan baby oil dapat menenangkan si kecil, sekaligus merangsang saraf dan otot bayi. 

Bukan itu sahaja, anda dapat meluangkan masa dan membentuk ikatan yang lebih erat antara ibu bapa dan bayi. 

  •  Melembapkan Kulit

Minyak mineral yang terkandung dalam SeraiMas Baby Oil dapat membantu menjaga kandungan air dalam kulit supaya kelembapan kulit tidak berkurang. 

Minyak mineral juga merupakan bahan pelembap yang terbaik untuk kulit sensitif seperti bayi. 

  •  Meredakan Ruam

Baby oil bermanfaat dari segi meredakan ruam yang biasa dihadapi oleh bayi kerana berpeluh secara berlebihan. 

Bahan yang terkandung dalam SeraiMas Baby Oils memastikan bayi anda mendapat manfaat kesan anti-radang.

  •  Mengatasi Masalah Kulit

Ada bayi yang menghadapi masalah kulit kering sampai mengelupas yang menyebabkannya tidak selesa. 

Baby oils mampu membantu mengatasi masalah kulit kering dengan cara dititiskan baby oil di kawasan terlibat dan urut dengan lembut. 

Walaupun kembung perut selalu dihadapi oleh bayi, ibu bapa tak boleh mengambil ringan isu ini kerana ia mengganggu keselesaan si kecil.

Ambillah langkah selamat untuk membantu melegakan perut si bayi seperti menggunakan SeraiMas Baby Oil. 

Selain daripada mengandungi bahan yang selamat untuk digunakan ke atas kulit halus si kecil, ia juga mengandungi pelbagai manfaat lain. 

More Posts

ms_MYMS