Ibu yang baru lepas melahirkan anak perlu mengambil makanan yang sihat untuk ibu berpantang.
Sudah menjadi tradisi turun-temurun wanita Asia, tidak mengira kaum, untuk menjalani pantang selepas melahirkan bayi.
Semasa mengandung badan wanita akan mengalami pelbagai perubahan drastik dan setelah berhempas pulas melahirkan anak, badan para ibu perlu waktu khas untuk pulih.
Amalan berpantang ini merupakan satu proses yang menyeluruh untuk memulihara kesihatan wanita.
Ada yang melalui tempoh 44 hari, ada juga yang mengamalkan pantang sehingga 100 hari.
Kebiasaannya, si ibu dan si kecil tidak dibenarkan keluar rumah dalam tempoh berpantang.
Ramai ibu-ibu yang merasakan tempoh berpantang sangatlah memeritkan sebab semua perkara perlu dijaga dengan rapi.
Tapi ibu-ibu kena ingat, pantang ini adalah untuk kebaikan anda dan bayi anda.
Tidak dinafikan, memang banyak dugaan yang perlu dilalui semasa berpantang.
Contohnya, bab pemakanan. Ramai rasa terseksa sebab tak dapat menikmati makanan yang biasa dimakan sebelum ini.
Tapi, jaga pemakanan semasa berpantang sangat penting untuk bantu memulihkan dalaman anda.
Cabaran Ibu Ketika Berpantang
Sama ada anda seorang bakal ibu atau si suami yang nak tahu lebih lanjut tentang berpantang, anda perlu tahu cabaran yang ibu-ibu berpantang lalui.
Bila dapat fahami cabaran-cabaran ini, mungkin ia sedikit sebanyak boleh bantu anda bersedia untuk menempuhi tempoh berpantang.
Belajar Menjadi Ibu
Selain daripada berehat, waktu berpantang juga merupakan masa untuk anda belajar untuk menjadi seorang ibu kepada anak anda.
Al-maklumlah, sebelum ini anda hanya menjaga diri anda dan suami sahaja.
Nak jaga bayi tak sama macam jaga orang dewasa, mereka memerlukan perhatian yang lebih banyak dan teliti.
Sejurus lepas bersalin, anda perlu terus mengerah tenaga untuk menjaga dan menyusukan bayi.
Bagi ibu yang pertama kali melahirkan, nak menyusukan anak juga ada cara yang betul. Bukan main sua saja anak pandai minum sendiri. Ada teknik-tekniknya.
Anda juga perlu belajar tentang kesihatan bayi dan perhatikan jika anak anda mengalami apa-apa penyakit yang boleh mengganggu kesihatan si kecil.
Tapi jangan takut sebab biasanya anda akan dikelilingi orang-orang yang berpengalaman seperti ibu/ibu mentua dan confinement lady.
Cuma janganlah lepaskan tanggungjawab menjaga anak kepada ibu dan ibu mentua.
Penjagaan Diri
Jaga anak penting tetapi jaga diri sendiri lagi penting tau, ibu!
Banyak perkara yang anda perlu jaga selepas bersalin terutamanya luka jahitan, sama ada jahitan episiotomi (di faraj) mahupun jahitan cesarean (di abdomen).
Luka perlu dibersihkan dengan betul supaya tiada jangkitan kuman pada luka tersebut.
Bukan itu sahaja, para ibu juga perlu pastikan anda meminum air secukupnya bagi mengelakkan komplikasi yang boleh berlaku kerana kekurangan air.
Air yang mencukupi juga bantu memastikan susu yang dihasilkan cukup untuk bayi anda.
Susu ibu mengandungi komponen air yang tinggi jadi ibu dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari.
Penjagaan Pemakanan
Antara cabaran besar buat ibu berpantang adalah pemakanan kerana banyak makanan yang dilarang untuk diambil.
Dalam adat Melayu, ibu berpantang dilarang mengambil makanan ‘sejuk’ seperti sayur-sayuran (timun dan bayam), buah-buahan (tembikai dan jambu) kerana boleh menyebabkan demam.
Namun, tak semua sayur dan buah dilarang kerana keduanya penting disebabkan kandungan seratnya yang tinggi.
Masalah sembelit boleh dielakkan dengan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, cuma tidak boleh makan jenis yang ‘sejuk’ sahaja.
Anda perlu pastikan pemakanan anda cukup dengan nutrien yang diperlukan badan seperti vitamin A, B, C, zat besi, garam galian seperti kalium, natrium dan asid folik.
Jika ibu-ibu risau tau cukup, anda boleh mengamalkan supplemen seperti SeraiMas Siedaara.
Baca Juga:
Makanan Untuk Ibu Berpantang (Do’s & Don’ts)
Kebanyakan makanan pantang adalah jenis makanan yang tak gatal, berangin, sejuk atau tajam untuk badan.
Ayam & Daging
Ayam dan daging dibolehkan tetapi seeloknya pilihlah yang tidak terlalu berlemak.
Anda boleh cuba daging burung seperti puyuh dan merpati kerana ia tidak terlalu berlemak dan manis lemak rasanya.
Ikan & Makanan Laut
Selain daripada ikan haruan yang sering menjadi pilihan utama wanita berpantang, anda juga boleh cuba salmon, tenggiri, bawal putih, siakap, selar, merah dan jenahak.
Ikan-ikan yang anda dinasihatkan untuk elak adalah cencaru, tongkol, ikan masin, keli, bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang parang, kembung dan tamban.
Makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan kerang juga tidak digalakkan
Sayur & Buah
Sayur dan buah bantu sistem penghadaman dan menjadi sumber vitamin bagi ibu dan bayi yang masih menyusu badan.
Sayur yang digalakkan ialah peria, halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja, jantung pisang, kunyit hidup, daun kaduk, daun pudina dan daun kari.
Buah yang digalakkan untuk ibu makan kerana kandungan vitamin C yang banyak ialah seperti anggur, kurma, oren, epal, strawberi dan longan cina.
Sayur yang tidak digalakkan ialah ubi kayu, petola, terung, timun, tomato, kubis, saderi, sayur keladi, labu, petai, jering dan cili.
Buah yang tidak digalakkan pula ialah buah nenas, limau, tembikai, pir, pisang, jambu, kiwi, belimbing, durian, mangga, betik, ciku, nangka, cempedak, manggis dan kuinin.
Makanan Lain
Ibu berpantang digalakkan mengambil herba-herba asli dan semulajadi seperti ada hitam, lada putih, halba, kayu manis, cengkih, ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis.
Untuk supplemen, sebaiknya carilah supplemen yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, sebaliknya mengandungi bahan semulajadi.
SeraiMas Ada Supplemen “Makanan” Ibu Berpantang
Jika anda mencari supplemen ibu berpantang, SeraiMas Siedaara merupakan pilihan terbaik untuk anda.
Supplemen ini menggabungkan 6 bahan semulajadi Labisia Pumila (kacip fatimah), Quercus Infectoria (manjakani), Parameria (akar serapat), kunyit, halia dan Areca Catechu (buah pinang).
Ia juga diformulasi dengan bahan tradisional terbaik untuk memberi nutrisi yang cukup, meningkatkan kesihatan dan kesegaran badan wanita.
Yang bagusnya SeraiMas Siedaara, ia bebas daripada gula sintetik, tekstur dan rasa memang berasal dari pemanis semulajadi.
Ibu-ibu juga tak perlu risau kerana supplemen SeraiMas selamat untuk diambil kerana supplemen ini mendapat kelulusan KKM dan Halal oleh JAKIM.
Nak makan supplemen SeraiMas Siedaara pun senang sangat!
Anda hanya perlu minum 1 sudu besar sejam sebelum makan atau ketika perut kosong, dua kali sehari.
Disarankan makan sekali sebelum makan tengahari dan sekali lagi sebelum makan malam.
Namun, jika anda ada mengambil sebarang ubat atau supplemen lain, jarakkan pengambilan selama satu jam.
Anda juga disarankan untuk mengamalkan minum 8 gelas air kosong setiap hari.
Tapi, kena tunggu selepas bersalin tau kerana SeraiMas Siedaara tidak digalakkan untuk wanita yang sedang hamil.
Jadi, jangan tunggu lagi.