Feminine Wash Sireh SeraiMas Selamat Digunakan

feminine wash

Table of Contents

Bayangkan anda sedang duduk, tiba-tiba anda boleh bau sesuatu yang tidak menyenangkan dan bau itu datang dari Miss V anda, apa perasaan anda?

Mesti anda akan rasa tak senang duduk, malu dan risau jika ada orang lain pun boleh bau.

Masalah faraj berbau ni bukanlah sesuatu yang aneh malah ramai wanita yang menghadapinya.

Jika anda di sini, pastinya anda salah seorang yang mengalami masalah ini dan sedang mencari solusi, kan?

Jangan risau, kami akan kongsikan tips menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, cara menjaga faraj anda dan solusi paling mudah dan berkesan.

Petua Hilangkan Bau Faraj Anda

feminine wash

Faraj sememangnya mengeluarkan bau, tetapi isunya sama ada bau tersebut datang dengan masalah kesihatan ataupun bau biasa sahaja.

Faraj yang sihat akan mengeluarkan aroma ‘musky’ atau ‘fleshy’.

Tetapi, bau Miss V anda boleh berubah sementara waktu semasa kitaran haid atau jika hubungan seksual terjalin.

Masalahnya adalah apabila bau yang dikeluarkan oleh faraj anda terlalu kuat dan berterusan.

Jika perkara ini berlaku, cepat-cepat rujuk pakar kesihatan sebab takut anda dijangkiti penyakit di faraj anda.

Tapi, kalau anda rasa anda tidak mengalami apa-apa masalah tetapi masih tidak senang dengan bau faraj anda, jom kami kongsi petua untuk hilangkan bau dekat bawah ni.

1.  Jaga Kebersihan Faraj

Pastikan anda basuh kawasan antara peha– gunakan kain basah lembut untuk membuang kulit mati, peluh dan kotoran.

Elakkan guna loofah atau kain yang kasar kerana boleh menyebabkan luka kecil sehingga boleh ada jangkitan kuman.

Bahagian luar faraj, anda dibolehkan guna sabun lembut manakala gunakan air untuk di bahagian labia (bibir faraj) kerana labia merupakan kawasan yang sensitif.

Yang paling penting, pastikan basuh kemaluan anda sebelum dan selepas hubungan intim untuk mengelakkan penyakit kelamin.

2.  Tukar Seluar Dalam

Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada 100% kapas, elakkan sutera, satin atau polister.

Kapas membolehkan faraj bernafas dan sangat baik dalam mengeluarkan peluh dan cecair.

Jika seluar dalam anda lembap atau basah, tukar dengan yang baharu kerana kelembapan berlebihan boleh mengganggu bakteria semula jadi dan mengakibatkan jangkitan.

3.  Produk Penghilang Bau Luaran

Jika anda ingin menggunakan feminine wash atau bahan pewangi, gunakan di luar bahagian labia dan bukannya berhampiran faraj.

Faraj sudah mempunyai mekanisme pembersihan sendiri (self-cleaning) jadi anda tak perlu gunakan apa-apa untuk membersihkannya.

Tindakan memasukkan sesuatu ke dalam faraj boleh mengganggu kimia semula jadinya dan membawa masalah yang lebih besar.

Baca Juga:

Virgin Coconut Oil, Produk Tempatan Yang Terbaik!

Cara Jaga Miss V!

feminine wash

Nak jaga faraj ni tidak terhad kepada penyucian sahaja tau. Banyak benda lain yang anda perlu titik beratkan.

Jom kami kongsikan 8 cara menjaga Miss V anda.

  1. Guna air suam untuk mencuci kemaluan anda. Kemudian, keringkan dengan tuala atau tisu. Jangan dalam keadaan basah-basah, terus pakai seluar dalam tu!
  2. Elakkan menyentuh kawasan faraj. Faraj anda boleh bersihkan diri sendiri.
  3. Jika anda sedang haid, luangkan lebih masa membasuh vulva anda.
  4. Tukar seluar dalam kepada material kapas terutamanya jika anda mudah mengalami gatal-gatal.
  5. Tukar pakaian dalam secepat mungkin jika kawasan faraj basah atau berpeluh yang banyak.
  6. Elakkan daripada memakai seluar dalam jenis thong kerana ia boleh membuatkan kemaluan anda gatal.
  7. Jangan meruang (douching), sembur deodoran, guna tisu basah pada kawasan faraj anda.
  8. Elakkan pakai pakaian ketat, biarkan faraj anda bernafas.

Nak jaga Miss V ni tak susah tapi kadangkala bila Miss V berbau memang rasa tak senang.

Nak tahu produk yang boleh membantu dengan masalah faraj berbau dan selamat digunakan?

Jaga Miss V Dengan SeraiMas Feminine Wash Sireh

SeraiMas feminine wash

Sebelum anda berhenti baca sebab stigma tentang feminine wash, benarkan kami terangkan mengapa SeraiMas Feminine Wash Sireh bagus dan selamat digunakan.

SeraiMas Feminine Wash Sireh merupakan rejim pembersihan alternatif untuk membersihkan kawasan intim wanita dengan rawatan semulajadi yang lembut.

Feminine wash ini kaya dengan ekstrak semulajadi yang sinonim dengan wanita dan sensasi segar serta harum dari sireh.

Sireh ini dapat membantu mengekalkan pH yang optimum untuk kawasan sensitif wanita jadi anda tak perlu risau.

Bukan itu sahaja, ekstrak sireh mengandungi fenolik yang berpotensi sebagai antibakteria, bersifat antijamur yang menghalang bakteria Candida.

Ekstrak sireh juga terbukti berkesan menghalang pertumbuhan bakteria jahat dan menjaga bakteria baik serta bersifat antiseptik yang baik untuk mencegah keputihan.

SeraiMas Feminine Wash Sireh juga mengandungi ekstrak kacip fatimah yang digunakan secara tradisional untuk mengekalkan sistem peranakan yang sihat.

Bukan itu sahaja, ekstrak kacip fatimah mengandungi estrogen semulajadi yang dapat mencegah atrofi faraj (faraj semakin kering dan nipis).

Selain itu, SeraiMas Feminine Wash Sireh mengandungi manjakani yang bersifat antiseptik, anti-radang dan anti mikroba yang menghalang gatal-gatal dan bau busuk.

Manjakani juga bantu memulihkan kesihatan tisu mukosa dan penyembuhan tisu luaran terutamanya selepas melahirkan.

Sifat astringen manjakani dapat bantu melegakan jangkitan saluran kencing.

Memang betul, ramai yang salah sangka tentang feminine wash sebab disangkakan feminine wash ini digunakan untuk basuh faraj dan dalam faraj.

Bukan begitu ya! Feminine wash ni adalah untuk penggunaan luaran sahaja. Caranya ialah:

  1. Anda hanya tuangkan beberapa titis ke tapak tangan anda dan larutkan dengan air suam, gosokkan tangan anda bersama untuk meratakannya.
  2. Kemudian sapu perlahan di bahagian luar kawasan intim iaitu vulva, bukan bukaan vagina atau dalam vagina ya.
  3. Selepas itu, basuh dengan air bersih dan keringkan perlahan-lahan dengan kain kapas.
  4. Elakkan menggosok dengan kuat di kawasan faraj anda.

Yang paling penting, SeraiMas Feminine Wash Sireh mendapat kelulusan KKM dan diiktiraf Halal oleh JAKIM.

Jadi, jangan tunggu lagi.

More Posts

ms_MYMS