Manfaat dan Khasiat Kismis Untuk Tubuh dan Minda Anda

kismis hidayah

Table of Contents

Betul ke khasiat kismis boleh buat anak-anak pandai dan merupakan makanan sunnah kegemaran Rasulullah S.A.W.? 

Sebenarnya, tidak wujud dalil sahih daripada Rasulullah S.A.W. mengenai dakwaan berkaitan kismis ni. 

Tapi, kismis sememangnya ada khasiatnya yang tidak dapat dinafikan. 

Jadi, jom kami kongsikan khasiat kismis yang anda boleh dapatkan di Malaysia.

Khasiat Makan Kismis

kismis hidayah

Seperti yang kita tahu, kismis merupakan makanan kering yang dihasilkan daripada anggur. 

Kismis ini kaya dengan nutrisi, mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan B9. 

Ia juga mengandungi kolin, vitamin C, E, K, kalsium, zat besi, magnesium, fosfor, kalium, sodium dan pelbagai nutrien lain. 

Kalau orang putih, kismis ini dikira sebagai satu ‘superfood’ tau!

Maknanya, anda mendapatkan pelbagai nutrisi dan kebaikan kesihatan apabila memakannya tanpa risaukan tentang kalori anda. 

Jom kita tengok apakah khasiat kismis yang lain selain mengandungi nutrien yang banyak:  

  •  Kurangkan Sembelit

Kismis mengandungi serat yang mempunyai peranan penting dalam sistem pencernaan iaitu memastikannya berjalan lancar. 

Bagi secawan kismis, dianggarkan ia mengandungi hampir 10 gram serat. 

Hasilnya, sembelit dapat dielakkan, toksin berbahaya dikeluarkan dan usus dibersihkan. 

  •  Tekanan Darah Tinggi 

Kismis didapati kaya dengan bahan kalium dan rendah kandungan sodium. 

Oleh itu, ia dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. 

Jadi, kismis bukan sesuai untuk kanak-kanak sahaja, tetapi juga bagi warga emas. 

  •  Daya Pemikiran

Gula ringkas dalam kismis dipercayai dapat meningkatkan daya pemikiran otak. 

Gula ringkas membekalkan tenaga yang boleh digunakan oleh sel-sel biologi termasuk sel-sel otak. 

Otak dan sel biologi lain seperti sel otot dan sel darah merah memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang optimum untuk berfungsi dengan baik.

  •  Kaya Antioksida

Fenol dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan dalam makanan antioksida. 

Fungsi antioksida adalah melindungi badan daripada radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit. 

  •  Kesihatan Gigi 

Antioksida seperti asid oleanolik dalam kismis juga dapat melawan bakteria yang menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi. 

Walaupun kismis merupakan makanan yang manis namun ianya tidak menyebabkan berlakunya kaviti dan penyakit gusi.

Sebaliknya, ia melindungi dan menjadikan gigi lebih sihat dan kuat. 

Kenapa Kismis Tak Boleh Makan Berlebihan

kismis hidayah

Kalau begitu banyak nutrien dan khasiat kismis, lebih baik kalau makan dengan banyak setiap hari, kan?

Macam yang dikatakan di atas, kismis ini merupakan buah anggur yang dikering. 

Untuk pengetahuan anda, buah-buahan yang dikeringkan mengandungi gula yang amat tinggi. 

Eh, tadi kata gula ringkas dalam kismis bagus untuk daya ingatan jadi sepatutnya tak apalah kalau makan banyak, kan?

Tidak, badan kita mempunyai had dalam setiap perkara termasuklah kandungan gula. 

Kismis dapat membantu membekalkan gula yang diperlukan tetapi jika diambil secara berlebihan, boleh juga memudaratkan. 

Berapa banyak gula ada dalam satu kotak kecil kismis? 8 sudu gula! Sama macam makan 1 bar Snickers!

Jadi, bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan, elakkanlah makan kismis dengan kuantiti yang banyak.

Kismis dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan berat anda naik. 

Kalau tadi kita kata kismis bagus untuk sistem pencernaan, jika berlebihan ia juga boleh membahayakannya. 

Hal ini kerana pengambilan serat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan penyerapan nutrien yang lemah, usus tersumbat dan angin dalam usus. 

Serat juga menyerap lebihan cecair dalam sistem pencernaan yang bagus untuk mengubati cirit-birit tetapi boleh juga menyebabkan dehidrasi, ketidakcernaan dan penyakit perut lain. 

Hal ini terumanya jika anda makan kismis secara berlebihan dan tidak meminum air dengan mencukupi.

Oleh itu, ingatlah untuk makan kismis secara bersederhana. 

Jika anda ingin memberikan anak-anak makan kismis, pastikan anak-anak anda sudah pandai mengunyah makanan lembut. 

Hal ini kerana kismis agak melekit dan sukar untuk dikunyah, jadi risiko untuk mereka tersedak adalah sangat tinggi. 

Adalah lebih baik jika anda potong kismis menjadi kepingan kecil untuk memudahkan mereka untuk makan terutamanya kanak-kanak berusia 9 bulan dan ke atas.

Dapatkan SeraiMas Kismis Hidayah 

kismis hidayah

Jika anda mencari kismis untuk menjadi makanan tambahan semulajadi atau snek sihat untuk seisi keluarga, dapatkanlah SeraiMas Kismis Hidayah. 

SeraiMas Kismis Hidayah diperbuat daripada anggur hijau tanpa biji terpilih yang segar dan bermutu tinggi. 

Fakta menarik, kismis hijau mengandungi asid oleanolik (antioksida) tertinggi berbanding buah-buahan dikeringkan lain. 

Seperti yang dinyatakan di atas, asid oleanolik  dapat melawan bakteria yang menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi. 

Bukan itu sahaja, SeraiMas Kismis Hidayah juga mengurangkan risiko anemia terutamanya untuk ibu hamil. 

Sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar, SeraiMas Kismis Hidayah membantu menguatkan daya ingatan. 

Selain itu, SeraiMas Kismis Hidayah juga mampu membantu mengawal tekanan darah dan kadar gula dalam darah, sesuai untuk orang dewasa dan warga emas. 

Anda disyorkan untuk makan tujuh (7) biji sebelum sarapan pagi setiap hari. 

Dianggarkan, satu unit SeraiMas Kismis Hidayah mampu bertahan selama 1-2 minggu mengikut kekerapan pengambilan. 

Apa yang menariknya SeraiMas Kismis Hidayah ni adalah ia datang dalam saiz mini dan ringan, mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Selit je dalam beg sekolah anak-anak, beg kerja suami/isteri atau di atas meja makan, senang, kan?

Bukan itu sahaja, bungkusan SeraiMas Kismis Hidayah mempunyai penutup kedap yang ketat (seal-pouch) jadi anda tak perlu risau masuk angin atau dimasuki semut dan serangga lain. 

Tapi lepas dah buka, pastikan anda menyimpannya di tempat sejuk (bawah 30°C) tau!

Eh lupa, perkara paling penting sekali adalah SeraiMas Kismis Hidayah mengandungi kelulusan daripada KKM dan mempunyai sijil HALAL dari JAKIM.

Bab harga, jangan risau kerana SeraiMas menawarkan harga yang rahmah dan mesra rakyat untuk semua produknya!

Jadi, tunggu apa lagi? 

More Posts

ms_MYMS