Losyen Badan Terapi Anggun Melegakan Sakit Sendi

sakit sendi pergelangan tangan

Table of Contents

Kalau anda selalu rasa sakit sendi ketika bangun tidur atau pada waktu pagi, anda mungkin menghidap arthritis atau radang sendi. 

Gangguan pada sendi ni bukan sahaja membuatkan anda rasa sakit tetapi sendi anda boleh menjadi kaku serta otot boleh menjadi lemah.

Perkara ini boleh menjejaskan aktiviti harian anda. 

Sakit sendi tidak boleh dipandang remeh kerana boleh menyebabkan dan disebabkan oleh penyakit lain. 

Jom kita tengok apa itu sakit sendi, punca dan contoh serta salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk melegakan sakit yang anda alami. 

Definisi Sakit Sendi 

sakit sendi kaki

Sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian tubuh badan lain seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan jari kaki serta tangan.

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu. 

Fungsi sendi adalah melicinkan pergerakan. 

Radang sendi adalah suatu sensasi atau ketidakselesaan yang dapat dirasai di mana-mana bahagian sendi.  

Ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. 

Sakit seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak mengira lapisan umur dan jantina. 

Ketidakselesaan pada sendi adalah perkara biasa dan boleh berterusan dalam tempoh yang lama, datang dan pergi. 

Kadangkala, sendi akan terasa kebas atau sakit. 

Ada juga pesakit yang mengadu rasa sensasi terbakar, berdenyut atau sensasi mencucuk. 

Punca Sakit Sendi 

sakit sendi pergelangan tangan

Kemerosotan tulang rawan, tisu penghubung yang fleksibel di sendi, merupakan punca biasa sakit sendi. 

Hal ini mungkin kerana tulang rawan haus, jangkitan sendi atau kecederaan yang pernah dialami. 

Salah satu sakit sendi yang biasa dialami, rheumatoid arthritis, berpunca dari gangguan autoimun. 

Gangguan autoimun berlaku apabila sistem imun badan menyerang tisu badan sendiri. 

Bukan itu sahaja, genetik juga boleh mempengaruhi himpitan tulang. 

Antara punca lain ketidakselesaan pada persendian adalah: 

  • Terseliuh 
  • Tulang patah
  • Tulang terkehel
  • Kanser tulang
  • Gout
  • Pseudogout 
  • Hipotiroidisme 
  • Fibromyalgia
  • Leukemia
  • Lupus
  • Penyakit Adult Still
  • Ankylosing spondylitis
  • Avascular necrosis
  • Bursitis
  • Complex regional pain syndrome
  • Lyme disease 
  • Polymyalgia rheumatica
  • Psoriatic arthritis 
  • Reactive arthritis
  • Septic arthritis
  • Demam reumatik 
  • Riket 
  • Sarcoidosis 
  • Tendinitis 

Mesti anda tidak sangka ada banyak penyebab sakit sendi, kan?

Baca Juga:

2 Minuman Kesihatan Terbaik Local Seraimas

Contoh-contoh Sakit Sendi

sakit sendi bahu

Walaupun sakit sendi boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan usia, sesetengah kumpulan umur lebih mudah terdedah kepada keadaan tertentu. 

Golongan remaja lebih mudah cedera kerana mereka lebih aktif dan tulang masih lembut. 

Golongan pertengahan usia dan warga emas lebih terdedah kepada tulang degeneratif, sama ada kerana tulang rawan haus atau kehilangan nutrien yang menyokong kesihatan tulang.

Antara contoh sakit sendi adalah:

  •  Arthritis

Sakit sendi yang biasa terjadi selalunya merujuk kepada penyakit arthritis atau arthralgia. 

Simptom utama penyakit ini adalah kekejangan yang biasanya bertambah buruk seiring dengan peningkatan usia. 

Jenis arthritis yang paling biasa adalah osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. 

  •  Osteoarthritis

Osteoarthritis berlaku apabila rawan di antara tulang dan sendi semakin menipis atau rosak yang menyebabkan pergerakan sendi terganggu. 

Hal ini boleh menyebabkan kesakitan dan bengkak.

Biasanya osteoarthritis cenderung berlaku di lutut, pinggul, leher, bawah punggung dan jari. 

Sakit sendi ini boleh berlanjutan daripada sakit sementara ke sakit berterusan. 

Ia boleh menjadi bertambah buruk jika terdapat pergerakan yang berat atau mendadak, dan reda dengan berehat. 

  •  Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis merupakan penyakit autoimun kronik yang berkembang secara perlahan dalam jangka waktu beberapa minggu hingga bulan. 

Apabila sambungan antara dua tulang perlahan-lahan terjejas, sendi kecil pada bahagian tubuh seperti pada jari tangan dan kaki akan cenderung terkesan terlebih dahulu.

Kesannya, sendi lain seperti pergelangan tangan, siku, pinggul dan tulang belakang turut akan terjejas. 

  •  Gout 

Gout merupakan arthritis yang menyebabkan kemerahan, panas dan bengkak pada sendi yang boleh berterusan selama beberapa jam. 

Gout boleh berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan dan meningkatkan pengeluaran asid urik dan pengambilan alkohol berlebihan yang mengganggu penghasilan asid urik dalam badan. 

Tahap asid urik yang tinggi dalam darah akan mula membentuk deposit di sendi. 

Asid urik ini biasanya disingkirkan oleh badan semulajadi tetapi pesakit gout mempunyai tahap asid urik yang semakin meningkat. 

Asid urik berlebihan ini boleh datang daripada pengambilan makanan yang kaya dengan purin yang meningkat atau pengurangan perkumuhan asid urik disebabkan kegagalan buah pinggang. 

Sendi yang paling terjejas adalah sendi di bahagian tapak ibu jari kaki, lutut, buku lali kaki, tangan dan pergelangan tangan. 

Selain itu, gout juga boleh berlaku disebabkan penggunaan ubat tertentu, trauma, kecederaan dan faktor genetik. 

Legakan Sakit Sendi Dengan Losyen Badan Terapi Anggun

losyen badan terapi anggun

Walaupun sakit sendi boleh disebabkan oleh penyakit serius namun menurut laman web KKM, selalunya sakit sendi adalah sakit yang ringan. 

Cara mudah untuk melegakan sakit ini adalah dengan urutan di kawasan yang terkesan. 

Nak lagi berkesan? Gunalah SeraiMas Losyen Terapi Anggun Aromaterapi. 

Losyen ini dapat melegakan sakit di bahagian sendi lutut, kekejangan otot dan sakit badan. 

Dengan tekstur berkrim ringan dan cepat menyerap, anda tak perlu risau rasa berminyak berlebihan tertinggal pada kulit badan anda. 

Losyen ini mengandungi minyak sitronella dan minyak akar halia yang sangat terkenal sebagai ubat alternatif Asia Tenggara untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. 

Adakah SeraiMas Losyen Terapi Anggun Aromaterapi merupakan losyen badan biasa? 

Tidak! Losyen ini memberikan sensasi panas yang menyenangkan serta mempunyai sifat aromaterapi yang menenangkan badan dan emosi. 

Seiring dengan saranan KKM iaitu selangkan terapi sejuk dan panas, maka losyen ini boleh menjadi terapi panas pada bahagian sakit. 

Tapi lagi senang sebab anda sapu-sapu, terus lega. Tak perlu nak cari tungku atau panaskan kain untuk tuam.

Yang paling best, saiz kompak SeraiMas Losyen Terapi Anggun Aromaterapi ni membolehkan anda membawanya ke mana-mana. 

Tak adalah risau tiba-tiba sakit di pejabat atau jalan-jalan, sapu saja SeraiMas Losyen Terapi Anggun Aromaterapi. 

Losyen ini boleh digunakan oleh semua golongan usia kecuali bayi. 

Wanita hamil dan selepas bersalin pun boleh gunakan SeraiMas Losyen Terapi Anggun Aromaterapi ni. 

Tunggu apa lagi? 

More Posts

ms_MYMS