Cara hilangkan migrain terbukti berkesan dengan minyak aromaterapi warisan Seraimas.
Sakit kepala atau migrain boleh menjejaskan kesejahteraan hidup.
Bukan sahaja ia mengganggu aktiviti harian, ia juga boleh mengurangkan selera makan dan meningkatkan tekanan.
Kepada yang selalu diserang migrain pasti tahu betapa sukarnya menjalankan kehidupan seperti biasa.
Walaupun ramai yang mengambil jalan mudah dengan mengambil ubat tahan sakit, terdapat banyak cara lain yang boleh mengurangkan sakit kepala ringan.
Jom, kami kongsikan bagaimana anda boleh mengurangkan atau melegakan migrain.
Info Penting Mengenai Migrain
Apa Itu Migrain
Migrain merupakan salah satu penyebab sakit kepala yang dikenali sebagai ‘vascular headache’.
Migrain adalah sakit kepala yang biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja.
Boleh jadi ianya bermula di sebelah kepala dan kemudian melarat ke kedua-dua belah bahagian.
Siapa yang pernah mengalami migrain pasti tahu bahawa migrain menyerang secara berulang.
Migrain juga boleh menyebabkan pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.
Faktor Terjadinya Migrain
Seperti yang kita tahu, saluran darah dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala dan otak.
Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.
Bila keadaan ini berlaku, urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah terangsang dan hantar isyarat sakit ke otak.
Antara faktor yang mencetuskan serangan migrain adalah:
- Stress atau tekanan
- Sesetengah jenis makanan seperti keju, kopi dan coklat
- Kekurangan tidur
- Tabiat merokok
- Pengambilan alkohol
Jenis-jenis Migrain
Dua jenis migrain yang utama ialah migrain klasik (Classic Migraine) dan migrain biasa (Common Migraine).
Migrain Klasik
Anda akan mengalami tanda-tanda awal yang dikenali sebagai ‘aura’ atau ‘prodrome’ sebelum sakit kepala menyerang.
Aura yang dikenal pasti ialah nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang, kebas, pening dan sukar bercakap dengan jelas.
Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain akan menyerang.
Migrain Biasa
Berbeza dengan migrain klasik, migrain biasa akan menyerang tanpa amaran.
Migrain ini lebih kerap dialami terutamanya dalam kalangan kaum wanita.
Artikel Berkaitan
6 Cara Hilangkan Migrain Secara Semulajadi
Bahagian ini, kami akan kongsikan cara hilangkan migrain tanpa memerlukan anda untuk makan ubat tahan sakit (panadol).
Rehat
Jika anda mendapati migrain anda mungkin berpunca daripada stres atau tekanan yang anda sedang alami, dapatkan rehat.
Berhenti sebentar melakukan apa yang anda sedang lakukan dan ambil masa untuk minum air atau dengar lagu yang menenangkan.
Jika anda tidak dapat berehat lama, ambillah 5 ke 15 minit untuk berehat.
Kalau ada masa lebih, tidur seketika selama 30 minit bagi mengembalikan kesegaran pada badan dan otak anda.
Kurangkan MSG
Monosodium glutamate (MSG) merupakan penambah rasa dalam makanan.
Ia berasal daripada asid amino (asid glutamik) yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan.
Ia boleh merangsang neuron dan perkara ini mungkin boleh menjadi punca sakit kepala atau migrain.
Ramai penghidap migrain mengalami sakit kepala mendapati bahawa mereka mengambil makanan yang mengandungi MSG.
Pengurangan pengambilan MSG mampu membantu mengelakkan perkara ini berlaku.
Ais
Ya, anda tak perlu keluarkan duit pun untuk melegakan sakit kepala. Hanya dengan ais di rumah!
Balutkan ais dengan kain dan gosokkan di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.
Rendam Kaki Dalam Air Panas
Apabila anda merendam kaki dalam sebekas air panas, anda menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan di bahagian kepala anda.
Selepas rawatan rendam kaki selama 30 minit, biasanya anda akan merasakan lega dari sakit kepala.
Cumanya, cara ini sesuai dilakukan di rumah. Kalau di luar atau di pejabat, pastinya sukar untuk anda rendam kaki dalam air panas.
Limau Kasturi
Tip ini merupakan petua orang lama.
Ambil limau kasturi yang sudah dibelah dan perahkan limau ke atas kepala sambil meramas kepala anda.
Kemudian, kulit limau kasturi yang dah diperah tadi tu, masukkan pula ke dalam mangkuk berisi air bersih dan rendam seketika.
Selepas itu, tuangkan air rendaman tersebut ke atas kepala dan badan pula.
Minyak Aromaterapi Warisan
Menurut kajian, minyak aromaterapi boleh melegakan gejala sakit kepala.
Apabila anda menghidu minyak aromaterapi, molekul aroma akan bergerak masuk ke dalam saraf di hidung dan disampaikan ke otak.
Aroma ini akan mempengaruhi amygdala, pusat emosi otak.
Hasilnya, otak akan menyampaikan signal kepada organ tubuh lain untuk bertenang dan termasuklah sakit kepala dan migrain.
Tapi, ada banyak jenis minyak aromaterapi di pasaran, mana satu nak pilih?
Pilihan terbaik adalah SeraiMas Minyak Aromaterapi Warisan yang merupakan sejenis rawatan penyembuhan holistik.
Minyak Aromaterapi Warisan bukan sahaja berkesan untuk dihidu tetapi anda juga boleh gunakannya untuk urut.
Yang paling penting, Minyak Aromaterapi Warisan ni sangat fleksibel dan boleh dibawa ke mana sahaja.
Kita tak tahu bila migrain akan menyerang, kan?
Jadi, Minyak Aromaterapi Warisan boleh menjadi solusi masalah migrain anda dengan mudah dan cepat.
Anda juga tak perlu rasa bersalah jika baunya terlalu menyengat kerana Minyak Aromaterapi Warisan mesra dan menenangkan kepada siapa sahaja yang menghidunya.
Kesimpulan
Banyak kan cara untuk hilangkan migrain tanpa perlu telan ubat?
Cara yang paling senang dan boleh dilakukan di mana saja semestinya adalah dengan menggunakan minyak aromaterapi.
Kami mestilah nak yang terbaik untuk anda sebab itulah kami cadangkan SeraiMas Minyak Aromaterapi Warisan.
Apa yang istimewa sangat Minyak Aromaterapi Warisan ni?
SeraiMas Minyak Aromaterapi Warisan mengandungi pati minyak bunga matahari, pati minyak limau purut, pati minyak kayu putih, pati lemon dan menthol.
Banyak manfaat yang anda boleh dapati tau.
Minyak kayu putih mengandungi sifat mikrob terhadap bakteria pernafasan dan virus.
Selain itu, ia juga melancarkan peredaran darah, mempunyai kesan anti-keletihan dan berkesan untuk menghilangkan keradangan dan kesakitan (analgesik).
Minyak limau purut pula mempunyai sifat anti-bakteria dan mengurangkan stres dan kegelisahan. Ia juga memperbaiki keadaan kemurungan.
Yang paling penting, kedua variasi ini mengurangkan sakit kepala dan mempunyai aroma yang menyenangkan dan tidak menusuk.
Minyak Aromaterapi Warisan ini mempunyai bebola logam yang memudahkan penyapuan.
Jadi, anda tak perlu risau jika minyak ini tertumpah.
Cara nak guna pun senang.
Gosok saja bebola logam di tempat yang sakit dan urut perlahan dengan tangan.
Bahagian yang disapu minyak akan terasa sejuk disebabkan mentol, cepat menyerap dalam kulit dan menghasilkan bauan aromaterapi yang menenangkan.
Jangan biarkan migrain mengawal hidup anda.
Kami mempunyai penyelesaian yang anda perlukan.
Dengan rawatan minyak aromaterapi seraimas yang terbukti berkesan untuk hilangkan maigrain anda!