Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kulit kekal cantik. Oleh itu, SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen adalah suplemen untuk kulit yang anda perlukan!
Sebelum mengambil apa apa makanan tambahan atau suplemen, teliti dahulu kandungan yang terdapat didalamnya.
Seeloknya, pastikan ia berasaskan sumber organik atau sumber makanan semulajadi kerana setiap bahan yang diambil boleh menyebabkan kesan sampingan pada tubuh kita.
Namun, dengan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen, anda tidak perlu risau!
Nak kulit cantik dan sihat? Jom tengok kandungan-kandungan menarik dalam minuman suplemen untuk kulit ini!
Bahan-Bahan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen
Tahukah anda bahawa pemakanan kita sangat mempengaruhi keadaan dan kesihatan kulit kita?
Oleh itu, sekiranya anda menginginkan kulit yang cantik, menawan dan sihat, anda perlu menjaga pemakanan dan memilih makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan pelbagai vitamin.
Tambahan pula, jika anda ingin meningkatkan paras antioksidan dan menghalang proses penuaan, anda dinasihatkan mengamalkan pengambilan vitamin A dan vitamin C.
Ia juga mampu mengurangkan risiko kemunculan jerawat.
Selain itu, vitamin E pula bermanfaat dalam menghalang kekeringan kulit manakala vitamin B3 mampu membantu merawat kerosakan yang berpunca daripada sinar matahari.
Bagi masalah bintik hitam dan parut-parut degil, anda boleh meningkatkan pengambilan vitamin K.
Namun, dari manakah anda boleh mendapatkan khasiat vitamin-vitamin ini untuk mengingkatkan kecantikan kulit anda?
Jom lihat senarai buah-buahan yang anda mungkin tidak tahu sangat membantu dalam meningkatkan kesihatan dan kecantikan kulit!
Buah Aprikot
Aprikot merupakan sejenis buah yang berasal dari Tiongkok yang diperkaya dengan pelbagai khasiat.
Ia bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan seseorang malah sangat elok dimakan untuk meningkatkan kesihatan kulit.
Ini kerana, buah aprikot dikenali dengan kelebihannya dalam melawan dan mengurangkan risiko buruk akibat radikal bebas yang mengancam kesihatan kulit seseorang.
Antara contoh radikal bebas ini adalah kotoran daripada asap kenderaan yang bermotor serta sinaran UV yang sangat berbahaya kepada kulit kita.
Selain daripada mengandungi vitamin A dan C yang mampu melawan radikal bebas, buah aprikot juga diperkaya dengan antioksidan lain seperti polifenol dan flavonoid.
Kandungan-kandungan ini sangat membantu dalam mengurangkan kerosakan sel-sel tubuh, terutamanya sel-sel kulit.
Di samping itu, masalah keradangan kulit seperti jerawat juga boleh diatasi dengan pengambilan buah ini selain mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Bukan itu sahaja, kandungan vitamin E dalam buah ini juga berpotensi untuk menambah produksi kolagen kulit dan secara tidak langsung membuatkan kulit sentiasa kenyal.
Madu
Madu merupakan bahan semulajadi yang juga dikenali sebagai antiseptik alami yang mampu untuk menyembuhkan kulit dengan pantas.
Ini kerana, bakteria dan kuman mudah dihilangkan dengan sifat antibakterianya. Bukan itu sahaja, ciri-cirinya antiflamasi dan kandungan antioksidannya juga mampu mengurangkan keradangan kulit.
Menurut sesetengah pihak, madu boleh disifatkan sebagai agen pembersih yang mencegah pori-pori kulit daripada tersumbat selain memudarkan kesan luka dan pigmentasi.
Kulit yang kurang hidrasi pasti akan kelihatan kusam dan tidak berseri, bukan? Ini akan menyebabkan kulit kelihatan mengelupas dan kasar.
Namun jangan risau, kandungan enzim, antioksidan, probiotik dan nutrisi yang sarat dalam madu berpotensi untuk meningkatkan kelembapan kulit dan menjamin kekenyalan kulit.
Seterusnya, sama seperti buah aprikot, madu juga mampu mencegah kerosakan kulit akibat radikal beba.
Manakala, sifat antiseptik dan antioksidannya menggalakkan penyembuhan luka akibat jerawat.
Buah Delima
Untuk pengetahuan anda, kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, potassium dan vitamin C dan K serta folat boleh didapati dalam buah delima.
Anda boleh mendapatkan khasiatnya bukan hanya daripada isinya malah dengan biji dan bahagian kulitnya sekali!
Buah ini diperkaya dengan antioksida yang sangat membantu dalam memastikan kulit sentiasa terlindung daripada kesan buruk sinaran UV.
Ia juga secara tidak langsung menghindari kulit daripada berlakunya pigmentasi.
Selain itu, dengan pengambilan buah delima secara konsisten, sistem imun badan akan menjadi lebih kuat. Dengan ini, sebarang kecederaan senang untuk sembuh dengan lebih cepat.
Ini kerana, buah delima juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.
Habbatussauda
Minyak habatussauda terkenal di seluruh dunia dengan khasiat dan manfaat positifnya.
Ia bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan kulit malah sangat elok digunakan untuk mencantikkan lagi rambut dan menyihatkan kulit kepala.
Oleh itu, tidak hairanlah minyak habatussauda sering digunakan sebagai bahan aktif dalam pelbagai produk penjagaan rambut terutamanya syampu dan minyak rambut.
Ini kerana, minyak habatussauda mempunyai sejenis bahan iaitu ‘nigellone’ yang menurut pakar, sangat berkesan dalam mengurangkan masalah rambut gugur.
Sifat anti-histaminnya juga mampu mengurangkan kondisi kebotakkan androgenik dan kebotakan areata.
Tambahan pula, ciri-ciri antibakterianya pula berpotensi menghindari masalah kelemumur dan kulit kepala kering.
Buah Kurma
Bagi sesetengah orang, buah kurma hanya akan dicari apabila tibanya bulan Ramadan.
Namun, sekiranya mereka tahu akan khasiat-khasiatnya, pasti ramai akan meningkatkan pengambilan buah ini.
Buah manis ini mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan dan kulit wajah.
Seperti buah-buahan dan makanan di atas, kurma dikatakan dapat memperbaiki tekstur kulit yang kasar akibat dehidrasi dan kekurangan kolagen.
Ini kerana, kandungan vitamin B dalam buah kurma mampu membuang sel kulit mati manakala kandungan vitamin C dan D boleh meningkatkan keanjalan kulit.
Masalah kulit gatal dan ruam juga boleh dikurangkan dengan pengambilan buah kurma secara berterusan.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, dan tompok-tompok hitam.
Namun, hanya bergantung kepada buah kurma sahaja tidak mencukupi. Untuk menjamin kulit dan tubuh badan sentiasa sihat, anda perlu juga melakukan gaya hidup sihat.
Ini dengan bersenam dan menjadikan membersihkan muka serta memakai produk kecantikan sebagai rutin harian.
Kulit Cantik Dengan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen
Tidak perlu bersusah payah untuk mencari semua buah-buahan dan makanan semulajadi di atas kerana kini, anda boleh mendapatkannya hanya dengan sebotol SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen!
Dengan isipadu 500ml, jus premium ini mempunyai 23 gabungan herba berkualiti dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Antaranya ialah:
- Madu
- Buah Tiín
- Kismis
- Kurma Merah
- Apricot
- Delima
- Lada Pintal
- Cengkih
- Kunyit
- Buah Pala
- Senduduk Putih
- Mahkota Dewa
- Habbatus Sauda
- Mengkudu
- Teja Lawang dan lain-lain
Sesuai untuk seisi keluarga, campuran 23 herba dalam 1 minuman ini sesuai diambil oleh pelbagai peringkat umur seawal 12 tahun serta warga emas.
Gabungan kandungan berkhasiat dan makanan sunnah yang terdapat dalam SeraiMas Hidayah Gold Plus sangat sesuai untuk dijadikan alternatif tambahan untuk penjagaan kulit atau suplemen untuk kulit dan memastikan kulit kekal sihat.
Antara khasiat-khasiatnya yang lain adalah:
- Membantu mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
- Membantu mengawal tekanan darah
- Membantu memelihara sistem kardiovaskular yang terdiri daripada jantung, darah dan saluran darah
- Membantu memelihara kesihatan organ dalaman seperti buah pinggang, ginjal, hati dan paru-paru
- Membantu menguatkan otot
- Membantu merawat masalah ulser, buasir, pedih ulu hati, batu karang dan keracunan
- Membantu mempercepatkan pemulihan luka dan kecederaan
- Membantu mengatasi masalah keradangan
- Membantu mengekalkan tahap kesihatan yang optima bagi seisi keluarga
Tunggu apa lagi?
Jom dapatkan kulit yang cantik dengan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen pada pautan di bawah.