Sakit Kepala? Penyelesaiannya Ada Di SeraiMas!

Table of Contents

Adakah anda sering mangalami masalah sakit kepala yang berpanjangan? Sudah makan ubat tapi sakit masih tidak hilang?

Semua individu, tidak kira peringkat umur pasti pernah mengalami masalah ini. 

Walaupun ia bukanlah satu kesakitan yang serius, ia masih wajar dirawat dan dicegah agar ia tidak mengganggu kerja dan aktiviti harian seseorang.

Anda sering sakit kepala? Jangan risau, penyelesaiannya ada dengan SeraiMas. 

Tapi, sebelum itu, jom lihat cara-cara lain yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko sakit kepala.

Penyebab Utama Sakit Kepala

sakit kepala

Antara contoh sakit kepala yang sering dihadapi oleh ramai adalah migrain, sakit kepala kluster, dan sakit kepala tekanan.

Sakit kepala ini biasanya bermula secara berperingkat dan perlahan-lahan. Mereka yang mengalaminya akan merasakan seolah-oleh terdapat jalur yang ketat di sekitar kepala.

Bukan itu sahaja, rasa itu juga diiringi dengan kesakitan pada kedua-dua bahagian kepala dan ia merebak ke leher.

Selain itu, sakit di bahagian kepala akibat migrain memberikan rasa sakit yang berdenyut-denyut pada satu belah kepala. 

Ia juga boleh disertai dengan rasa loya dan gangguan deria.

Anda juga mungkin akan rasa lebih sensitif terhadap cahaya dan penglihatan anda juga menjadi lebih kabur.

Migrain ini selalunya bertahan selama beberapa jam. Namun, bagi keadaan yang kronik, ia mungkin berlangsung sehingga berhari-hari.

Terdapat banyak punca berlakunya sakit kepala. Namun, antara faktor utama berlakunya kesakitan kepala dan migrain adalah:

  • Perubahan hormon 
  • Tekanan dan stres
  • Pengambilan daging jeruk atau keju yang lama
  • Pengambilan sesetengah buah seperti pisang, avokado dan sitrus
  • Tidak makan mengikut jadual
  • Tidur terlalu sedikit atau banyak
  • Terdedah kepada cahaya yang terlalu terang untuk tempoh masa yang lama
  • Perubahan cuaca yang drastik
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Berhenti mengambil kafein

Artikel Berkaitan

Cara Hilangkan Migrain Dengan Minyak Aromaterapi Warisan

Cara-Cara Mencegah Sakit Kepala

Untuk mengelakkan masalah sakit kepala yang kronik dan berpanjangan, anda boleh cuba ikut tips-tips kami seperti berikut:

  • Pastikan Anda Dapat Tidur yang Cukup 

sakit kepala

Percaya atau tidak, kekurangan tidur dan kepenatan berpanjangan merupakan salah satu penyumbang utama kepada masalah sakit kepala. 

Anda dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk memastikan badan dapat berehat dengan secukupnya setelah seharian bekerja.

Tidur yang tidak mencukupi bukan sahaja cenderung untuk mencetuskan masalah pening kepala, malah ia juga boleh mendorong kepada masalah kesihatan yang lain.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah jantung, kekurangan tidur akan membuatkannya menjadi lebih teruk. 

Oleh itu, jangan ingat tidur tidak penting untuk kesihatan kita!

Pastikan anda dapat rehat yang secukupnya setiap hari agar anda dapat rasa lebih segar dan bertenaga pada keesokan hari.

  •  Kurangkan Pengambilan Kafein 

kurangkan kafein

Bagi penggemar kopi, anda perlu mengurangkan pengambilan minuman berkafein untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian kepala yang teruk.

Antara minuman yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi adalah espresso, soda, susu coklat, minuman bertenaga dan banyak lagi.

Namun, bagi mereka yang telah terbiasa minum kopi dengan kuantiti yang banyak setiap hari, mereka berkemungkinan akan mengalami withdrawal symptom apabila ingin meninggalkannya.

Ini kerana badan mereka sudah mula mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi kepada kandungan kafein.

Bagi sesetengah pihak, pengambilan kafein dapat membuatkan mereka rasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk. 

Namun, pengambilannya yang tidak dikawal akan meningkatkan risiko sakit kepala.

Pastikan anda minum kopi tidak lebih daripada 3 cawan sehari untuk mengelakkan masalah ini jadi lebih teruk.

  •  Kerap Beriadah dan Bersenam

sakit kepala

Anda berkemungkinan kerap mengalami sakit di bahagian kepala akibat stress yang berterusan. 

Salah satu cara untuk anda mengurangkan tekanan perasaan adalah dengan sentiasa beriadah dan bersenam.

Oleh itu, bagi menangani masalah sakit kepala, anda boleh berikhtiar dengan cara melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali sehari selama 30 minit.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah berbasikal, berjoging dan berlari bersama ahli keluarga pada waktu petang.

Anda juga boleh meluangkan masa selama 10 minit dengan berjalan perlahan-lahan sambil menghirup udara yang segar di luar. 

Dengan beriadah dan bersenam, aliran darah ke jantung akan menjadi lebih stabil dan lancar, secara tidak langsung mengurangkan masalah sakit kepala. 

Namun, jangan terlalu memaksa diri dengan melakukan aktiviti senaman yang diluar kemampuan anda. 

Sekiranya anda penat, pastikan anda dapat rehat yang secukupnya.

  •  Mengelakkan Makanan Pencetus Sakit Kepala. 

Pencetus kesakitan kepala adalah tidak sama bagi setiap individu. 

Namun, salah satu penyebab boleh berlaku kesakitan ini adalah pengambilan makanan pencetus kepada masalah ini berlaku.

Antara contoh makanan yang dapat meningkatkan risiko sakit kepala bagi seseorang adalah keju, alkohol, kacang cashew, bawang, coklat, daging yang diproses dan perasa makanan.

Anda perlu sentiasa peka terhadap apa sahaja makanan yang anda ambil. 

Sekiranya makanan tersebut didapati sering mencetus kesakitan pada kepala, kurangkan pengambilannya atau berhenti terus daripada mengambilnya.

  •  Amalkan Minyak Aromaterapi

Adakah anda mengenali atau pernah ternampak iklan SeraiMas di kaca televisyen? 

Jika ya, kami ada produk terbaik untuk mengurangkan masalah sakit kepala untuk anda, iaitu Minyak Terapi Warisan!

Seperti yang anda tahu, minyak pati aromaterapi akan berikan kesan yang positif seperti berikan kelegaan secara fizikal dan emosi kepada si pengguna. 

Di SeraiMas, kami mempunyai dua variasi Minyak Terapi Warisan iaitu aromaterapi limau purut dan aromaterapi kayu putih. 

minyak terapi

(Minyak Terapi Warisan Limau Purut)

minyak terapi

(Minyak Terapi Warisan Kayu Putih

Berikut merupakan bahan-bahan yang terkandung dalam Minyak Terapi Warisan: 

  • Minyak Bunga Matahari 

Bertindak sebagai anti-radang dan memberi hidrasi kepada kulit.

  • Minyak Kayu Putih 

Membantu untuk melancarkan aliran darah, kurangkan masalah sakit kepala dan keradangan. 

  • Minyak Limau Purut 

Mempunyai aroma yang menyenangkan, mengurangkan stres, dan memperbaiki keadaan kemurungan.

  • Minyak Lemon 

Bantu mengurangkan kegelisahan, morning sickness, dan tingkatkan daya tumpuan.

  • Mentol 

Berikan sensasi penyejukan yang melegakan dan bantu pernafasan supaya lebih lancar.

Tagline “Sapu-sapu Terus Lega”

Selaras dengan tagline kami iaitu “Sapu-sapu terus lega”, anda hanya perlu sapukan produk roll-on ini pada kulit anggota badan yang terasa sakit lalu mengurutnya secara lembut dan perlahan. 

Selain itu, kami di SeraiMas amat mementingkan kualiti produk-produk agar ia bermanfaat untuk setiap pengguna. 

Pengasas kami iaitu Madam Sunita Bibi sudah berkecimpung dalam pembuatan produk semula jadi di SeraiMas sejak tahun 2005 lagi. 

Dengan penghasilan logo berwarna hijau, ia membawa maksud wellness atau kesejahteraan kepada pengguna-pengguna kami, tanpa mengira had umur. 

Selama bertahun-tahun perniagaan kami berkembang, misi utama kami adalah untuk menambahbaik kualiti produk agar ia selamat dan boleh dinikmati setiap suapan. 

Jangan risau, semua produk-produk keluaran Seraimas sudah pun mendapat pengiktirafan sijil Halal dari JAKIM.

Kami juga amat mementingkan tiga perkara utama iaitu: 

  1. Mengajak serta mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan pengguna. 
  2. Mengajak orang ramai untuk menjaga dan cakna akan keadaan kesihatan seisi keluarga. 
  3. Memastikan penghasilan produk-produk semula jadi ini dihasilkan dengan prosedur yang selamat. 

Jadi, buat anda yang ingin mendapatkan Minyak Terapi Warisan, klik pada link di bawah ini untuk dapatkan lebih lanjut mengenai produk  

More Posts

en_USEN