Setelah 6 tahun tidak menonjolkan diri, kini SeraiMas Herbs Sdn Bhd akan kembali semula untuk menggegarkan MAHA 2018 dengan kemunculan produk-produk kesihatan dan kecantikan terbaru yang berasaskan herba, dimana mampu membuatkan kehidupan seharian anda lebih bahagia dan lebih bertenaga.
Sebelum ini, SeraiMas Herbs pernah mengikuti karnival MAHA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012. SeraiMas membuka booth jualan dan dan menyediakan product tester untuk semua pelanggan yang hadir ke MAHA untuk merasa sendiri bagaimana bagusnya setiap produk keluaran SeraiMas Herbs ini.
![](https://seraimas.my/backup/wp-content/uploads/2018/10/01-MAHA-2010-300x225.png)
![](https://seraimas.my/backup/wp-content/uploads/2018/10/02-MAHA-2010-225x300.png)
![](https://seraimas.my/backup/wp-content/uploads/2018/10/04-MAHA-2012-225x300.png)
Pada MAHA tahun 2012 dulu, SeraiMas Herbs telah berjaya mencapai jualan yang cukup hebat, malah ramai pengunjung yang berpuas hati dengan kualiti produk dan layanan kami yang sememangnya menjadi teras SeraiMas Herbs sendiri untuk membantu meningkatkan lagi taraf kehidupan dan kesihatan rakyat Malaysia. Penggunaan bahan semulajadi dan herba-herba bermula daripada peringkat awal sehinggalah warga emas adalah salah satu gaya hidup sihat yang dapat mempengaruhi kehidupan akan datang.
Setiap produk kesihatan yang kami bawakan ke booth SeraiMas untuk MAHA sentiasa akan menarik perhatian pengunjung MAHA untuk berhenti dan mencuba produk kami. Semenjak dahulu lagi, produk-produk SeraiMas Herbs terbukti memberi kesan yang menakjubkan sehingga ada yang akan membeli berkotak-kotak Jus Kurma Hidayah dan Losyen Terapi Anggun !
![](https://seraimas.my/backup/wp-content/uploads/2018/10/02-MAHA-2012-300x300.png)
Kebanyakan yang hadir ketika itu adalah anak-anak yang menginginkan ibu bapa mereka sembuh daripada bermacam penyakit kronik seperti sakit lutut, sakit sendi, tumit dan kaki. Produk yang paling laku ketika itu adalah Jus Kurma Hidayah kerana produk ini telah terbukti mampu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti batuk, pedih ulu hati, gastrik, resdung, selsema dan mengurangkan masalah kesukaran untuk tidur.
Tidak kurang juga makcik pakcik yang hadir merasai urutan kaki secara PERCUMA oleh kami. Urutan tersebut menggunakan produk SeraiMas sendiri iaitu Losyen Terapi Anggun. Produk ini adalah daripada Pati Serai Wangi dan Halia yang mudah menyerap, tidak berminyak malah panas yang berpanjangan. Alhamdulillah, produk SeraiMas Herbs ketika itu memang mendapat sambutan hangat dan berjaya membantu setiap permasalahan yang berlaku dalam golongan mereka. Syabas, SeraiMas !
![](https://seraimas.my/backup/wp-content/uploads/2018/10/03-MAHA-2012-300x225.png)
![](https://seraimas.my/backup/wp-content/uploads/2018/10/01-MAHA-2012-225x300.png)
Untuk MAHA 2018 yang akan datang tak lama lagi, SeraiMas Herbs bakal tampil semula untuk memberi ruang dan peluang kepada semua peminat dan pengguna produk SeraiMas Herbs untuk mencuba produk terbaru kami yang terbukti lebih memberi kesan yang lebih baik dan memberangsangkan selari dengan testimoni-testimoni yang membuktikan mereka telah berjaya kembali sihat semula.
..:: Tekan butang “CLICK HERE” dibawah untuk ikuti karnival MAHA 2018 bersama SeraiMas ::..
Oleh itu, pada November 2018 ini, JOM dapatkan produk SeraiMas Herbs Sdn Bhd di MAHA 2018 dengan potongan harga yang sangat hebat dan set combo yang tidak masuk akal. Sesuai untuk mereka yang mahu restock jus atau losyen dan Skincare yang hampir habis. Terdapat juga permainan dan hadiah menarik yang bakal mengisi masa pelanggan-pelanggan yang datang ke booth SeraiMas Herbs nanti !
Bagi yang masih baru mengenali SeraiMas Herbs Sdn Bhd, jom beramai-ramai datang ke booth SeraiMas kami untuk mencuba produk kami secara ‘face-to–face’ dan anda juga berpeluang untuk merasai sendiri bagaimana rasanya produk-produk yang sudah terjamin Halalnya. Jom hadir beramai-ramai ke sana !
Antara produk kesihatan & kecantikan SeraiMas Herbs yang bakal memenuhi MAHA 2018 ialah :
– SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen
– SeraiMas Kurma Hidayah
– SeraiMas Minyak Kelapa Dara Hidayah
– SeraiMas Kismis Hidayah
– SeraiMas Baby Oil Lemon & Eucalyptus
– SeraiMas Set Normal Jeragat Ratna Skincare
– SeraiMas Set Sensitif Berminyak Ratna Skincare
– SeraiMas Losyen Terapi Anggun
– SeraiMas Pencuci Wanita Dara Mas
– Dan banyak lagi…
Jom kita dengar penerangan produk-produk kami yang ada di MAHA 2012 dahulu bersama Puan Marlinda:
Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi kami di :
FB : https://www.facebook.com/seraimasHQ/
WEB : https://seraimas.my/backup/
WASSAP : +6012 – 784 8364
Jumpa anda disana ! 😊
#seraimas #rajasegalaherba #ratnaskincare #rahsiakecantikanbersama