04 Nov 2018, Putrajaya – Terkini, SeraiMas Herbs Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat pengeluaran sepenuhnya milik bumiputera telah diberikan Pengiktirafan Asia Pacific Super Health Brand 2018 – 2020 dimana kualiti produk dan kepuasan penggunanya menjadi visi utama kejayaan syarikat SeraiMas Herbs Sdn Bhd selama ini.


Pengiktirafan Asia Pacific Super Health Brand adalah sebuah pensijilan antarabangsa pihak ketiga untuk perusahaan, jenama, produk dan usahawan. Ia juga merupakan platform antarabangsa yang strategik untuk komunikasi korporat di kalangan syarikat-syarikat yang cemerlang di rantau Asia Pasifik.
Sejak tahun 2002, Pengiktirafan Asia Pacific Super Health Brand telah berjaya membantu perusahaan dalam memupuk rangkaian sumber manusia yang bernilai dalam bidang perniagaan dengan melalui banyak mengadakan majlis gathering, Misi Lawatan, Pameran Perdagangan dan Peristiwa Antarabangsa dalam satu tahun.

SeraiMas Herbs merupakan sebuah syarikat pengeluaran produk-produk kesihatan dan kecantikan yang menggunakan herba semulajadi sebagai bahan utama. SeraiMas Herbs telah mensasarkan lebih 1 juta pengguna produk SeraiMas yang mana telah banyak membantu pengguna dalam meningkatkan taraf kesihatan disamping memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan di Malaysia.
Antara produk yang paling laris dan berkesan adalah makanan tambahan kesihatan seperti SeraiMas Kurma Hidayah dan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen yang dipercayai mampu mengurangkan kencing manis, darah tinggi, meningkatkan ketahanan badan dan mampu membantu mengurangkan masalah stress & migrain.
[Klik untuk mengenali produk SeraiMas dengan lebih mendalam]


Semenjak 2005 lagi, SeraiMas Herbs telah bertapak di Malaysia dimana telah bermula daripada cita-cita dan impian pengasasnya sendiri iaitu Puan Sunita Ali Akhbar, yang akhirnya telah berjaya membina legasi perniagaan keluarga dengan jayanya.
Kini, legasi SeraiMas Herbs Sdn Bhd telah diambil alih oleh anak sulung kesayangannya, Puan Marlinda Jasrizal, yang mana telah dilantik sebagai Pengurus Besar SeraiMas Herbs. Dengan memegang kata ibunya, beliau akan terus membawa produk-produk keluaran SeraiMas Herbs sehingga berjaya ke peringkat antarabangsa disamping membantu pelbagai golongan yang bermasalah.
Selain daripada pengiktirafan Super Health Brand 2018 – 2020, SeraiMas Herbs juga telah banyak menerima anugerah atau pengiktirafan yang lain, antaranya :
- Anugerah Keusahawanan Tekun Cemerlang Parlimen Labis Tahun 2011
- Anugerah Keusahawanan Tekun Cemerlang Negeri Johor Tahun 2013
- Malaysia Top Entrepreneurs Of The Year 2018
- Asia Pacific Super Health Brand Year 2018 – 2020
Dengan segala pengiktirafan dan kecemerlangan sepanjang 14 tahun perniagaan SeraiMas Herbs Sdn Bhd ini telah membuktikan kualiti yang diberikan kepada setiap pengguna produknya sangat luar biasa. Segala produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan telah mendapat kelulusan Halal dan KKM daripada pihak berwajib di Malaysia.
Namun, kejayaan-kejayaan itu akan meneruskan usaha SeraiMas Herbs Sdn Bhd untuk membantu seluruh masyarakat Malaysia dalam aspek kesihatan selari dengan visi yang diungkapkan oleh Pengurus Besarnya iaitu “Menjadikan SeraiMas Herbs sebagai kuasa dominan dalam memasarkan produk yang diiktiraf berasaskan herba semulajadi di Asia Tenggara.”
Syabas, SeraiMas !