Muka breakout?
Muka menggerutu teruk?
Muka naik merah-merah?
Muka tak boleh kena sentuh, sakit?!
Ramai antara kita yang terpengaruh dengan iklan-iklan yang menunjukkan kesan yang cepat sedangkan kita tidak tahu apakah bahan yang digunakan dalam setiap item penjagaan wajah tersebut.
Antara kesan-kesan bila produk yang kita pilih itu tidak sesuai dengan kita ialah, muka akan jadi tidak selesa seperti rasa gatal-gatal, mengenyam, rasa pedih apabila disentuh dan mudah naik jerawat secara tiba-tiba (bagi yang kulit tidak sensitif).
[keratan akhbar]
Wahai para pengguna yang mahukan kecantikan wajah, tahukah anda, kebanyakan mereka yang berjaya menggunakan sesuatu produk penjagaan wajah adalah kerana mereka telah bertemu dengan produk yang sesuai dengan kulit wajah mereka.
Cara untuk mengenali jenis masalah kulit muka ialah memerhatikan apakah masalah yang kelihatan pada kulit wajah kita. Jika kelihatan ada jerawat dan berminyak, seeloknya cari produk yang boleh mengurangkan minyak dan anti jerawat. Atau, jika anda berduit lebih boleh membuat pemeriksaan dimana-mana pusat rawatan penjagaan wajah yang terdekat.
Seperti produk penjagaan wajah Ratna Skincare yang dicipta dengan visi untuk pelbagai produk penjagaan kulit dari bahan semulajadi yang telah diuji keberkesanannya, sememangnya mempunyai banyak pilihan untuk pelbagai jenis masalah kulit wajah.
Selain daripada masalah tidak tahu masalah kulit wajah yang sebenar, ada punca lain juga yang menyebabkan kulit wajah rosak akibat penggunaan penjagaan wajah. Antaranya:
- Tiada kelulusan KKM
- Bahayanya kalau memakai produk yang tiada kelulusan KKM! Boleh menyebabkan muka teruk akibat infeksi daripada bahan-bahan yang merbahaya seperti merkuri dan tretinon dimana ia boleh menghilangkan jerawat namun kesannya sangat kuat hingga boleh menyebabkan ibu yang mengandung keguguran!
- Tidak mendapat kelulusan Halal
- Kita sebagai umat Islam semestinya menitikberatkan isu kehalalan ini kan? Salah satu sebabnya, untuk menjaga air wuduk. Kalau nak wuduk pun susah nak tanggal, apa lagi masa nak mencuci? Berapa lama pulak masa yang perlu diambil untuk tonyoh muka sampai bersih? Silap-silap muka jadi bergaris dan akhirnya menyebabkan jangkitan bakteria.
- Gatal tangan nak picit jerawat!
- Didiklah tangan supaya tidak memicit jerawat. Tahu, nak didik jari ini yang dah terbiasa menggentel-gentel jerawat itu bukan senang. Tetapi, seeloknya tahan diri daripada mengusik, menggentel dan memicit jerawat kerana perkara ini boleh menyebabkan wajah yang sihat menjadi bermasalah dan wajah yang sedia ada bermasalah menjadi lebih teruk lagi masalahnya!
Bertukarlah ke produk penjagaan wajah yang dijamin mempunyai kelulusan KKM dimana setiap inci bahan yang terkandung didalam produk sememangnya telah diperiksa oleh Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak KKM tidak akan mudah-mudah untuk mengeluarkan kelulusan sekiranya produk tersebut terdapat bahan-bahan yang boleh membahayakan kesihatan orang lain.
Begitu juga peranan pihak JAKIM (Halal). Mereka tidak akan mudah-mudah mengeluarkan kenyataan produk tersebut selamat dan halal digunakan sekiranya bahan tersebut mengandungi bahan haram atau terlarang.
Ratna Skincare telah diinspirasikan dari keindahan Asia dan diadun dengan kebijaksanaan, bagi memahami kehendak semua terutamanya yang mementingkan kecantikan dan kesucian produk penjagaan kulit yang halal. Jom kita mulakan transformasi kecantikan wajah anda hari ini dengan Ratna Skincare, Rahsia Kecantikan Bersama.
Ingin tahu lebih lanjut tentang set dan item yang terdapat dalam Ratna Skincare? Terus ke laman sini : Info Lanjut Ratna Skincare
Ratna Skincare,
Rahsia Kecantikan Bersama.