MELETAKKAN CINTA PADA TEMPAT YANG BETUL..

Table of Contents

Peranan ibu bapa dalam membentuk institusi kekeluargaan ialah ibu bapa menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak.Meletakkan cinta pada tempat yang betul seperti mencintai Allah dan meletakkan Allah yang pertama.

Anak-anak juga akan mencontohi setiap perbuatan atau tindak tanduk yang dilakukan oleh ibu bapa sama ada positif atau negatif. Keadaaan ini akan mewujudkan sesebuah hubungan itu menjadi sama ada baik ataupun tidak di dalam sebuah kekeluargaan.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat”. (An-Nisa’: 1)

Silaturahim menjadi kewajipan di antara ibu bapa dan keluarga dan juga orang sekeliling mereja.. Menjaga tali persaudaraan didalam sebuah kaum kekeluargaan adalah penting khususnya buat pasangan yang sedang mendirikan rumahtangga dan merancang untuk melahirkan khalifah dibumi.

Sedikit perkongsian daripada Hidayah Talk by Da’i Wan yang boleh di kongsi bersama tentang  bagaimana hubungan antara keluarga itu terjalin adalah seperti:

  • Dengan mewujudkan hubungan yang baik antara adik beradik

Contohnya saling hormat-menghomati antara ibu bapa dan adik beradik juga dapat memurahkan rezeki dan di panjangkan umur.. Inshallah

  • Hilangkan sikap suka bersangka buruk

Contohnya kurang bersangka baik adalah punca banyak berlaku kerosakkan silaturahim kerana berlakunya hasad dengki dengan melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain.

  • Membimbing keluarga ke arah jannah yang hakiki

Barangsiapa yang memutuskan tali silaturahim atau persaudaraan akan diharamkan masuk syurga.

Oleh itu, kepada mereka yang sudah bekerluarga atau bakal bekerluarga bimbinglah keluarga anda ke jalan yang benar dan menjalinkan hubungan silaturahim di antara sama lain di samping saling melengkapi dan memerlukan ketika susah dan senang.

Anda dapat sesuatu dari sharing ni tak?

Komen ‘Saya Nak’ untuk dapatkan sample Hidayah Gold Plus Collagen secara percuma

Kalau anda terlepas Live Hidayah Talk by Daiwan bolwh klik di bawah

Selamat Menonton..

More Posts

en_USEN