Hidup didunia hanya sekali. Hidup diakhirat selamanya.
Tetapi, untuk keadaan sebenar, adalah kita sedang menjalani kehidupan di alam dunia. Ia sebuah realiti dalam kehidupan kita. Dan, apa sahaja yang telah anda semua lakukan sepanjang bernafas dimuka bumi ini?
Dalam banyak hal yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita ini, sering kali kita terlepas pandang tentang kesihatan kita sendiri. Kebanyakan orang akan sedar akan pentingnya sebuah kesihatan diri apabila mereka ditimpa sakit.
Makna ‘KUALITIKAN HIDUP ANDA’ ini sebenarnya melambangkan tentang hidup itu bukan sekadar hidup. Hidup haruslah berkualiti dan dipenuhi dengan pelbagai manfaat sama ada untuk kita sendiri atau diberikan kepada orang lain.

Dari segi kesihatan, kehidupan yang berkualiti berlaku apabila tubuh badan anda sihat daripada sebarang penyakit. Bayangkan, jika anda mempunyai pelbagai kemewahan dari segi kewangan, sumber makanan dan keluarga yang besar dan menceriakan, namun, diri anda sendiri tidak berapa sihat.
Adakah kehidupan anda ketika itu dianggap sebagai berkualiti?
Oleh itu, admin mahu mengajak semua orang untuk bersedia sebelum ditimpa kesusahan. Kualitikan hidup anda dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Admin akan kongsikan sedikit beberapa tips untuk kualitikan kehidupan anda dari segi pemakanan, kerana, selain gaya hidup, pemakanan adalah antara faktor utama yang melambangkan kesihatan kita berada ditahap yang mana.
PEMILIHAN MAKANAN YANG BERKUALITI UNTUK KEHIDUPAN

1.Biasakan minum air kosong
Air kosong memang menjadi air utama untuk kehidupan alam ini. Namun, bagaimana kita nak utamakan air kosong ini dalam rutin harian kita? Air kosong bukan sekadar dapat menghindarkan diri daripada terkena kencing manis (jika minum air manis melampau), namun air kosong juga mampu menghidratkan badan tanpa menambah apa-apa kalori. Kuasa air kosong ini sangat berguna sekiranya kita tahu untuk menjaga cara peminuman kita.

2. Banyakkan ulam atau sayur
Masyarakat Melayu memang sejak dari nenek moyang lagi diperkenalkan dengan tradisi memakan ulam-ulaman. Khasiat mengamalkan makan ulaman ini sangat banyak kerana setiap satu jenis ulam yang dimakan ada khasiatnya yang tersembunyi untuk tubuh badan. Ulam atau herba ini digunakan juga sebagai bahan utama didalam setiap satu produk keluaran SeraiMas, tidak kira dari segi produk kesihatan dan produk kecantikan.

3. Buah adalah makanan sihat yang sedap
Nak makan buah hari-hari pun susah kan. Sebab buah mahal. Tak apa, buat mana yang mampu sahaja. Buah adalah sumber karbohidrat yang diperlukan oleh otak dan juga menjadi sumber tenaga kepada tubuh badan. Buah juga dianggap sebagai snek sihat yang boleh dimakan tidak kira masa. Bukan setakat badan sihat, wajah juga boleh jadi cantik.
Oleh itu, dengan gaya pemakanan yang betul yang menjadikan kita sama ada seorang yang sihat atau sebaliknya, ayuhlah kita kualitikan hidup kita dengan lebih bermakna lagi. Tiada yang rugi sekiranya kita berusaha lebih untuk menjadi seorang yang berkualiti dalam kehidupan kita sendiri.
Seperti biasa, admin nak ajak semua pembaca artikel page SeraiMas ini menonton siaran Selamat Pagi Malaysia yang telah disiarkan di TV1 pada 17 May 2019 yang lalu, oleh Pengurus Besar SeraiMas Herbs iaitu Pn. Marlinda Jasrizal.. Jom kita saksikan.
SeraiMas | Raja Segala Herba