Tidak dinafikan dengan dunia yang semakin canggih dengan digital pada masa kini, kita semakin alpa dengan kehidupan realiti sebenar sehingga membuatkan ramai yang telah berkecil hati atas perlakuan contohnya di antara anak dengan ibu bapa.
Gajet tak salah sebenarnya, tetapi kita yang menyalahgunakan gajet tersebut kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Antara keburukan gajet yang dapat kita lihat adalah
- Membuang masa
Masa itu emas dan berharga, jangan hanya dibiarkan berlalu demi ketagihan sebuah gajet. Meluangkan masa dengan baik seperti membawa ibu bapa pergi keluar jalan- jalan atau membahagiakan mereka.
- Merenggangkan hubungan
Masa yang ada memanfaatkan dan menggunakan dengan sebaik mungkin atau mewujudkan hubungan yang baik antara mereka contohnya saling ziarah menziarahi, berkomunikasi, berkongsi cerita di antara anak dan ibu bapa.
- Melalaikan kehidupan seseorang
Bila asyik melayan gajet sehingga lupa orang disekeliling kita dan nak interaksi pun boleh jadi lupa. Bukan itu sahaja, tanggungjawab kepada Allah swt kadang turut terbabas dan boleh melalakan kehidupan seseorang.
Masa bersama ibu bapa di hari- hari tua mereka lagi penting daripada melayan gajet yang korang ada tu. Hargailah masa tua mereka dan ketepikan sekejap gajet korang tu.
Apabila telah di beri peluang cuti walaupun tidak lama rebutlah peluang tersebut dan ciptakan memori – memori indah bersama mereka. Jangan sesekali buat ibu bapa kita terasa dan kecewa dengan tingkah laku korang.
TERKINI:
SeraiMas HQ akan memberikan 5,000 sample SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen secara percuma..
Caranya, anda perlu saksikan Hidayah Talk by Dai Wan di page Fb SeraiMas HQ dan jangan lupa follow untuk ketahui segala maklumat dan aktiviti kempen yang dijalankan oleh SeraiMas.
Selamat Menonton