fbpx

SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Blog

KERETA UNTUK ABAH GRAND FINALE

4 APRIL 2019, SHAH ALAM – Telah berlangsungnya sebuah karnival besar-besaran yang dianjurkan oleh pihak organisasi Kereta Untuk Abah (KUA) bersama tajaan utama Toyota Malaysia.

Kehadiran setiap finalis daripada 24 syarikat yang terlibat antaranya pihak Ratna Skincare daripada syarikat SeraiMas Herbs Sdn Bhd sendiri, Wonder Cheese, Sambal Garing Che Nor, Husmat Furniture, Lime Shots dan 18 syarikat perniagaan yang lain telah memeriahkan lagi majlis Grand Finale Kereta Untuk Abah ini.

Dari kiri, Pengurus Pemasaran SeraiMas Herbs, En. Shahir Shaharudin; wakil SeraiMas, Mohd Haddam Bin Hussin; wakil SeraiMas Adibah Bt Idris dan Pengurus Besar SeraiMas Herbs Sdn Bhd, Pn. Marlinda Bt Jasrizal.

Pada pihak SeraiMas Herbs, turut dihadiri Pengurus Besar SeraiMas Herbs iaitu Puan Marlinda Jasrizal bersama suaminya Encik Shahir Shahrudin sebagai tanda sokongan dalam menjayakan kempen Grand Finale Kereta Untuk Abah ini dengan memakai tema ‘Black Tie’.

Semasa majlis Grand Finale KUA dijalankan, turut hadir bersama duta Toyota C-HR iaitu Fattah Amin untuk menceriakan lagi majlis cabutan pemenang hadiah utama yang bakal membawa pulang Toyota C-HR tersebut.

Pemenang Hadiah Utama Kereta Untuk Abah bersama duta Toyota CHR, Fattah Amin.

Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah daripada syarikat Pak Tam yang mengeluarkan produk makanan kerana terpilih dalam membawa pulang hadiah utama KUA Toyota C-HR yang berwarna biru.

Tahniah kepada pemenang daripada pelanggan syarikat Pak Tam.

Tidak dilupakan, tahniah juga kepada nama-nama cabutan bertuah Kereta Untuk Abah daripada pihak SeraiMas Herbs iaitu Nur Syahira Bt Hussin yang dihadiri wakilnya Mohd Haddam Bin Hussin dan Adibah Bt Idris kerana telah terpilih dalam menghadiri Grand Finale KUA yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada 4 April yang lepas.

Pn. Marlinda Jasrizal bersama pemenang Cabutan Bertuah yang memenangi hadiah daripada pihak SeraiMas Herbs Sdn Bhd

Kempen Kereta Untuk Abah ini telah berlangsung sejak bulan September 2018 sehingga Februari 2019 selama 6 bulan. Kempen ini dijalankan sempena untuk menghargai pengorbanan seorang abah yang telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya tanpa mengeluh dan merungut.

Kempen ini telah mendapat tajaan besar oleh pihak Toyota Malaysia dengan menaja produk keluarannya iaitu sebuah kereta berkuasa tinggi dengan bentuk yang ikonik dan menjadi pujaan ramai diseluruh Malaysia iaitu Toyota C-HR keluaran baru tahun 2017 berwarna biru.

Keratan akhbar Kosmo! tentang majlis Grand Finale Kereta Untuk Abah yang dikeluarkan pada Rabu, 10 April 2019 yang lalu.

Kempen Kereta Untuk Abah yang dijalani oleh 24 syarikat ini telah bersetuju untuk meluaskan pasaran kempen dengan mengadakan cabutan bertuah setiap pembelian yang dilakukan oleh mana-mana syarikat mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Antara founder 25 syarikat yang mengikuti kempen Kereta Untuk Abah

Ikuti perkembangan terkini kempen-kempen yang bakal dijalankan oleh pihak SeraiMas HQ dan Ratna Skincare HQ dengan tekan butang ‘Like’ dan ‘Follow’ di laman sosial kami. Klik link dibawah.

Untuk mencari solusi terhadap masalah kesihatan dalaman diri seperti sakit sendi, darah tinggi, tenaga dan sebagainya dengan menggunakan bahan makanan Sunnah dan herba-herba terpilih:

Facebook SeraiMas HQ
Instagram SeraiMas HQ

Untuk mencari produk penjagaan wajah yang berasaskan herba dan telah mendapat kelulusan KKM dan pengiktirafan Halal:

Facebook Ratna Skincare HQ
Instagram Ratna Skincare Official

SeraiMas,
Raja Segala Herba.

Sorry, the comment form is closed at this time.