KENAPA SABUN BUKU MENJADI PILIHAN RATNA SKINCARE?

Table of Contents

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa sabun muka atau badan ini ada bermacam-macam jenis. Ada yang diperbuat dalam bentuk buku/bar. Ada juga dalam bentuk cecair/cairan.

Sebelum itu, Admin nak tanya kepada semua pembaca artikel Seraima.my ini. Kamu semua sukakan sabun jenis yang bagaimana?

Untuk pengetahuan semua, setiap bentuk sabun sama ada buku/bar dan cecair/cairan ini ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Memang tiada didalam dunia ini yang diciptakan sempurna.

Sebenarnya, ada sebab mengapa produk penjagaan wajah dibawah rangkaian SeraiMas HQ ini mengeluarkan sabun muka jenis buku atau bar. Jom kita lihat sebab-sebabnya dibawah.

  1. Sabun buku jimat dan lama boleh pakai
    1. Sabun buku atau bar ini jika sekali beli dalam 100gm pasti akan jimat selama 2 – 3 bulan penggunaan. Tetapi kena lihat juga berapa kerap pemakaiannya dalam sehari. Sudahlah jimat selama berbulan, wang juga perlu dikeluarkan dalam 2/3 bulan sekali sahaja!
  2. Buihnya yang menarik
    1. Sabun buku atau bar sangat sesuai dengan mereka yang gemar menggosok sabun sampai berbuih. Seperti Admin sendiri, Admin suka memakai sabun yang banyak buih kerana ia akan mendatangkan rasa syok ketika menggosok kewajah. Ala-ala iklan dalam TV gitu!
  3. Wangi yang kekal
    1. Yes! Sabun berbentuk buku/bar lebih lama meninggalkan bau wangi daripada cecair. Namun, bakal-bakal pengguna jangan risau.. Wangian yang terzahir daripada Ratna Soap Beauty ini adalah daripada bahan-bahan semulajadi seperti habbatus sauda, kunyit dan kulit kayu manis.

Namun, seperti yang dikatakan diatas tadi, setiap sesuatu benda atau perkara itu ada baik dan buruknya.. Sabun berbentuk buku atau bar ini masih ada kelemahannya jika dibandingkan dengan sabun cecair, iaitu..

  • Mengganggu keseimbangan pH kulit
    • Ini kerana, sabun buku lebih mudah mengeringkan kulit. Sebab itu, Admin sarankan pengguna-pengguna Ratna Skincare harus segera menyapukan toner dan serum selepas mencuci wajah bersama sabun Ratna supaya pH kulit menjadi seimbang dan lembap, malah membantu mengurangkan masalah-masalah diwajah anda.

Kesimpulannya, minat setiap orang adalah berbeza. Nasihat Admin kepada pengguna-pengguna diluar sana, anda haruslah bijak dalam membeli dan menggunakan setiap produk ataupun apa-apa barang supaya ia tidak memudaratkan anda.

Produk penjagaan wajah Ratna Skincare yang telah diiktiraf Halal daripada pihak berwajib JAKIM dan mendapat kelulusan KKM telahpun berjaya membantu ramai pengguna yang mengalami masalah muka kusam, kulit sunburn, berjerawat yang teruk dan kulit kering.

Ingin melihat testimoni? Tekan link dibawah:
Testimoni Ratna Skincare

Jika anda berminat untuk melihat lebih lanjut tentang produk penjagaan wajah Ratna Skincare yang berasaskan 100% herba ini, boleh tekan link ini:
Info Lanjut Ratna Skincare

Sebarang persoalan dan permasalah pula boleh terus kesini:
Whatsapp Team Ratna Skincare

Ratna Skincare,
Rahsia Kecantikan Bersama.

More Posts

en_USEN