Anak adalah suatu pemberian dan amanah yang diberikan oleh Allah SWT, kepada ibu bapa untuk menjaga, dan mendidik mereka dengan baik tanpa membezakan anak – anak.
Jika diperhatikan, terdapat banyak isu kekeluargaan yang kita lihat pada masa kini anak – anak yang sering menderhaka kepada ibu bapa. Namun, sedarkah kita bahawasanya ibu bapa juga menjadi asbab buruknya sikap anak – anak tersebut.
Kasih sayang merupakan sifat semulajadi setiap kehidupan makhluk yang bernyawa di muka bumi ini sama ada manusia ataupun binatang. Tetapi kasih sayang juga boleh diberikan secara tidak adil jika kita mengikut emosi.
Sedikit perkongsian untuk ibu bapa agar tidak membandingkan & membezakan anak- anak mereka seperti
- Melebihkan yang lain daripada lain
Contohnya membandingkan kelebihan adik beradik, jiran tetangga, saudara-mara atau kawan-kawan. Selain itu, boleh menjejaskan hubungan anak tersebut seperti iri hati, cemburu, menimbulkan rasa negatif dan rendah diri antara satu sama lain.
- Memarahi anak bukan pada tempatnya
Ibu bapa yang bijak mengawal marah anak pada tempatnya bukan pada emosi. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting seperti tidak mengeluarkan kata -kata kesat kepada anak – anak kerana ia boleh menjadi seorang pendendam.
- Memperlekehkan kebolehan anak-anak di depan orang lain
Melemahkan dan melunturkan ‘positivity’ anak -anak tersebut dan mereka akan cepat rasa ‘down’. Ibu bapa perlu pandai mengawal suasana dan emosi serta menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam mendidik anak – anak seperti hubungan Nabi Muhammad SAW dengan anaknya bernama Fatimah.
- Tidak menjadi pendengar yang baik kepada anak – anak
Contohnya, Ibu bapa tidak mengendahkan luahan atau perbualan daripada anak -anak dan boleh jadi pada ketandusan kecil hati anak – anak tersebut.
Ibu bapa perlu menjauhi sikap membezakan anak – anak kerana boleh menjejaskan hubungan kekeluargaan seperti anak akan rasa berjauhan daripada ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa, terimalah kekurangan atau kelebihan anak masing – masing dan jangan ada jurang di antara mereka.
Anda dapat sesuatu dari sharing ni tak?
Komen ‘Saya Nak’ untuk dapatkan sample Hidayah Gold Plus Collagen secara percuma
Kalau anda terlepas Live Hidayah Talk by Daiwan bolwh klik di bawah
Selamat Menonton..