Lagi 2-3 hari nak raya ni, benda yang wanita paling risau sekali adalah kulit muka! Gigih masa puasa jaga muka, untuk raya nanti. Tapi, nak dekat-dekat habis puasa, muka naik jerawat pulak??
Jom, admin nak ajak korang periksa apa sebenarnya yang masih tidak berapa nak betul lagi dalam aktiviti harian korang, sampai jerawat pun boleh muncul balik.
Pertama, perika kekemasan diri sendiri. Maksudnya, adakah korang ini sejenis manusia yang tidak menjaga kebersihan diri? Mungkin ada sesetengah wanita yang terlampau sibuk sampai tak sempat untuk mandi, cuci mekap dan sebagainya.
Tahu tak, jika seharian wajah kita sudah dilapisi alatan kosmetik, tetapi waktu malam kita tidak membebaskan wajah kita daripada bahan-bahan tersebut (cuci wajah), wajah akan jadi kusam dan berkemungkinan dinaiki jerawat tau. Sebab waktu malam, minyak akan automatik merembes keluar semasa kita tidur. Sepatutnya, waktu malam adalah waktu untuk sistem wajah kita memproses semula membaikpulih apa yang patut.
Kedua, periksa kawasan sekitar kita terutama katil. Ish, apa kena mengena wajah dengan katil? Banyak kaitannya..
Wajah kita akan melekap banyak dengan bantal dan cadar katil bila kita tidur. Oleh itu, sebagai seorang perempuan, kenalah rajin menukar cadar katil dan cadar bantal.
Antara jenis jerawat yang muncul adalah whitehead atau blackhead. Ini kerana, diatas cadar yang kita selesa untuk melelapkan mata mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan wajah kita dinaiki jerawat. Oleh itu, jika rajin dan menjaga kesihatan wajah, tukarlah cadar katil & sarung bantal seminggu sekali.
Ketiga, ini admin sangat tekankan. Perkara yang kita sering guna hari-hari. Iaitu tuala. Seeloknya, gunakan tuala yang berasingan untuk lap wajah dengan tubuh. Bakteria yang terdapat pada tubuh boleh berjangkit dan melekat pada wajah kerana kulit wajah sensitif dan mudah dijangkiti kuman dan akhirnya terjadinya jerawat.
Tuala tubuh lebih kasar sifatnya. Sudah lah digunakan hari-hari sehingga berbau hapak. Oleh itu, sediakan kain tuala muka yang kecil dan bersifat lembut hanya untuk mengeringkan wajah selepas mencuci. Cara untuk lap wajah pun haruslah dengan cara tekap kain tuala diwajah. Elakkan menggosok kain lap diwajah sebagaimana anda menggosok tubuh korang sehingga kering, kerana wajah anda mudah tergores terkena kekasaran kain tuala tersebut.
Admin dah bagi tips diatas. Harapnya ada lah yang ikut dan cuba ubah gaya hidup untuk jadi lebih baik. Sambil kita ubah gaya hidup, bolehlah kita tingkatkan lagi keyakinan diri dengan menggunakan Ratna Skincare.
Indahnya Ratna Skincare ini kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan tiada bahan yang merbahaya. Gunakan ia setiap hari diwaktu siang dan malam untuk dapatkan wajah sihat yang tidak kusam, kulit wajah yang kurang kedutan, terlindung daripada cahaya mentari dan mengelakkan wajah kita dinaiki jerawat ketika musim perayaan.
Ratna Skincare, Rahsia Kecantikan Bersama.