Pernah tak anda mengalami situasi di mana sedang anda tekun membuat kerja, tiba-tiba diserang sakit kepala?
Sakit kepala selalu dihadapi oleh majoriti individu di dalam masyarakat. Ramai di antara kita yang pernah mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Walaupun sakit kepala ini tidak membahayakan nyawa namun rasa sakit berpanjangan itu boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti seharian.
Apa yang dimaksudkan sakit kepala?
Sakit kepala adalah satu keadaan yang boleh dialami oleh ramai individu. Keadaan ini boleh terjadi di seluruh bahagian kepala, atau di bahagian tertentu sahaja.
Namun begitu, masih ramai di antara kita yang menganggap sakit kepala sebagai sakit biasa dan sementara. Sakit kepala yang tidak mengira usia dan jantina dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa sahaja. Ketahui 5 punca sakit kepala yang mungkin terjadi kepada anda sendiri.
5 punca sakit kepala menganggu aktiviti seharian
Mungkin anda antara salah seorang individu yang kerap mengalami sakit kepala. Mungkin juga ada tertanya-tanya apakah yang menyebabkan sakit di bahagian kepala itu dan adakah ia sesuatu yang serius atau tidak. Disini ada beberapa faktor yang perlu diambil kira ketika mengalami gejala sakit kepala seperti:
- Dehidrasi
- Dehidrasi atau kekurangan cairan menyebabkan menyebabkan anda tidak mendapatkan oksigen yang cukup dan sering mengalami sakit kepala apabila tidak minum air bagi tempoh yang lama.
- Kepanasan atau haba yang terlalu tinggi
- Elakkan berada atau berjemur di tempat panas. Sediakan topi atau payung jika perlu.
- Tekanan atau stress
- Biasanya kesakitan akan dirasai di bahagian belakang kepala dan merebak ke leher. Menangani tekanan dengan bijak mampu mengurangkan kekerapan sakit kepala.
- Masalah sinus
- Sakit kepala akibat radang pada sinus. Biasanya gejala sakit kepala tertumpu di sekitar dahi. Setiap kali selsema atay hidung tersumbang akan diikuti sakit kepala.
- Hypoglycaemia
- Gula dalam tubuh rendah kerana diet yang tidak seimbang atau mengelak daripada mengambil makanan.
Selain itu, ramai yang mengaitkan makanan harian yang mereka ambil sebagai salah satu punda sakit kepala.
Adakah benar makanan atau minuman boleh menyebabkan seseorang itu sakit kepala? Jom tengok 5 jenis makanan yang sering menjadi punca sakit kepala:
- Kopi dan coklat
- Keju
- Pengambilan daging yang kerap
- Penggunaan kicap
- Brain freeze disebabkan aiskrim
Jika terlalu kerap mengalami sakit kepala mesti kita akan mencari sesuatu untuk melegakan sakit kepala seperti minyak atau ubat-ubatan. Selain itu, urutan pada kulit kepala juga boleh membantu melegakan kesakitan yang dihadapi seperti dengan mengurut boleh membantu sistem peredaran darah ke kepala dan otak dan secara tidak langsung melegakan sakit kepala dengan penggunaan SeraiMas Terapi Warisan Minyak Aromaterapi secara konsisten.
SeraiMas Terapi Warisan Minyak Aromaterapi dihasilkan dari bahan semulajadi yang terbaik dan semua bahan yang terkandung dalam minyak ini menggunakan 100 mineral dan bebas dari bahan kimia. Dengan kuasa bahan minyak pati tulen ini memberikan dua bauan limau purut & kayu putih aromaterapi yang menyenangkan. Selamat digunakan untuk semua peringkat usia dan tidak memudaratkan kesihatan kulit terutamanya pada kanak-kanak.
4 kelebihan SeraiMas Terapi Warisan Minyak Aromaterapi
- Oles dan sapu di tempat yang sakit secara perlahan-lahan
- Boleh diguna sekerap mungkin
- Hanya kegunaan luar sahaja
- Perut kembung, meragam, sapu minyak pada pusat & tutp dengan tuala panas sekiranya perlu
Kini, anda boleh dapatkan dua bauan aromaterapi kayu putih dan limau purut secara ekslusif daripada SeraiMas Terapi Warisan Minyak Aromaterapi di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website https://seraimas.my/backup
atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.
Ayuh semua bangkit merdekakan kesihatan anda sekarang dan bebaskan diri daripada dibelenggu masalah kesihatan.