Mungkin masih ramai tidak tahu mengenai kelebihan jus kesihatan yang dapat memberi manfaat kepada tubuh badan kita.
Jika anda suka minum jus buah, anda pasti tahu rasa manis dan kesedapannya memang tidak dapat dinafikan.
Setiap buah mempunyai kelebihan dan kebaikan yang tersendiri.
Contohnya buah oren yang kaya dengan vitamin C. Tidak semua buah dapat menyumbangkan vitamin C kepada kita.
Jus kesihatan ini tidak perlu ditambah bahan lain seperti gula. Kandungan atau intinya sahaja cukup memberikan kesedapan.
Dalam artikel ini anda akan mengetahui sebab dan juga pilihan jus buah yang dapat memberi kesihatan.
3 Sebab Jus Bagus Untuk Kesihatan
- Meningkatkan Ketahanan Badan
Tidak dapat dinafikan buah-buahan dapat memberi sangat banyak kebaikan kepada imuniti badan. Antaranya ialah vitamin C yang sangat membantu dalam ketahanan badan.
imuniti ataupun ketahanan badan sangatlah penting kepada kita kerana ia dapat menghindari kita daripada dijangkiti virus dan bakteria yang tidak diingini.
- Menurunkan Berat Badan
Buah-buah sememangnya menjadi pilihan utama kepada individu yang menginginkan penurunan berat badan. Buah-buahan menjadi pilihan selepas sayur sayuran.
Zat yang terkandungan dalam buah-buahan dapat membantu menurunkan berat badan.
Melalui pengambilan buah-buahan juga dapat memberi kekenyangan kepada individu. Individu tersebut tidak lagi perlu makan makanan lain lagi.
Selain melakukan senaman, dengan minum jus kesihatan ini juga dapat membantu menurunkan berat badan.
- Mencantikkan Kulit
Setiap individu boleh mula mengamalkan minum jus buah. Ini adalah kerana buah-buahan mengandungi vitamin yang dapat membantu membaiki tekstur kulit dan mengelakkan penuaan
Ini adalah jalan yang sangat mudah dan murah untuk mempunyai kulit yang cantic. Tidak perlu berbelanja lebih. Hanya bajet yang kecil sahaja.
8 Jus Yang Bagus Untuk Kesihatan
- Jus Avocado
Buah avocado yang diperkaya dengan vitamin K, vitamin B, Omega 3, Omega 6, asid folik dan lemak sihat boleh diamalkan untuk memiliki berat badan yang ideal.
Buah atau jus avocado ini dapat meningkatkan kadar high-density lipoprotein (HDL) di dalam tubuh. Individu akan mudah merasa kenyang dan tidak akan mengambil makan buat seketika waktu.
Jus avocado ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah rasanya juga sangat sedap.
- Jus Anggur
Buah anggur adalah buah kegemaran ramai. Jarang ditoilak sekiranya ditawarkan kerana rasanya yang sedap dan juga bentuknya yang comel.
Namun, jus buah ini dapat memberikan anda ketenangan dimana jus anggur ini dapat mengurangkan stress. Jus ini mengandungi vitamin C dan juga nutrien yang diberi nama naringin.
Selain itu, jus ini juga dapat mengurangkan risiko anda untuk mengalami masalah darah tinggi.
- Campuran Buah Epal Dan Kiwi
Campuran dua buah ini sememangnya akan menghasilkan satu rasa yang sangat sedap. Campuran dua buahan ini bukan sahaja memberikan rasa yang sedap, malah juga memberi khasiat.
Campuran dua buahan ini dapat memberikan kesihatan kepada kulit. Khasiat yang tinggi dan juga mampu mencerahkan kulit.
- Campuran Tembikai Susu, Anggur Dan Tembikai
Bayangan campuran ini sahaja dapat merasakan rasanya yang sedap. Apa lagi jika dapat dirasai secara nyata.
Campuran buahan ini baik kepada kesihatan kerana terdapat kandungan vitamin C dan B2. Dua nutrien ini dapat membantu meningkatkan aktiviti sel dan sistem ketahanan badan.
- Jus Oren
Jus oren sememangnya tidak asing lagi kepada individu yang mementingkan kesihatan badan. Banyak kebaikan yang dapat diberikan oleh jus oren ini.
Kaya dengan vitamin C yang dapat membantu kesihatan kulit dan penyerapan zat besi dalam badan.
Jus oren ini juga tinggi dengan asid sinamik, asid ferulik dan asid klorogenik yang dapat menghindari masalah radikal bebas daripada merosakkan sel.
- Jus Delima
Jus ini mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Tidak rugi sekiranya anda mengamalkannya setiap hari. Kandungan anti oksidannya yang tinggi berbanding teh hijau.
- Campuran Pisang Dan Nanas
Campuran warna buahan ini bukan sahaja dapat menyedapkan mata menadang, malah juga dapat memberikan rasa yang sedap.
Dua buahan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dengan mengamalkan jus ini dapat meningkatkan kecekapan sistem pencernaan. Seterusnya dapat mengelakkan daripada sembelit.
- Jus Epal
Buah yang mengandungi sumber kalium iaitu elektrolit yang penting untuk kesihatan jantung. Malah, buah epal juga dapat memberikan kesihatan kepada saraf anda.
Seperti buah-buahan lain, jus epal juga dapat membantu sistem pencernaan tubuh.
Jus epal ini juga dapat menghindari daripada berlakunya radikal bebas dengan adanya antioksidan dan asid klorogenik.
Kesimpulannya, dengan mengamalkan jus kesihatan yang telah disebutkan di atas, anda akan memiliki tubuh yang sihat.
Cara ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan anda, malah juga dapat menjimatkan duit dan memudahkan anda. Anda tidak perlu berlabur lebih untuk mendapat kesihatan.
Amalkanlah jus kesihatan supaya badan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.
Untuk pengetahuan anda, Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen juga dapat membantu anda untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Antara penawar yang anda boleh ikhtiarkan adalah dengan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen.
Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen ini diperkuatkan dengan formula 23 raja herba.
Selain itu, Jus Hidayah Gold juga mampu:
- Membantu merawat masalah keletihan / lemah badan / lesu tidak bermaya.
- Membantu merawat masalah sakit sendi, lutut, tumit, tangan dan kaki.
- Mencegah rasa mengantuk, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk melakukan tugas seharian.
- Membantu menstabilkan hormon.
Jus Hidayah Gold dapat membantu merawat masalah penyakit kronik seperti ;
- Darah Tinggi,
- Kencing Manis,
- Buah Pinggang,
- Masalah Urat Saraf dan sebagainya.
Herba yang digunakan adalah herba yang sangat bagus kepada tubuh badan. Perkara bagus sebegini, lebih baik diamalkan.
Antara herba yang digunakan ialah madu, delima, rumpai laut, habbatus sauda, mengkudu, kismis, aprikot, senduduk putih dan banyak lagi.
Anda boleh mengambil Seraimas Hidayah Gold ketika perut kosong. Ini akan membantu anda untuk terus rasa bertenaga dalam hari-hari anda.