DEMI KERETA UNTUK ABAH – SERAIMAS

Table of Contents

Baru-baru ini tular di Facebook dan Harian Metro tentang seorang abah yang mendapat kejutan kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru, yang menetap di Felda Pahang. Pemberian tersebut telah dirancang oleh adik beradik keluarga tersebut semenjak November 2018 lagi.

Tahun lepas sahaja, telah banyak video atau cerita yang tular di laman sosial atau mana-mana media penerbitan tentang anak-anak yang membalas jasa ibu dan abah dengan pemberian sebuah kereta. Tidak kira lah kereta berjenama apa sekalipun.

 

Figure 1 Harian Metro 01.01.2019

Semua menggunakan dasar niat untuk membalas jasa ibu dan abah yang telah berjaya membesarkan mereka adik beradik sehingga besar, bekerjaya dan beranak pinak. Apalah sangat jika dibalas jasa ibu dan abah itu hanya dengan pemberian sebuah kereta baharu, sedangkan jasa ibu dan abah kita lebih besar pengorbanannya daripada apa yang mampu dibalas..

Adakah anda hanya mahu melihat sahaja orang lain dah berjaya membuatkan ibu dan abah mereka gembira ? Tidak terasakah dihati kita untuk turut membalas jasa ibu dan abah kita sebagaimana orang lain berjaya lakukan ?

Lain orang, lain caranya untuk membalas jasa ibu dan abahnya. Ada yang membuat rumah, membawa berjalan keluar negara, bawa mengerjakan haji dan umrah dan ada yang menghadiahkan ibu dan abah sebuah kereta baru.

Kini, hanya dengan penyertaan kempen Kereta Untuk Abah sahaja sudah boleh mendapatkan ibu dan abah kita sebuah kereta berjenama Toyota C-HR yang bernilai hampir RM 148 ribu. Tidak salah kalau kita sebagai anak mencuba nasib dalam mengikuti kempen ini dan berniat untuk menghadiahkan hadiah utama Toyota C-HR kepada abah kita dirumah.

Kempen ini hanya berbaki dua bulan sahaja (sehingga Februari 2019). Niatkan hati untuk membalas jasa ibu dan abah kita dengan pemberian sebuah kereta berjenama Toyota C-HR ini. Hentikanlah kesusahan mereka menggunakan kereta lama yang nyawa-nyawa ikan bergerak di atas jalan raya dengan pemberian sebuah kereta baru yang jauh lebih mudah dibawa dan jauh lebih banyak keselamatan yang terdapat didalam sebuah Toyota C-HR tersebut.

Image result for kereta abah
Sumber : google

Seronok kan bila kita tengok ibu dan abah kita duduk dalam sebuah kereta mewah dan meronda kampung dalam penghawa dingin yang nyaman. Abaikan apa orang lain kata, yang penting niat kita baik untuk diberikan kepada orang tua kita.

SeraiMas sangat ingin melihat momen tersebut !

SeraiMas,

Raja Segala Herba.

Ratna Skincare,

Rahsia Kecantikan Bersama.

More Posts

en_USEN