Badan Tak Aktif, Otak Tak produktif

Table of Contents

Bagi yang ada anak-anak belajar jauh di asrama, para ibu bapa semua sudah yakinkah memberikan yang terbaik untuk bekalan mereka di sekolah atau universiti sana ?

Kehidupan pelajar yang belajar jauh daripada keluarga dan menetap di asrama tidak sama seperti anak-anak yang menjadi pelajar sekolah harian. Semestinya, anak-anak yang menjadi pelajar asrama perlu menguruskan segala hal keperluan dirinya dengan sendiri.

Kerana itu, pernah viral suatu ketika dahulu, disebuah sekolah berasrama penuh, dimana temuduga untuk kemasukan pelajar baharu perlu diuji dengan cara menggosok pakaian menggunakan peralatan elektronik iaitu sebuah sterika. Teknik menggosok itu perlu diasah dari awal supaya mereka tidak hadir ke sekolah dengan pakaian yang berkedut, kerana sebelum ini, segala keperluan pelajar diuruskan oleh ibu dirumah.

Selain daripada teknik menggosok yang perlu ibu bapa terapkan kepada anak-anak, banyak lagi perkara penting yang perlu kita didik supaya anak-anak yang bakal belajar disekolah berasrama atau universiti nanti tidak akan terpinga-pinga berada didalam situasi baru.

Antara perkara penting yang boleh ibu bapa bekalkan kepada anak-anak adalah sebuah bekalan makanan tambahan sunnah dimana boleh menjadi makanan yang memberikan tenaga kepada mereka. Tenaga yang ditekankan disini sebenarnya adalah pergerakan seharian anak-anak yang menjadi pelajar.

Bayangkan.. Anak-anak anda yang menjadi pelajar asrama dimana-mana sekolah atau universiti itu pada awal paginya sudah bangun menyiapkan segala keperluan diri sebelum masuk ke kelas seperti menggosok baju, memasak untuk sarapan dan mungkin ada yang sudah keluar melakukan senaman pagi seperti berjoging.

Kemudian, pelajar itu bergerak ke kelas. Belajar, bertukar-tukar matapelajaran, mendapat tugasan dan ada pula ujian mengejut. Tidak terfikirkah ibu bapa bagaimana mereka berjaya menjalani hari-hari mereka yang penat menggunakan otak dan fizikal itu ?

Sebab itu, SeraiMas Herbs Sdn Bhd telah mencipta sebuah makanan sunnah yang lengkap dengan madu, kurma, delima dan buah tin didalam sebuah botol yang boleh diamalkan oleh semua pelajar yang sibuk menguruskan diri dan minda mereka tidak kiralah sama ada bersekolah berasrama penuh ataupun tidak.

Dengan harga mampu milik, (boleh klik disini untuk melihat harga), semestinya pelajar yang menyambung pelajaran di peringkat tinggi universiti mampu memperolehinya tanpa menyusahkan ibu bapa. Sebotol SeraiMas Kurma Hidayah tahan selama sebulan penggunaan, sangat jimat malah sangat membantu pelajar-pelajar universiti untuk lebih bertenaga sehingga kemalam.

Saksikan bicara Live Pengasas dan Pengurus Besat SeraiMas Herbs Sdn Bhd pada siaran Selamat Pagi Malaysia (Seri Nadi Pagi) yang telah berlangsung pada 11 Januari 2019, Jumaat yang lalu tentang topik,

“Badan Tak Aktif, Otak Tak produktif”

 

 

SeraiMas,

Raja Segala Herba.

More Posts

en_USEN