Bersahur kini lebih mudah untuk kekal bertenaga sepanjang seharian berpuasa!

lebih fokus dan lebih mudah beribadah

Table of Contents

Sepanjang Ramadhan, kita ada kurang 12 jam untuk makan dan minum ketika bersahur dan berbuka untuk mendapatkan tenaga dan khasiat mencukupi sepanjang hari.

Ramai antara kita kerap tak bertenaga dan tak bermaya pada minggu awal berpuasa.

tak bertenaga masa puasa

Jam baru pukul 10 pagi perut dah mula berbunyi, menjelang jam 11 pagi, ulu hati terasa pedih dan kepala jadi ringan seolah-olah macam nak pengsan.

Bila badan tak selesa, fokus pun terganggu terutamanya ketika bekerja

Asyik berulang alik ke toilet sebab tekak mula terasa loya, tapi tak boleh nak muntah. 

“Tiba -tiba teringat pagi tadi tak sempat nak makan sahur. Perut dah kosong, masuk angin.”

bangun lambat tak sempat sahur

Atau kadang-kadang tu terpaksa bersahur seawal jam 2 pagi sebelum tidur sebab risau tak bangun waktu imsak.

Macam mana keadaan ini boleh berlaku?

Menurut pakar nutrisi dari KKM, punca badan tak bermaya berkait dengan pemakanan tak sihat sepanjang Ramadhan.

Hal ini dapat di lihat apabila tiba waktu membeli juadah berbuka, kita sering membeli makanan yang kelihatan menarik di mata tanpa memahami kesannya kepada kesihatan kita. 

Apatah lagi dengan kemeriahan bazar Ramadhan yang menyajikan pelbagai juadah kuih, lauk-pauk dan minuman menyelerakan.

makanan lazat masa ramadhan

Apa yang dimaksudkan dengan pemakanan tak sihat ketika Ramadhan

Kebanyakan dari kita gemar bersahur dengan mengambil makanan yang cepat dan senang disediakan.

Terutamanya apabila kita terlewat bangun dan hanya ada mi segera di atas kabinet. 

menu sahur maggi segera

“Azan subuh lagi 7 minit. Masak maggi 2 minit setengah. Maggi pun maggi lah.”

“Bila azan maghrib je terus kita makan dengan gelojoh tanpa tertib. Lepas habis makan, dada terasa segah, sebu dan sukar bernafas.”

Bukan itu sahaja, ramai antara kita juga tak pernah endah nilai nutrisi makanan yang kita ambil semasa bersahur.

Jika amalan pemakanan tak sihat ini diteruskan, boleh membawa kesan buruk pada kesihatan kita seperti berat badan dan tekanan darah meningkat. 

Kesan dari amalan pemakanan tak sihat

Kesan dari amalan di atas makin terasa bila solat zohor, angin dalam badan bertambah membuatkan kepala pening dan pedih ulu hati ketika berdiri.

Bila pulang dari tempat kerja, nampak kemeriahan bazar Ramadhan. 

Ramai peniaga jual aneka makanan dan air pelbagai perisa, membuatkan kita rasa nak beli semua.

Namun kita sendiri sedar apabila mengimbau pengalaman puasa yang lepas, derita nak menghabiskan juadah yang banyak, sehingga menganggu fokus kita nak dapat khusyuk dalam solat maghrib.

Sehinggalah azan Solat Isya’ masih terasa segah, sebu dan perut kembung. Akhirnya, tersandar dan terlepas solat Isya’ dan Terawih berjemaah.

Menurut kementerian kesihatan, untuk elakkan dari situasi di atas berlaku, kita kena mengamalkan konsep bersederhana dalam pengambilan makanan, terutamanya ketika bersahur.

Jangan terlalu menurut hawa nafsu yang kerap mengaburi matlamat sebenar kita berpuasa membuatkan kita lebih selesa untuk sambung tidur dan terlepas waktu bersahur yang penuh berkat.

Cara pemakanan yang betul semasa menjalani ibadah puasa

Memilih makanan yang sesuai pada bulan Ramadhan terutamanya pada menu hidangan sahur kita adalah penting untuk badan kita memperoleh nutrien yang diperlukan badan disamping membantu kekalkan kecergasan sepanjang berpuasa.

Pakar nutrisi KKM menyarankan konsep pinggan sihat yang lengkap semua nutrien diperlukan badan semasa berpuasa iaitu suku-suku-separuh semasa bersahur.

Suku bahagian pinggan untuk protein, suku bahagian lagi untuk karbohidrat dan baki separuh bahagian pinggan kita diisi dengan sumber serat seperti sayuran dan buahan.

konsep pinggan sihat kkm

Amalan pemakanan sihat dan seimbang ketika bersahur:

  • Waktu bersahur terbaik adalah 30 minit sebelum Imsak.
  • Ketika bersahur, lebihkan makanan tinggi protein seperti kekacang, ikan, daging atau ayam dan makanan tinggi karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat.
  • Karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.
  • Protein kompleks pula akan melambatkan proses pencernaan dan melambatkan anda rasa lapar.
  • Elakkan dehidrasi dengan ambil buahan dan banyakkan minum air
  • Elakkan minuman berkafein seperti teh atau kopi kerana akan membuatkan anda cepat dahaga ketika berpuasa.

Selain itu, terdapat alternatif mudah, penuh nutrien & sesuai diamal ketika bersahur untuk memberi tenaga sepanjang berpuasa.

Sekiranya anda sudah mengamalkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus sebagai minuman tambah tenaga sebelum Ramadhan, anda boleh terus konsisten mengamalkannya terutama semasa bersahur untuk beri tenaga berpanjangan.

Cara pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah Plus ketika bulan Ramadhan tetap sama iaitu 2 kali sehari diambil sebelum makan.

Sekiranya sebelum Ramadhan, anda ambil 1 sudu sebelum sarapan atau makan tengahari dan 1 sudu sebelum makan malam. Ketika Ramadhan, anda boleh ambil 1 sudu Jus Kurma Hidayah Plus sebelum bersahur dan 1 sudu selepas berbuka puasa, sebelum makan malam.

Ini supaya anda dapat kesan optimum dan kekal bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.

Manfaat pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah Plus

  1. Memberi tenaga kepada badan untuk mengatasi masalah lesu dan badan tak bermaya ketika berpuasa
  2. Membantu proses penghadaman, pedih ulu hati dan gastrik yang teruk
  3. Menu hidangan bersahur yang mudah disediakan dan lengkap semua khasiat diperlukan badan sepanjang berpuasa
jus tenaga

Mekanisme SeraiMas Kurma Hidayah Plus

Antara kandungan penting membantu pulihkan tenaga ketika bulan Ramadhan adalah Kurma, Madu, Buah Tin dan Delima.

Makanan sunnah dan herba Produk kesihatan dan kecantikan
Makanan sunnah dan herba Produk kesihatan dan kecantikan
  1. Kurma (membekalkan tenaga)

Kurma kaya dengan serat, gula semulajadi, vitamin A, B-Kompleks, asid amino dan mineral seperti kalium, kalsium, magnesium, dan mineral penting lain yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda serta badan sepanjang berpuasa dan menunaikan ibadat solat sunat Terawih.

  1. Madu (proses penghadaman)

Madu baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia membantu sistem penghadaman berfungsi terutama ketika bulan Ramadhan.

  1. Buah Tin (proses penghadaman dan usus)

Kandungan serat yang tinggi dalam buah tin membantu melancarkan fungsi usus, seterusnya boleh mengelakkan sembelit. Bukan saja usus menjadi sihat, buah tin turut menyelesaikan masalah perut meragam dan juga cirit-birit ketika bulan Ramadhan.

4. Buah Delima (membantu sistem penghadaman)

Kandungan dalam buah delima efektif untuk kurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman badan kita.

Anda boleh dapatkan SeraiMas Hidayah Kurma Plus di farmasi dan toko jamu terdekat

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan ibadat seperti solat sunat Terawih, tadarus dan khatam Al-Quran di samping meningkatkan fokus kita ketika menunaikannya.

Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini dengan badan yang sihat, penuh tenaga dan boleh memberi tumpuan kepada ibadat.

Klik di sini untuk semak lokasi berdekatan anda.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1442H

Daripada,

SeraiMas, 

Raja Segala Herba dan Makanan Sunnah

More Posts

en_USEN