Surirumah zaman kini tidak lagi hanya duduk dirumah dan menjaga anak. Kebanyakan surirumah sudah mula merancang aktiviti-aktiviti yang ingin diisi ketika dirumah, antaranya membuat kerja tambahan seperti membuat bisnes online.
Sekiranya, jika anda seorang surirumah, atau sememangnya anda memang seorang surirumah, adakah benar ketika mana bermula sahaja empat pagi, anda akan mula bangun, mempersiapkan diri, memasak, dan mengemas rumah sebelum mengejut suami dan anak-anak untuk mereka memulakan pagi mereka hari itu ?
Jika ya, anda patut baca artikel ini sehingga habis.
Ada sesetengah surirumah yang sibuk mengurus rumahtangga sehingga tidak sempat makan. Ada juga sesetengah surirumah yang mempunyai anak kecil dan anak-anak yang masih bersekolah yang perlu diuruskan segala pakai minum mereka sehingga surirumah itu sendiri tidak sempat menjamah nasi.
Keadaan seperti ini akan menyebabkan rumah tersebut agak berterabur dan tidak terurus, bukan ?
Apabila seseorang surirumah itu tidak cukup makan, maka bermulalah episod perut mula masuk angin, perut terkena gastrik, dan badan juga mulai lesu untuk meneruskan segala tugasan dirumah. Akibat daripada itu, mood surirumah pastinya akan berubah menjadi garang dan cepat marah walau hanya dalam perkara yang kecil.
Agaknya, bagaimana cara seorang surirumah yang teratur menguruskan dirinya ?
Untuk mengelakkan penyakit diatas berlaku, surirumah yang bijak akan mula mengamalkan makan makanan tambahan untuk memberikan tubuh tenaga yang mencukupi supaya segala tugasan dirumah akan dapat diselesaikan dengan terurus.
Antara makanan tambahan yang elok untuk surirumah adalah makanan sunnah seperti buah kurma, kismis, madu dan buah tin. Mengapa makanan sunnah menjadi pilihan admin sebagai makanan tambahan tenaga untuk surirumah seharian ?
Ini kerana, makanan yang digemari Rasulullah SAW sememangnya telah terbukti menghasilkan banyak khasiat kepada tubuh badan kita. Antara buah-buahan sunnah yang diamalkan Rasulullah SAW adalah :
- Buah kurma
Buah kurma mampu mengurangkan rasa lapar dan mempercepatkan kekenyangan. Sebab itulah disunatkan ketika berbuka puasa, makan buah kurma dalam bilangan ganjil. Selain itu, buah kurma juga mempunyai antioksidan vitamin A dimana ia baik untuk penglihatan mata.
- Buah kismis
Antioksidan yang terdapat didalam kismis mampu menjadi antikanser selain daripada mampu menurunkan kolesterol dalam kandungan darah. Surirumah yang mempunyai berat badan berlebihan bukan sahaja mampu menjaga kesihatan yang baik dengan kismis, malah boleh mengawal kolesterol dalam badan.
- Buah Tin
Sangat bagus dalam merawat pencernaan dan elok untuk mengatasi penyakit sembelit, kembung perut, sakit perut dan sebagainya. Selain itu, buah tin baik untuk mengatasi demam juga. Buah tin sangat bagus kerana sifatnya yang rendah lemak dan rendah gula.
- Madu
Madu adalah pengganti gula yang terbaik malah lebih bernutrisi. Antioksidan didalam madu ini terbukti mampu memberikan ketahanan badan yang tinggi jika diamalkan terutama golongan dewasa. Surirumah sangat bagus mengamalkan pemakanan madu sekiranya mahukan kesihatan dan tenaga yang lebih untuk menjaga rumahtangga dengan lebih harmoni.
Oleh itu, kelebihan memakan makanan sunnah seperti buah kurma, kismis, buah tin dan madu sangat elok untuk diamalkan oleh semua peringkat umur terutama para surirumah. Boleh dapatkan kesemua empat-empat bahan makanan sunnah dalam sebuah botol yang telah dirumuskan menjadi sebuah jus kesihatan kegemaran surirumah abad ini iaitu SeraiMas Kurma Hidayah dengan harga yang sangat mampu milik malah memberikan kesan terbaik yang lebih kepada semua orang.
Jom kita saksikan Siaran Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi) yang telah berlangsung pada 14 Disember 2018, Jumaat yang lalu yang dibicarakan oleh Pengasas dan Pengurus Besar SeraiMas Herbs Sdn Bhd.
SeraiMas,
Raja Segala Herba.