Organ buah pinggang merupakan antara komponen yang sangat penting dalam mengawal sistem perkumuhan manusia dan ia berfungsi memproses sisa cecair yang diminum untuk dibuang semula melalui pundi kencing dan salur kencing.
Namun masalah buah pinggang dalam kalangan masyarakat biasanya datangnya daripada akibat tabiat individu itu sendiri.
Buah pinggang harus dijaga semasa umur masih muda dan sihat. Tapi masih belum terlambat jika kita semua mengimpikan untuk memiliki buah pinggang yang sihat dan sempurna.
Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit buah pinggang, atau anda mempunyai masalah kesihatan berkaitan tekanan darah tinggi, kencing manis atau mungkin berusia lebih dari 60 tahun, anda berisiko untuk mengalami masalah buah pinggang.
Antara tabiat kita sendiri yang menjadi punca kerosakan buah pinggang adalah seperti:
5 PUNCA KEROSAKAN BUAH PINGGANG
1. Pengambilan garam yang banyak
- Tidak dinafikan garam sangat sinonim dalam masakan masyarakat kita, namun ia sebenarnya adalah duri dalam daging kerana diet tinggi garam juga adalah tinggi. Sebagai alternatif lain boleh cuba gantikan garam dengan herba atau rempah lain bagi mengelakkan pengambilan garam secara berlebihan.
2.Pengambilan gula secara berlebihan
- Gula sangat terkenal dalam makanan dan minuman rakyat Malaysia yang sememangnya tidak bagus kerana boleh meningkatkan risiko diabetes serta tekanan darah tinggi yang kesemuanya membawa masalah buah pinggang.
3. Pengambilan air yang kurang
- Kekal berhidrasi sangat penting bagi memastikan buah pinggang anda bebas daripada anasir buruk. Minum air secukupnya dapat membantu mengelak pembentukan batu karang serta kegagalan fungsi organ buah pinggang dan sangat disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1.5 ke 2 liter air dalam sehari.
4. Tidur tak cukup
- Tidur yang nyenyak dan lena pada waktu malam adalah sangat penting untuk keseluruhan tubuh badan termasuklah buat buah pinggang. Organ ini juga perlu ‘berehat’ untuk regulasi dan koordinasi yang lebih baik setelah ‘bekerja’ keras dalam seharian.
5. Gaya hidup tidak sihat
- Tabiat buruk seperti pengambilan makanan yang tidak terkawal, menghisap rokok, an mengambil alcohold sangat berpotensi merosakkan keseluruhan fungsi dan sistem tubuh badan akibat bahan yang terkandung di dalamnya.
Walaupun ginjal boleh berfungsi tanpa pasangannya, lebih elok jika mengambil langkah berjaga-jaga. Jangan tunggu sehingga sakit buah pinggang menjadi kronik atau gagal sepenuhnya baru nak ambil tindakan.
AWAS! Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti kencing berdarah, kencing berbuih, dan kerap kencing sila semak menu diet harian anda agar dapat memiliki buah pinggang yang lebih sihat dan kuat.
Hidayah Gold Plus Collagen diformulasikan dengan 23 Herba yang membantu pelbagai masalah kesihatan yang berumur 40 tahun ke atas. Penemuan 23 herba yang diperkaya dan membantu mencegah masalah buah pinggang anda seperti
#Kunyit Mengandungi antioksidan yang dapat melawan inflamasi. Kajian menunjukkan ia dapat menghentikan peradangan terhadap penyakit berkaitan buah pinggang kronik.
#Delima: Kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
#Cengkih: Menjaga paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal. Cengkih juga dapat meningkatkan rembesan insulin dan membaiki fungsi sel untuk membuat insulin. Fungsi insulin yang baik akan membantu mengawal kenaikan paras gula dengan gabungan diet yang seimbang, pengambilan cengkih mampu mengawal paras gula di dalam darah.
Untuk membantu kesihatan dengan lebih baik, perlulah mengamalkan secara berterusan untuk memiliki kesihatan yang lebih baik setiap hari bersama SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen yang membantu merawat masalah seperti
- 3 serangkai
- Kolestrol
- Buah pinggang
- Gout
- Masalah saraf
#KanMakDahCakap, penjagaan makanan adalah penyumbang utama kepada kesihatan. Jika tsekarang tak ubah cara pemakanan dan gaya hidup, penyakit sudah siap sedia menanti di hadapan anda. AWAS! Hargailah kesihatan anda.
Kini, anda boleh dapatkan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website https://seraimas.my/backup atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.