MENOPAUS bukanlah penyakit, sebaliknya petanda kepada wanita yang mereka tidak lagi subur. Ia berlaku apabila pusingan haid berhenti setidak-tidaknya dalam tempoh 12 bulan secara berterusan.
Selain itu, menopaus atau lebih dikenali sebagai putus haid yang dialami kaum wanita adalah berbeza-beza bagi setiap individu.
Namun, tidak mustahil juga wanita berumur seawal 40 tahun ke atas akan mengalami simptom monopaus tapi bergantung juga kepada kondisi kesihatan tubuh badan wanita.
Bukan itu sahaja, menopaus sangat mempengaruhi kestabilan hormon dalam tubuh wanita. Sebelum wanita memasuki fasa menopaus, mereka akan mengalami satu fasa yang dinamakan sebagai pramenopaus yang membuatkan sesetengah antara mereka berasa panas dan kurang selesa.
JOM KENALI 5 TANDA- TANDA MONOPAUS
Terdapat beberapa gejala menopaus yang perlu diberikan perhatian antaranya:
1. Kitaran menstrual tidak teratur
- Haid mungkin lebih pendek atau lebih lama, tapi boleh jadi berkurangan berbanding biasa.
2. Emosi tidak stabil
- Emosi seorang wanita memang mudah berubah-ubah. Puncanya kekurangan penghasilan hormon yang membuat otak dan badan menjadi tidak stabil.
3. Seks dan kesuburan rendah
- Anda mungkin menjadi semakin kurang berminat atau sebaliknya boleh merasa lebih bebas dan seksi selepas menopaus!
4. Perubahan fizikal
- Kulit dan rambut semakin menipis, berat badan bertambah, tubuh terasa lemah dan perubahan fizikal yang bakal dialami saat putus haid. Sangat penting untuk kekal aktif serta bekerja dengan lebih keras untuk mengekalkan kekuatan dan kekal segar.
5. Badan terasa panas dan sukar untuk tidur
- Hot flashes boleh membuatkan anda berasa panas secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas. Badan seorang wanita yang kepanasan boleh mengakibatkan mereka sukar untuk tidur.
Jadi, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan gejala sukar tidur seperti:
- Gunakan kipas atau penyaman udara
- Minum air sejuk sebelum tidur
- Tetapkan suhu bilik untuk kekal nyaman
- Lapikkan tempat tidur dengan alas yang selesa
Pemakanan, gaya hidup dan genetik turut mempengaruhi gejala menopaus sehinggakan ada wanita takut untuk melalui saat sebelum menopaus kerana tidak mahu berhadapan rasa panas dan beremosi.
TIPS HADAPI MENOPAUS
Kini ramai wanita beranggapan menopaus bukanlah masa untuk bersedih sebaliknya meraikan fasa hidup baru dengan lebih tenang dan bahagia.
Dalam tempoh menopaus, mereka tidak bimbang dengan gejala haid serta kehamilan. Oleh itu setiap wanita perlu meraikan fasa menopaus bagi meneroka keseronokan dan kegembiraan serta mengisi dengan pelbagai perkara positif.
Ia juga masa untuk menjaga kesihatan dengan betul dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti:
- Makan makanan sihat dengan memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Senaman harian tidak hanya di gymnasium dan boleh lakukan di rumah.
- Minum banyak air kosong untuk melembapkan kulit.
- Buat rancangan untuk waktu bersama suami.
- Bertemu doktor sekiranya ada sebarang masalah.
Bukan susah pun nak jaga kesihatan sekarang ni, dengan adanya macam-macam produk di pasaran yang memudahkan pelanggan seperti produk minuman kesihatan wanita SeraiMas Siedaara satu botol dah cukup lengkap dengan bahan makanan semulajadi seperti jamu.
Zaman nenek moyang kita dulu pun dah amalkan sejak dulu lagi, kan mak dah cakap jamu ni elok amalkan dari anak dara lagi dan membantu merawat masalah dalaman.
Kini, anda boleh dapatkan SeraiMas Siedaara di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website
atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.