Apabila menyebut tentang masalah stres, ianya sering dikaitkan dengan punca utama masalah kemerosotan hidup. Permasalahan ini bukan sahaja berkait rapat dengan emosi dan fizikal bahkan dapat memberi kesan kepada orang sekeliling.
Kami percaya jumlah individu yang mengalami masalah stres ini semakin hari semakin meningkat ditambah pula dengan cabaran dan situasi mencabar seperti wabak pandemik ini yang mana telah mengubah corak kehidupan majoriti masyarakat di Malaysia.
KETAHUI TANDA – TANDA STRES
Jom ketahui tanda-tanda stres. Mungkin anda mengalami salah satu tanda di bawah :
-
- Tanda secara fizikal: mudah berasa letih, lemah badan, degupan jantung meningkat, sakit bahu ataupun belakang dan pening kepala.
- Simptom stress dari segi mental: Lemah daya ingatan, tertekan, fikiran bercelaru, dan tidak respons terhadap perkara yang melucukan.
- Tanda dari segi emosi: mudah marah, sering berasa kecewa, merungut selalu, kerap berasa takut dan sensitif
Apabila seseorang berhadapan dengan situasi stres, badan akan memberikan respons dalam pelbagai bentuk yang merangkumi hormon serta organ dalam tubuh badan yang juga bergantung kepada punca stress. Ketika stress, badan akan menghasilkan banyak hormon adrenalin dan juga kortisol serta disalurkan ke dalam saluran darah. Hormon ini kemudiannya menyebabkan badan serta minda bersedia menghadapi situasi stress dengan merangsang beberapa organ vital dalam badan.
Sekiranya tahap tekanan anda terlalu tinggi dan menyebabkan kesan negatif terhadap kesejahteraan anda, anda perlu belajar mengawalnya agar anda lebih sihat, baik dari segi mental dan fizikal. Matlamat utama pengurusan tekanan adalah untuk memiliki kehidupan yang seimbang, dengan cukup masa untuk bekerja dan kehidupan peribadi serta ketahanan untuk menghadapi tekanan dan cabaran. Jadi amat penting untuk anda mengetahui pengurusan stres yang betul.
CARA URUS TEKANAN & STRES
Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menguruskan tekanan atau stres anda. Antaranya:
-
- Melakukan aktiviti kerohanian
- Mengadakan senaman secara berkala
- Mempraktikkan pengamalan tidur yang baik (sleep hygiene).
- Berjumpa dengan pakar kaunseling
- Mengamalkan pemakanan yang sihat
Jom kita lihat perkongsikan pengalaman yang dikongsikan dari Puan Leez Rosli dalam menangani masalah stress :
Haaaa..Bagaimana? Semua orang tidak terkecuali dalam mengalami masalah stres yang membezakannya adalah bagaimana kita berjaya menguruskan masalah stres yang dihadapi. Bagi Puan Leez Rosli beliau berjaya atasi masalah dengan memenuhkan aktiviti hariannya dengan membersihkan ruang bilik tidurnya.
Selain itu, beliau juga menggunakan produk Seraimas Minyak Terapi Warisan sebagai bauan ‘Cooling Sensation’ untuk melegakan kesakitan yang dialaminya. Anda pula bagaimana? Nak dapatkan produk Seraimas Minyak Terapi Warisan? Teruskan pembacaan anda.
KEMPEN TERIMA KASIH SERAIMAS DAN PERADUAN KONGSI & MENANG
Istimewa untuk anda Kempen Terima Kasih SeraiMas yang bermula pada 25 Januari 2022 ini dilanjutkan hingga 28 Februari 2022, jadi jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan menyertai “Peraduan Kongsi & Menang”.
Caranya sangat mudah, anda perlu selfie bersama produk-produk SeraiMas yang pernah anda gunakan sebelum ini dan kongsikan detik-detik indah itu beserta caption penghargaan dan #TerimaKasihSeraiMas di dalam Facebook atau Instagram anda. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah Istimewa menanti anda.
Untuk anda yang ingin dapatkan SeraiMas Minyak Terapi Warisan. Anda boleh dapatkan produk di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.
Jom dapatkan SeraiMas Minyak Terapi Warisan sekarang!