KENALI MASALAH PENYAKIT DALAMAN YANG SERING MENIMPA KAUM WANITA

Table of Contents

Bila membicarakan tentang penyakit, ia boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, kaum mahupun jantina. Tapi tahukah anda kesedaran tentang penyakit terutamanya hal dalaman wanita perlu diambil berat. 

Kaum wanita cenderung mengalami masalah dan kondisi kesihatan tidak kiralah dari aspek kehamilan, fibroid atau masalah menopaus namun memiliki kesedaran berkaitan penyakit wanita memainkan peranan penting, agar langkah pencegahan dapat diambil sebelum terlambat.

 

FIBROID RAHIM 

Fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering dilihat pada sistem reproduktif wanita. Fibroid, juga dikenali dalam istilah lain seperti myomas, leiomyomas, atau fibroma rahim yang merupakan ketumbuhan yang padat yang terhasil daripada sel-sel otot dan tisu penghubung yang berkembang di rahim.

Ia bukanlah satu kondisi asing dan kerap dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan usia subur (reproductive). Kira-kira 20% wanita dalam usia subur mempunyai ketumbuhan ini dan ia jarang sekali dialami oleh perempuan muda yang belum haid. Fibroid rahim juga sering kali mengecut selepas menopaus. 

 

KANSER GINEKOLOGI 

Kanser ginekologi adalah kanser yang melibatkan organ pembiakan wanita. Kanser selalu dinamakan untuk bahagian badan di mana ia bermula. Kanser ginekologi bermula di tempat yang berlainan di pelvis wanita, yang merupakan kawasan di bawah perut dan di antara tulang pinggul. 

 

JENIS KANSER GINEKOLOGI

    • Kanser serviks bermula di serviks, yang merupakan bahagian bawah rahim yang sempit dan bawah.
    • Kanser ovari bermula di ovari, yang terletak di setiap sisi rahim.
    • Kanser rahim bermula di rahim, organ berbentuk pir di pelvis wanita di mana fetus berada ketika hamil.
    • Kanser faraj bermula di faraj, yang merupakan saluran seperti tiub yang berongga di antara bahagian bawah rahim dan bahagian luar badan.
    • Kanser vulva bermula di vulva, bahagian luar organ genital wanita.

Antara faktor risiko penting yang boleh terjadinya Kanser Ginekologi ialah melalui faktor sejarah keluarga, kegemukan, usia dan HPV. Penting untuk anda dapatkan rawatan awal serta melakukan pemeriksaan sekiranya anda mempunyai salah satu faktor di atas. 

 

SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS) 

Menurut Portal My Health, PCOS adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya. Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.  

Pengidap PCOS juga mempunyai level hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, menghasilkan hirsutism, rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun (botak) dan jerawat.

Walaupun punca sebilangan penyakit masih tidak dapat dirungkai, perubahan gaya hidup dan pola pemakanan sihat dapat bantu mencegah risiko ancaman kesihatan wanita ini. Penting untuk kaum wanita sentiasa menjaga kesihatan mereka kerana ianya bukan sahaja membantu mereka memberikan tenaga dalam aspek luaran bahkan aspek dalaman juga. 

Kami kongsikan salah satu produk yang dapat memberikan anda tenaga tambahan khusus untuk para wanita : 

Tahu ke tahu sebenarnya Seraimas Siedaara ada mengeluarkan produk khusus untuk golongan wanita, remaja & wanita selepas bersalin untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran.  Antara kebaikan Produk Seraimas Siedara ini ialah : 

    • Membantu merangsang hormon estrogen 
    • Membantu kitaran haid yang teratur 
    • Membantu masalah keputihan 
    • Melancarkan peredaran darah 
    • Meningkatkan kapasiti antioksidan badan 
    • Meredakan senggugut dan masalah pencernaan 
    • Penggalak Susu (Wanita Selepas Bersalin) 
    • Membantu mempercepatkan dan menyembuhkan luka 

 

KEMPEN TERIMA KASIH SERAIMAS DAN PERADUAN KONGSI & MENANG 

Istimewa untuk anda Kempen Terima Kasih SeraiMas yang bermula pada 25 Januari 2022 ini dilanjutkan hingga 28 Februari 2022, jadi jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan menyertai “Peraduan Kongsi & Menang”

Caranya sangat mudah, anda perlu selfie bersama produk-produk SeraiMas yang pernah anda gunakan sebelum ini dan kongsikan detik-detik indah itu beserta caption penghargaan dan #TerimaKasihSeraiMas di dalam Facebook atau Instagram anda. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah Istimewa menanti anda. 

Untuk anda yang ingin dapatkan SeraiMas Siedaara. Anda boleh dapatkan produk di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my  atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.

Jom dapatkan SeraiMas Siedaara sekarang! 

 

More Posts

en_USEN