Sayang, Marah, & Kasih berkait rapat dengan amanah dan sabar.. Allah juga menurunkan amanah kepada kita sebagai seorang anak atau hamba Allah di muka bumi ini untuk menjaga mak ayah dari segi fizikal dan emosi.
Peranan anak adalah senantiasa membahagiakan mak ayah selagi mereka masih hidup dan anak perlulah bersikap lebih sabar dalam menjaga mak ayah kerana mereka lebih cepat sensitif apabila usia meningkat.
Anak-anak juga pastinya tidak terlepas daripada membuat silap kepada mak ayah. Oleh itu, anak sepatutnya mengambil langkah supaya mak ayah tidak cepat berkecil hati dengan kelakuan anak – anak tersebut.
Sedikit perkongsian daripada Hiadayah Talk by Dai Wan yang boleh di kongsi bersama dalam tajuk
“Sayang,Marah & Kasih” seperti dibawah:
- Sayang berpada- pada, marah biar bertempat
Contohnya kalau hari ini mak dan ayah , gagal menjaga silaturrahim antara anak dan adik beradiknya, maka gagal lah mereka dalam menjaga amanah.
- Mengubah posisi ketika marah
Rasulullah SAW bersabda; “Apabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.” (hadis riwayat Muslim).
- Berhati- hati dalam memikul amanah
Apabila menjalankan tanggungjawab,perlulah memikul dengan baik dan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut dengan perkara yang tidak baik.
Oleh itu, jalankan tanggungjawab dengan amanah, jangan sesekali menyalahgunakan kepada sesuatu yang tidak baik.
TERKINI:
SeraiMas HQ akan memberikan 5,000 sample SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen secara percuma. Caranya, anda perlu saksikan Hidayah Talk by Da’i Wan di page FB SeraiMas HQ dan jangan lupa follow untuk ketahui segala maklumat dan aktiviti kempen yang dijalankan oleh SeraiMas.
Selamat Menonton..
SeraiMas,
Raja Segala Herba.