SeraiMas Herbs Sdn. Bhd. (1227131-D)
No. 20, Industri Ringan Teres 3 Tingkat Jalan Teguh 2, Taman Industrian Labis 85300 Segamat, Johor

+6012 784 8364
info@seraimas.my

Raja Segala Herba

Blog

4 Langkah Mudah Merawat Sembelit Yang Anda Boleh Lakukan Di Rumah

Hampir setiap orang pernah mengalami masalah sembelit yang mengganggu keselesaan perut dan aktiviti harian. Ini biasanya terjadi disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak sihat.

Oleh itu, teruskan membaca artikel ini untuk mengenal pasti punca-punca lain sembelit dan cara-cara yang boleh diambil untuk merawatnya.

Apa itu Sembelit?

Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi, ia merupakan satu masalah pencernaan yang mengganggu kekerapan seseorang untuk membuang air besar.

Gejala ini juga menyebabkan mereka berasa sukar untuk membuang najis kerana, najis di dalam badan menjadi keras. 

Kebiasaanya, gejala-gejalanya adalah seperti berikut, namun ia mungkin berlainan mengikut individu. 

  • Tidak membuang air besar lebih daripada 2 kali 
  • Najis yang dibuang adalah keras, kering dan berketul-ketul
  • Perut berasa kembung, kejang, tidak selesa atau sakit
  • Selera makan yang berkurangan.
  • Perlu meneran dengan kuat untuk mengeluarkan najis
  • Saluran duburnya seolah-olah terasa tersumbat
  • Merasakan tidak puas selepas buang air besar

Punca Sembelit

sembelit

Antara punca utama berlakunya masalah sembelit adalah tabiat yang sering menahan pembuangan najis. Hal ini akan menyebabkan kesan negatif terhadap fizikal seseorang. 

Selain itu, pengambilan air dan serat yang kurang juga mendorong kepada masalah berlakunya sembelit.

Ini kerana, tekstur najis secara tidak langsung bergantung kepada kondisi pengambilan makanan seseorang.

4 Cara Merawat  

1. Minum lebih banyak air

sembelit

Dehidrasi boleh menyebabkan anda mengalami gejala sembelit. Oleh itu, bagi mengelakkan masalah ini, anda perlu minum air dengan kuantiti yang banyak untuk kekal terhidrat. 

Apabila anda mengalami gejala ini, anda boleh mendapatkan kelegaan dengan minum air berkarbonat (sparkling) untuk membantu badan anda kembali terhidrat.

Mengikut sesetengah kajian, pengambilan air sparkling adalah lebih berkesan berbanding air biasa bagi melegakan sembelit. 

Namun begitu, anda tidak disarankan untuk minum air berkarbonat seperti soda yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Hal ini kerana ia akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis dan boleh juga membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

2. Mengambil lebih serat dalam pemakanan

sembelit

Pengambilan serat adalah penting bagi meningkatkan konsistensi najis dan membuatkan ia lebih mudah keluar dari dubur.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai masalah sembelit kronik boleh mendapat manfaat daripada pengambilan serat. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis serat yang diambil.

Antara makanan tinggi kandungan serat yang boleh diambil adalah, gandum, sayur, bijirin penuh, oat, barli, kekacang, bijian dan lentil.

3. Pengambilan laksatif herba

sembelit

Tahukah anda, Senna, iaitu sejenis laksatif herba sering digunakan bagi melegakan masalah sembelit. Anda boleh mendapatkan pil ini di farmasi berdekatan atau secara atas talian. 

Herba ini boleh diambil samada secara oral atau dimasukan ke dalam dubur. Herba jenis Senna ini juga mengandungi tumbuhan yang dipanggil glycoside.

Ia berfungsi bagi merangsang saraf dalam bahagian usus dan juga melancarkan pergerakan usus.

4. Mengambil minuman berkafein

Pengambilan minuman berkafein juga boleh membantu masalah sembelit kerana ia boleh  merangsang otot dalam sistem pencernaan. 

Tambahan pula, kajian menemui bahawa minuman kopi berkafein boleh merangsang usus dan ia juga merupakan 60% lebih efektif berbanding dengan minum air dan 23% lebih berkesan daripada kopi tanpa kafein.

Bukan itu sahaja, kopi juga mengandungi kandungan serat larut yang sedikit dan mampu membantu mengelakkan sembelit dengan cara meningkatkan keseimbangan bakteria usus.

Konklusinya, walaupun sembelit bukanlah sesuatu yang dianggap serius, pesakit masih dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Ini adalah untuk menjamin keselesaan proses pembuangan air dan mengelakkan komplikasi-komplikasi lain yang lebih teruk.

Sekiranya keadaan bertambah teruk seperti sakit perut yang melampau dan terdapat darah pada najis serta pengurangan berat badan yang ketara, segera lah mendapatkan rawatan pakar.

Namun, jika anda berminat untuk mengambil langkah awal dalam mencegah masalah sembelit, kami sarankan Seraimas Kurma Hidayah Plus keluaran Seraimas.

Oleh kerana kurma mempunyai kandungan serat yang tinggi, Seraimas Kurma Hidayah adalah sangat bagus untuk diambil bagi kesihatan pencernaan.  

Jadi selepas mengambil Seraimas Kurma Hidayah Plus ini, masalah sembelit anda akan dapat diatasi.

Seraimas Kurma Hidayah ini mengandungi pelbagai makanan

yang terbaik seperti:

  •  Delima
  •  Goji
  •  Kismis
  •  Buah Tin
  •  Kurma
  •  Madu
sembelit

Selain itu, Seraimas Kurma Hidayah Plus ini juga sesuai untuk ibu mengandung, selepas bersalin, kanak-kanak dan membantu meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Seraimas

Kurma Hidayah Plus ini, klik sini.

Dapatkan Kurma Hidayah Plus Di Sini

Sorry, the comment form is closed at this time.