Walaupun penyakit jantung ini lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita, sesiapa sahaja tidak mengira jantina mahupun umur boleh mengalami sakit jantung.
Penyakit jantung atau penyakit kardiovaskular merupakan salah satu penyebab utama kematian di seluruh dunia.
Penyakit ini ada pelbagai jenis dan penyebabnya.
Seperti semua penyakit, sakit jantung juga ada cara merawat dan mencegahnya.
Teruskan membaca kalau nak tahu dengan lebih lanjut!
Sakit Jantung dan Gejalanya
Penyakit jantung merupakan suatu kondisi yang mempengaruhi fungsi jantung dan menghalangnya daripada bekerja dengan efisien.
Jantung adalah organ otot yang kompleks yang mengepam darah ke seluruh tubuh mengikut ritma yang tetap.
Mengenali tanda dan gejala penyakit jantung dapat membantu anda untuk mengambil langkah awal sebelum penyakit ini menjadi lebih berbahaya.
Antara gejala sakit jantung yang perlu anda awasi ialah:
- Sesak nafas
- Sakit pada bahagian dada – selalunya di bahagian tengah dada atau ke sebelah kiri
- Rasa cemas, gelisah, tertekan – dada berasa sempit seperti dihimpit
- Sakit di bahagian badan seperti lengan kiri, dagu atau gigi
- Sakit perut
- Loya dan muntah
- Batuk
Jika anda mendapati anda mempunyai gejala-gejala ini, anda perlu bersegera ke hospital terdekat untuk lakukan pemeriksaan.
Punca Penyakit Jantung
Pedoman “mencegah lebih baik daripada merawat” boleh diguna pakai dalam segala macam situasi termasuklah mencegah sakit jantung.
Bagi mencegahnya, anda perlu tahu punca-punca sakit jantung terlebih dahulu.
- Tekanan darah tinggi
Musuh utama serangan jantung adalah tekanan darah tinggi.
Hal ini kerana, jika tekanan darah tinggi tidak terkawal, jantung boleh rosak seperti pembentukan plak dalam arteri koronari yang menyebabkan saluran ateri menjadi sempit.
Selain itu, tekanan darah tinggi memaksa jantung untuk bekerja dengan lebih keras daripada biasa.
Tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan kegagalan jantung yang lazimnya akan menjurus kepada kematian.
- Kolesterol tinggi
Kadar kolestrol yang tinggi akan mendorong penyumbatan plak lemak dan kolesterol dalam pembuluh darah (arteri) dan mengakibatkan aliran darah terganggu.
Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan dalam kes yang teruk, bekalan oksigen terus terhenti disebabkan penyumbatan tersebut.
Otot jantung yang terlibat akan mati dan menyebabkan serangan jantung yang terus dan boleh membawa kematian.
- Usia dan jantina
Risiko menghidap sakit jantung adalah lebih tinggi bagi individu yang berumur 65 tahun ke atas.
Sebahagian besar penyakit jantung adalah lelaki kerana wanita mempunyai paras estrogen yang tinggi ketika masih subur yang merendahkan risiko mereka menghidapi sakit jantung
- Keturunan dan penyakit kronik lain
Individu yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap sakit jantung adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung.
Selain itu, jika anda mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan obesiti, potensi untuk diserang sakit jantung adalah tinggi.
- Gaya hidup
Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum alcohol, pemakanan tidak sihat, tidur tidak teratur dan banyak lagi, boleh menyebabkan anda menghidap penyakit jantung.
Amalan Pencegahan Sakit Jantung
Pencegahan bukanlah satu rawatan kerana anda perlu mengamalkannya seawal yang mungkin sebelum anda diserang penyakit jantung.
Terdapat beberapa amalan yang boleh anda lakukan bagi mencegah sakit jantung.
- Menjalani saringan kesihatan
Ujian saringan kesihatan yang berkala adalah satu amalan yang baik.
Tujuannya adalah untuk memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit berbahaya dan kronik.
Antara ujian saringan yang sering digalakkan oleh pakar perubatan adalah ujian saringan kardiovaskular.
Ujian tersebut terdiri daripada 3 jenis ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah.
Ketiga-tiga ujian ini adalah bagi mengesan penyakit kronik berkaitan jantung.
Bagi kesihatan jantung, anda seharusnya menjalankan ujian saringan 2-3 tahun sekali.
Jika anda mengalami simptom sakit jantung, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat pakar perubatan.
- Berhenti merokok
Umum diketahui bahaya merokok membahayakan kesihatan terutamanya pada organ dalaman seperti paru-paru dan jantung.
Kajian banyak membuktikan bahawa ramai penghidap penyakit jantung adalah perokok tegar.
Bahan kimia dalam rokok seperti nikotin berbahaya kerana boleh menyebabkan darah sukar untuk dipam ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, asap daripada rokok akan menyebabkan proses pembekuan lebih pantas dan mengakibatkan bekalan oksigen dalam badan berkurangan.
Jika anda ingin mencegah penyakit jantung sebelum ia menjadi lebih kronik, sayangilah jantung anda dengan berhenti merokok.
Jika anda tidak merokok, jangan cuba-cuba untuk mulakannya.
- Amalkan diet yang sihat dan seimbang
Pemakanan merupakan faktor utama yang menentukan tahap kesihatan individu sama ada baik atau sebaliknya.
Selain daripada mengamalkan pengambilan makanan yang sihat, pastikan diet anda seimbang dan memenuhi keperluan badan anda.
Kajian telah membuktikan bahawa individu yang mengamalkan pemakanan yang sihat dapat mengurangkan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 28%!
Pastikan anda menjauhi makanan yang berkolesterol tinggi, mengandungi kandungan garam yang tinggi dan mengurangkan pengambilan alkohol secara berlebihan.
Hal ini kerana, pengambilan secara berlebihan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit yang akhirnya boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
- Bersenam
Mengawal diet sahaja tidak cukup kerana ianya perlu digandingkan dengan amalan bersenam.
Senaman yang konsisten dan teratur mampu menurunkan paras tekanan darah selain daripada membantu merendahkan risiko menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung.
Disarankan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Ramai di antara kita yang menjadikan alasan sibuk bekerja untuk mengelak daripada melakukan senaman tetapi banyak cara yang boleh anda melakukan senaman di tempat kerja.
Contohnya meletakkan kenderaan sedikit jauh daripada pejabat agar anda terpaksa berjalan atau mengambil 5-10 minit di antara tugasan untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat.
- Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen
Salah satu amalan yang boleh anda amalkan adalah pengambilan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen.
Jus kesihatan ini mengandungi formula 23 raja herba yang khusus dirumuskan untuk pesakit 3 serangkai iaitu sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Antara herba dalam jus kesihatan ini adalah madu, delima, rumpai laut, habbatus sauda, mengkudu, kismis, aprikot, senduduk putih dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan kebaikan maksimum dari Hidayah Gold, disarankan untuk anda mengamalkan produk ini sekerap 2 kali sehari.
Sekali sebelum makan pagi atau tengahari dan sekali lagi sebelum makan malam.
Anda disarankan untuk minum 1 sudu besar jus ini sejam sebelum makan atau ketika perut kosong.
Pastikan anda goncang dahulu sebelum minum dan menyimpannya di tempat kering di bawah suhu 30°C.
Jika anda mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, pastikan anda menjarakkan pengambilan jus ini selama satu jam.
Pastikan anda hidrasi secukupnya dengan mengamalkan 8 gelas air putih setiap hari di samping mengamalkan pengambilan Seraimas Hidayah Gold Collagen.
Produk ini tidak perlu diragui lagi kerana banyak testimoni positif yang diterima selain daripada ianya diyakini halal, berkualiti tinggi dan selamat digunakan.
Seraimas Hidayah Gold Collagen dapat membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ini kerana collagen memberikan struktur kepada salur darah jantung yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan anda.
Tanpa collagen yang mencukupi, salur darah boleh menjadi lemah.
Apa anda tunggu lagi?