Di Malaysia, seramai 6.4 juta orang menghidap penyakit darah tinggi.
Apa yang lagi mengejutkan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan dalam 6.4 juta orang itu, 3 juta orang tidak tahu yang mereka menghidapi penyakit ini.
Itu hanya mereka yang dapat dikesan KKM, belum lagi yang tidak dikesan kerana tidak melakukan pemeriksaan di hospital.
Jadi, anda dah periksa belum sama ada anda ada darah tinggi atau tidak?
Jangan risau, artikel ini akan berkongsikan petanda-petanda dan antara inisiatif yang anda boleh lakukan untuk mengawal darah tinggi anda.
Definisi Darah Tinggi
Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi merupakan penyakit kronik yang boleh membawa komplikasi.
Penyakit ini tiada penyebab khusus.
Tetapi kebiasaannya, individu yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit darah tinggi, obesiti, stress dan diabetes berpotensi mendapat hipertensi.
Tekanan darah tinggi akan menyebabkan organ seperti jantung, otak dan ginjal terdedah dengan tekanan tinggi yang kronik.
Kesannya, komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung boleh mengundang stroke (angin ahmar) dan serangan jantung.
Kegagalan buah pinggang juga boleh berlaku.
Punca Yang Ramai Masih Tidak Sedar
Walaupun tiada punca khusus bagi darah tinggi, kita masih boleh mengenal pasti faktor yang boleh membawa ke darah tinggi.
Antaranya amalan gaya hidup tidak sihat dari pelbagai aspek boleh menyumbang kepada masalah ini.
Antara faktor utama adalah merokok, mengguna alkohol dengan berbahaya, diet yang tidak sihat, kurang aktiviti fizikal dan bersenam serta pengurusan stress yang tidak baik.
Selain itu, pendorong sosial yang turut sama menyumbang adalah pendapatan, pendidikan dan perumahan, gaya hidup tidak sihat disebabkan urbanisasi dan proses penuaan.
Faktor lain yang perlu diambil kira adalah genetik dan sejarah keluarga yang boleh menjadi punca bagi sesetengah individu.
Tekanan darah tinggi juga sering berlaku kepada wahita hamil dan dikenali sebagai praeklampsia.
Penghidap penyakit buah pinggang, endokrin dan kecacatan pembentukan saluran darah juga boleh menjadi penyebab darah tinggi.
5 Petanda Yang Anda Perlu Tahu
Penyakit darah tinggi yang dianggap sebagai pembunuh senyap kerana individu selalu terlepas pandang simptomnya di peringkat awal.
Ramai menganggap petanda-petanda tersebut adalah perkara biasa sehinggalah ia menjadi kronik dan susah untuk dikawal.
Kenali petanda darah tinggi supaya anda dapat elakkannya daripada menjadi lebih parah.
- Sakit kepala
Sakit kepala disebabkan darah tinggi selalunya didapati di tengkuk dan selepas seseorang bangun daripada tidur.
Selalunya pesakit akan mengatakan ia seperti ketegangan pada tengkuk yang kadang kala tersebar ke kawasan bahu.
- Pening
Disebabkan pening kepala merupakan antara perkara yang biasa dihadapi oleh orang ramai, agak sukar untuk mengenal pasti yang mana satu petanda penyakit ini.
Tetapi jika anda merasakan pening kepala diiringi simptom lain, anda perlu berhati-hati dan pantau tekanan darah anda.
- Loya dan muntah
Apabila tekanan naik dengan mendadak, tekanan darah dalam otak turut meningkat.
Hal ini boleh menyebabkan pesakit berasa loya dan muntah-muntah.
- Jantung berdebar
Jika ada rintangan yang tinggi dalam salur darah seperti disumbat plak kolestrol, jantung akan mengepam darah lebih kuat.
Fenomena inilah yang menyebabkan pesakit berasa jantung berdebar.
Perkara ini selalu berlaku selepas melakukan aktiviti fizikal yang tidak berat seperti membuat kerja rumah dan berjalan dengan cepat.
- Sesak nafas
Petanda ini jarang dihidapi dan hanya akan berlaku jika saluran darah paru-paru terjejas.
Kes ini dikenali sebagai hipertensi pulmonal.
Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mengawalnya?
- Air kelapa
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium yang berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung.
Kajian melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
Anda hanya perlu minum 8 auns air kelapa organik segar 1-2 kali sehari.
- Minyak ikan
Lazimnya kita dengar minyak ikan baik untuk jantung anda dan khasiatnya yang tinggi dengan asid lemak omega-3.
Walaupun kajian masih dijalankan untuk melihat fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung dan stroke, namun minyak ikan telah terbukti menurunkan tekanan darah.
Carilah minyak ikan yang berkualiti tinggi untuk memastikan keberkesanannya.
- Senaman
Tiada dapat disangkalkan lagi kebaikan bersenam termasuklah sebagai satu terapi yang baik.
Apakah kebaikan bersenam selain membuatkan anda kekal aktif?
Jantung kita merupakan otot dan setiap kali bersenam, otot anda menjadi lebih kuat.
Jadi, jantung anda akan menjadi lebih efisien mengepam darah dan mengurangkan darah tinggi.
Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen
Antara ikhtiar yang boleh anda ambil adalah dengan mengamalkan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen.
Formula 23 raja herba ini khusus untuk pesakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.
Antara herba dalam jus kesihatan ini adalah madu, delima, rumpai laut, habbatus sauda, mengkudu, kismis, aprikot, senduduk putih dan banyak lagi.
Anda tidak perlu risau kerana produk Seraimas ini diyakini halal, berkualiti tinggi dan selamat digunakan.
Untuk mendapatkan kebaikan maksimum dari Hidayah Gold, disarankan untuk anda mengambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong.
Minum sebanyak 1 sudu besar sekerap 2 kali sehari. Sekali sebelum makan pagi atau tengahari dan sekali lagi sebelum makan malam.
Jangan lupa untuk goncang dulu sebelum minum dan simpan di tempat kering di bawah suhu 30°C.
Jika anda mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, pastikan anda menjarakkan pengambilan jus ini selama satu jam.
Dan yang paling penting, pastikan anda hidrasi secukupnya dengan mengamalkan 8 gelas air putih setiap hari.