Salah satu penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan bayi yang baru lahir di Malaysia adalah penyakit Demam Kuning atau lebih dikenali sebagai jaundis. Secara amnya demam kuning adalah satu masalah kuning pada badan yang boleh dijangkiti tidak kira umur mahupun kanak-kanak atau dewasa.
Gejala kuning pada badan ini boleh dilihat pada mata putih, bawah lidah dan kulit. Kadangkala, cecair badan juga boleh berubah menjadi warna kuning. Perubahan tahap warna kuning ini berubah mengikut tahap bilirubin. Bilirubin ialah bahan yang bertanggungjawab memberi warna kuning tersebut dan ia merupakan bahan kumuh yang dihasilkan dalam darah. Semakin tinggi bilirubin dalam darah, semakin pekat warna kuning tersebut.
JENIS – JENIS JAUNDIS PADA BAYI DAN PENYEBAB?
FISIOLOGI JAUNDIS
Jaundis fisiologi adalah jenis jaundis sering terjadi kepada bayi dan tidak berbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
PATOLOGI JAUNDIS
Jaundis patologi berlaku pada hari pertama kelahiran (kurang 24 jam). Sebab-sebab:
Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
Defisiensi G6PD pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
APAKAH YANG MENYEBABKAN JAUNDIS BERPANJANGAN?
Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh :
-
- Susu ibu (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak berbahaya pada bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional. Bayi selalunya aktif, berat badan meningkat dan najis berwarna kuning.
- Penyekatan aliran hempedu daripada hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat (Biliary Atresia). Bagaimanapun, kes ini jarang terjadi.
- Kekurangan hormon tiroid (congenital hypothyroidism). Kes ini sangat jarang, satu daripada 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Jom kita saksikan Video Testimoni dari Puan Zuhaidah Zulkapli yang mengalami masalah kesihatan ketika hamil dan juga masalah bayi demam kuning namun berjaya atasi masalah itu dengan mengamalkan produk Seraimas Kurma Hidayah Plus :
KEMPEN TERIMA KASIH SERAIMAS DAN PERADUAN KONGSI & MENANG
Istimewa untuk anda Kempen Terima Kasih SeraiMas yang bermula pada 25 Januari 2022 ini dilanjutkan hingga 28 Februari 2022, jadi jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan menyertai “Peraduan Kongsi & Menang”.
Caranya sangat mudah, anda perlu selfie bersama produk-produk SeraiMas yang pernah anda gunakan sebelum ini dan kongsikan detik-detik indah itu beserta caption penghargaan dan #TerimaKasihSeraiMas di dalam Facebook atau Instagram anda. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah Istimewa menanti anda.
Untuk anda yang ingin dapatkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus. Anda boleh dapatkan produk di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282.
Jom dapatkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus sekarang!