DIABETES SEMASA KEHAMILAN APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Table of Contents

Para ibu hamil, pernah tak anda mendengar penyakit GDM yang sering berlaku dalam kalangan ibu yang sedang mengandung? Bagi anda yang belum mengetahui apa itu GDM, GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes semasa kehamilan. 

Merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Keadaan ini jika tidak dicegah dan dirawat boleh membawa kepada pelbagai komplikasi atau kesan-kesan buruk yang memudaratkan kesihatan pesakit

Menurut Pakar Endokrinologi Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Chooi Kheng Chiew, diabetes semasa hamil, atau diabetes dalam kandungan (Gestational Diabetes Mellitus/GDM) merupakan keadaan dialami wanita hamil yang tidak menghidap kencing manis sebelum hamil, tetapi dikesan mempunyai paras glukosa darah lebih tinggi daripada normal.  Ujarnya lagi “Menurut statistik negara, lebih lapan peratus wanita mengandung didapati menghidap diabetes semasa hamil pada tahun 2012”

 

FAKTOR – FAKTOR GDM 

Terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan kemungkinan berlakunya diabetes semasa hamil. Di antara faktor-faktor risiko ini adalah;

    1. Berat badan yang berlebihan (wanita yang ‘overweight’ atau obes), mempunyai saudara rapat yang menghidap kencing manis
    2. Jika wanita tersebut pernah menghidap diabetes semasa hamil sebelum ini dan jika pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (lebih daripada 4 kg), bayi yang cacat atau mati semasa lahir.
    3. Usia yang meningkat, atau jika mengalami masalah lain yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi ataupun penghasilan cecair amniotik atau air ketuban yang berlebihan.

 

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGALAMI MASALAH GDM? 

Tinjauan daripada portal MyHealth, sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:

    • Sejarah keluarga menghidapi diabetes
    • Wanita berumur lebih dari 25 tahun
    • Berat badan yang berlebihan sebelum hamil
    • Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
    • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran
    • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar lebih dari d4kg ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat
    • Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit

 

APA RAWATAN DIABETES KETIKA HAMIL? 

Antara rawatan untuk diabetes semasa kehamilan termasuklah:

    1. Mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di paras normal atau optimal ketika mengandung.
    2. Pesakit harus mengikuti rancangan pemakanan yang sesuai mengikut nasihat daripada pakar pemakanan dan aktiviti fizikal yang berpatutan harus ditingkatkan secara beransur-ansur supaya paras glukosa darah dapat dikawal dalam julat yang selamat.
    3. Pemantauan paras glukosa darah dengan kerap adalah sangat penting bagi memastikan paras gula darah sentiasa berada pada tahap yang normal.

Kami kongsikan kepada anda pengalaman dari salah seorang testimoni sebenar yang mengalami masalah diabetes pada peringkat usia yang sudah berusia di bawah : 

Seperti yang kita tahu, penyakit diabetes bukan sahaja dapat menyerang ibu hamil bahkan ia juga dapat menyerang individu tidak kira bangsa atau umur. Jadi penting untuk diri agar sentiasa berwaspada dan melakukan pencegahan awal sebelum terkena penyakit kronik seperti ini. 

Bagi Puan Rohaini, tindakan awal untuk dapatkan Seraimas Hidayah Gold Plus Collagen adalah salah satu tindakan awal untuk mencegah serta mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibunya. Alhamdulillah setelah menggunakan produk ini, kesihatan ibunya kini bertambah baik dan kadar bacaan gula juga semakin menurun. 

 

KEMPEN TERIMA KASIH SERAIMAS DAN PERADUAN KONGSI & MENANG 

Istimewa untuk anda Kempen Terima Kasih SeraiMas yang bermula pada 25 Januari 2022 ini dilanjutkan hingga 28 Februari 2022, jadi jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan menyertai “Peraduan Kongsi & Menang”

Caranya sangat mudah, anda perlu selfie bersama produk-produk SeraiMas yang pernah anda gunakan sebelum ini dan kongsikan detik-detik indah itu beserta caption penghargaan dan #TerimaKasihSeraiMas di dalam Facebook atau Instagram anda. Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah Istimewa menanti anda. 

Untuk anda yang ingin dapatkan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen. Anda boleh dapatkan produk di atas talian Facebook rasmi SeraiMas https://www.facebook.com/seraimasHQ dan website www.seraimas.my  atau sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-7825282

Jom dapatkan SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen sekarang! 

More Posts

en_USEN