PENJAGAAN WAJAH YANG MESRA WUDUK – RATNA SKINCARE

Table of Contents

Siapa disini yang masih keliru dengan maksud produk mesra wuduk ? Apa yang diperkatakan sebagai produk mesra wuduk ? Bagaimana pula jenis produk mesra wuduk ini ?

Saya akan terangkan satu persatu apakah ia produk ‘Mesra Wuduk’ kepada semua pembaca tegar artikel SeraiMas Herbs.

Kebiasaannya, produk mesra wuduk ini tertuju kepada produk penjagaan wajah (skincare) dan kecantikan wajah (cosmetic).

Maksud ‘mesra’ disini adalah senang, mudah dan menyerap. Manakala ‘wuduk’ pula ialah suci daripada hadas kecil. Suci yang diperkatakan dalam Islam adalah bersih daripada segala jenis kekotoran yang boleh menyebabkan batalnya solat seseorang mukmin itu.

Kebanyakan produk penjagaan & kecantikan wajah yang sedang meluas di Malaysia ini menyatakan mereka adalah produk mesra wuduk dimana bahan yang mereka gunakan dalam setiap produk penjagaan & kecantikan wajah mudah ditanggalkan dan sah dalam solat.

Namun, setinggi mana pula kepercayaan rakyat Malaysia tentang produk yang dilabelkan sebagai mesra wuduk ini ?

Ingin merungkaikan persoalan, teruskan bacaan.

Apa yang dimaksudkan produk mesra wuduk adalah sejenis ciri-ciri produk penjagaan & kecantikan wajah yang mudah ditanggalkan dan mudah dibersihkan sama ada menggunakan pencuci muka ataupun menggunakan makeup remover.

Pembersihan yang dilakukan bukan bermaksud berkali-kali cucian sehingga ia memudaratkan kulit. Ia cukup sekadar mudah dihilangkan dan mudah ditanggalkan.

Kebanyakan produk di Malaysia wajib mendapatkan pengiktirafan JAKIM sebelum dipercayai netizen. Ini kerana, rakyat Malaysia sentiasa percayakan tanda ‘Halal’ atas sesebuah produk agar menjamin setiap benda atau makanan/minuman yang digunakan bersih daripada perkara-perkara yang haram.

“Jika produk itu pada asasnya adalah Halal, maka ia bersih daripada segala kekotoran. Termasuklah sah berwuduk selepas dicuci bersama makeup remover atau pencuci muka,” Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

Mengapa mufti berpendapat begitu ?

[Baca lebih lanjut keratan akhbar Metro dibawah]

Apa yang diperkatakan Mufti Dr. Zulkifli berkenaan definisi produk kosmetik mesra wuduk ialah, selagi mana sesejenis produk itu mudah dihilangkan dan aliran air wuduk sampai sehingga kekulit, maka, produk tersebut Halal dan layak menerima panggilan ‘mesra wuduk’.

Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan produk yang mudah dihilangkan, boleh tonton video dibawah.

 

Oleh itu, SeraiMas Herbs Sdn Bhd yang memahami kehendak bumiputera terutamanya umat Islam, telahpun mengeluarkann produk yang berasaskan herba dimana tiada langsung campuran bahan yang memudaratkan tidak kira dari segi makanan ataupun produk penjagaan wajah. Dengan pemeriksaan yang teliti oleh pihak JAKIM, segala produk keluaran SeraiMas Herbs Sdn Bhd telahpun diikitiraf Halal dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur.

Dari segi produk penjagaan wajah pula, SeraiMas Herbs telah mengeluarkan Ratna Skincare dimana masih menggunakan herba sebagai bahan utama produk mereka. Demi kecantikan para wanita Asia, Ratna Skincare telah dirumus khas daripada bahan semulajadi yang boleh menjadikan kulit wajah lebih sihat, lebih cantik dan lebih kelihatan muda untuk jangka masa yang lama tidak mengira usia.

Sebelum Ratna Skincare dikeluarkan ke pasaran, produk penjagaan wajah yang terdiri daripada lebih kurang 11 item telah pun diperiksa kualiti dan tahap keselamatannya oleh pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Setelah sampel produk berada dibawah pemeriksaan teliti pihak terbabit, akhirnya Ratna Skincare disahkan Halal dan tiada bahan-bahan terlarang terkandung dalam setiap item.

[Boleh semak NOT disini

[Cara Semakan NOT boleh klik disini

Kesimpulannya, tiada keraguan dalam penggunaan setiap produk keluaran SeraiMas Herbs Sdn Bhd, kerana kami sangat menekankan nilai bersama para pengguna iaitu kasih sayang, sentiasa berharap yang terbaik untuk pelanggan, berwawasan, bersemangat yang tinggi dan sentiasa jujur dalam membantu orang ramai.

SeraiMas, Raja Segala Herba.

Ratna Skincare, Rahsia Kecantikan Bersama.

More Posts

en_USEN