Panduan Aktiviti Fizikal Untuk Individu Dewasa

Table of Contents

Anda berumur 40 tahun, banyak habiskan masa di tempat kerja – lebih dari 9 jam?!

Kita sedia maklum gaya hidup tidak aktif sangat berkait rapat dengan risiko kesihatan yang membahayakan seperti penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi.

Penyakit-penyakit ini merupakan punca utama kematian di Malaysia di kalangan orang dewasa.

Panduan Aktiviti Fizikal Khas Untuk Usia 40 tahun ke Atas

Di sini, penulis ingin berkongsi panduan aktiviti fizikal khas untuk anda yang berusia 40 tahun dan ke atas supaya risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) ini dapat di kurangkan.

Data dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 81.2 peratus dewasa yang berkerja mengamalkan gaya hidup tidak aktif pada tahun 2017. Risiko ini disebabkan daripada gaya hidup yang tidak aktif dan kurang aktiviti riadah dalam rutin harian.

Empat tahun telah berlalu, data masih menunjukkan keputusan sama tanpa sebarang pembaikan.

Pihak kementerian mencadangkan supaya individu berusia 40 tahun dan ke atas amalkan gaya hidup sihat dan bergiat aktif dalam kehidupan seharian. Namun, aktiviti fizikal harus mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Antara aktiviti fizikal yang boleh dan sesuai diamalkan ialah aktiviti seperti membasuh kereta, berkebun, berjalan kaki atau berbasikal.

Selain itu, kerajaan turut mengalakkan pengamalan aktiviti fizikal lebih kerap terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang boleh dibuat dalam rumah seperti mengemas rumah, menyusun-atur perabot mudah alih serta melakukan kerja-kerja rumah mengikut tahap kemampuan individu.

Cadangan Aktiviti Fizikal Untuk Dewasa Umur 50 Tahun Ke Atas

Ringkasnya, jika anda termasuk dalam golongan dewasa berumur 50 hingga 65 tahun, anda kena mula libatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bersenam dan berkelah.

Hal ini kerana kita perlu menjadikan aktiviti riadah sebagai agenda harian, sebagai wadah kita melatih diri untuk disiplin serta melindungi diri dari penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan sakit jantung.

Pihak kementerian kesihatan menyarankan agar individu berusia 51 hingga 64 tahun melibatkan diri dalam permainan sukan rakyat seperti bermain wau atau memanah serta aktiviti rekreasi di luar rumah seperti jogging atau berenang sekiranya individu tersebut mampu dan ada minat mendalam terhadap aktiviti tersebut. 

Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja boleh menambah taraf kesihatan kepada individu malah boleh dilakukan bersama keluarga, teman atau masyarakat sekeliling.

Hal ini amat ditekankan kepada individu berusia 51 tahun ke atas terutama sekali yang mempunyai tanda-tanda penyakit 3 serangkai seperti tinggi paras kolestrol, gula, dan garam dalam darah.

Namun, hal ini dapat dikawal atau dielak dengan mengamalkan aktiviti fizikal tahap sederhana mengikut kemampuan masing-masing.

Mereka di galakkan untuk memperbanyakkan aktiviti sukan yang dapat mengeluarkan peluh seperti badminton, memanah, dan jogging atau berjalan kaki.

Aktiviti Regangan Untuk Orang Dewasa berumur 50 tahun ke atas

Selain itu, KKM menggalakkan individu berusia 50 tahun ke atas yang masih berkerja di dalam pejabat atau yang sibuk mengembangkan empayar bisnes kena sentiasa selang seli waktu kerja dan rehat take-15, contohnya, setiap 2 jam, anda boleh bangun sebentar dari kerusi empuk pejabat dan regangkan urat-urat sendi anda.

Selain itu, anda juga boleh buat latihan tarik nafas dalam-dalam atau deep breathing exercise melalui mulut dan hembus melalui hidung perlahan-lahan.

Aktiviti ini membantu kelancaran aliran darah dalam badan dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan oksigen mencukupi.

Satu lagi aktiviti fizikal mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan berjalan short-walk atau stretching ringkas selama 2-3 minit.

Anda akan dapat rasai perbezaan menakjubkan pada badan anda selepas amalan ini di praktikan dan minda anda juga lebih mudah dirangsang.

Cadangan Aktiviti Fizikal Untuk Dewasa Umur 60 Tahun dan Ke Atas

Antara aktiviti fizikal yang sesuai untuk dewasa berumur 60 tahun dan ke atas ialah mengisi masa di hujung minggu atau selepas pulang dari tempat kerja dengan aktiviti fizikal seperti berkebun, berjalan kaki atau berbasikal.

Individu dewasa berusia 65 tahun dan ke atas yang masih bekerja, boleh melakukan aktiviti rekreasi di luar rumah dan senaman berbentuk regangan stretching, jogging, dan taichi bagi memastikan kesihatan badan terpelihara.

Tempoh senaman yang digalakkan adalah sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk aktiviti fizikal tahap sederhana seperti berkebun, jogging, atau berjalan kaki.

Kekerapan aktiviti fizikal tahap sederhana boleh dilakukan minima 3 kali dalam seminggu mengikut kudrat individu.

Atau dengan kata lain, individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh melakukan aktiviti senaman dan regangan sekurang-kurangnya 15 minit sehari, 5 hari seminggu untuk kesan positif.

Tempoh Masa Regangan

Aktiviti regangan boleh kurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis dan juga baik untuk kesihatan mental bagi mengembalikan kesegaran otot-otot tubuh.

Setiap aktiviti riadah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari secara berterusan atau 3 hari seminggu terutama sekali untuk individu berumur 50 tahun ke atas.

Bagi individu dewasa yang kurang aktif atau jarang melakukan aktiviti fizikal disarankan untuk mula melakukan sedikit aktiviti fizikal tahap sederhana sebagai permulaan.

Kenapa Individu Dewasa Perlu Kerap beriadah?

  • Membantu pembakaran lemak dalam badan
  • Memulihkan kesihatan fizikal dan mental anda
  • Melatih otot jantung bekerja secara sihat

Manfaat Beriadah Kepada Individu berumur 40 tahun ke atas 

Terapi Mental dan Fizikal

Dengan mengamalkan aktiviti fizikal dan regangan ringkas secara konsisten terbukti mampu menjadi terapi yang berkesan kepada kesihatan mental dan fizikal individu dewasa. Antaranya:

  • Meningkatkan taraf kesihatan
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Melambatkan osteoporosis (sakit tulang)
  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental
  • Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan

Melegakan dan Menyihatkan Aspek Mental

Selain itu, aktiviti riadah juga memberi manfaat kepada emosi individu dewasa terutamanya dewasa yang berusia 40 tahun ke atas. Antaranya:

  • Kebanggaan dengan pencapaian harian 
  • Motivasi dalam membuat sesuatu aktiviti yang disukai
  • Peluang bersosial dengan orang lain
  • Dapat berseronok dengan kawan-kawan
  • Tidak keseorangan dan dapat berkongsi pengalaman bersama orang lain

Manfaat Beriadah Kepada Individu berumur 50 tahun ke atas

Selain itu, aktiviti riadah juga memberi manfaat kepada pembangunan fizikal individu dewasa terutamanya usia 50 tahun ke atas. Antaranya:

  • Meningkatkan tahap stamina diri
  • Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
  • Menambah stamina untuk melakukan tugasan harian.
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Menaikkan harga diri dan mengurangkan keresahan
  • Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
  • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung

Riadah Bersama Anggota Keluarga Dan Masyarakat

Program senaman beramai-ramai seperti sukan aerobik di kalangan masyarakat boleh mencipta keriangan dalam bentuk senaman dan aktiviti santai yang sihat.

Satu lagi manfaat gaya hidup sihat dan kerap beriadah ialah kepada institusi keluarga. 

Aktiviti riadah bersama keluarga amat digalakkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim menerusi aktiviti riadah. 

Hal ini demikian kerana apabila aktiviti ini dilakukan, semua anggota keluarga akan berkumpul pada satu tempat seperti acara gotong royong dan kenduri.

Sebenarnya amalan beriadah ini sudah lama diamal dalam budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Namun, kesibukkan kita bekerja mengejar cita-cita hidup menyebabkan kita terpesong dari tradisi gaya hidup sihat ini. 

Selepas membaca artikel ini, penulis berharap agar semua pembaca boleh mulakan gaya hidup sihat yang aktif disamping riadah bersama keluarga dan teman. Kita mulakan pada hari ini untuk menjejak kejayaan di hari esok.

Selamat beramal, sentiasa senyum, dan sebarkan kebahagiaan.

SeraiMas juga tidak ketinggalan membekalkan makanan semulajadi kepada anda seperti pengambilan SeraiMas Hidayah Gold Plus

Hubungi kami untuk info lebih lanjut

Serai Mas,

Raja Segala Herba

More Posts

en_USEN