Meluangkan masa bersama ibu bapa adalah kenangan yang terindah buat anak-anak. Tapi kesilapan anak – anak pada hari ini, ramai yang terlepas pandang dan leka dengan kehidupan masing-masing.
Era yang moden dengan kecanggihan dunia hari ini telah membuatkan anak -anak terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sampikan lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa.
Amanah seorang anak umpama memikul bahu kanan kepada ibu bapa mereka. Amanah dan silaturahim berhubung dan berkait rapat diantara satu sama lain. Sebelah kanan amanah, sebelah kiri silaturahim. Umpama seorang amanah kepada ibu ayah mereka.
Hargai setiap detik waktu yang ada bersama ibu bapa kita, agar suatu hari nanti tidak terkilan atas perlakuan yang kita telah buat. Walaupun sesibuk mana, sebagai anak luangkan masa sedikit bersama mereka seperti perkongsian dari Da’i Wan dalam Live Hidayah Talk yang bertajuk “Melawat Bukan Sekadar Sakit” mengenai adab ketika menziarahi ibu bapa ketika sakit seperti :
- Pulanglah jenguk ibu bapa
- Rancangah masa anda dengan sebaik mungkin dan meluangkan masa dengan balik ke kampung menjenguk ibu bapa kita. Jangan sudah terlambat atau sesuatu yang buruk terjadi baru nak sibuk balik dan masa itu ibu bapa tengah terlantar sakit.
2. Semak bagaimana ibu bapa nak solat
- Permudahkan urusan ibu bapa kita ketika nak solat walaupun dalam keadaan sakit atau uzur. Seperti mengambil wuduk.
3. Berborak dan hiburkan hati ibu bapa
- Menceriakan ibu bapa kita walaupun mereka dalam keadaan sakit seperti berborak dan hiburkan hati mereka. Mendekatkan diri seorang anak kepada ibu bapa mereka agar mereka tidak rasa tersisih dan kesunyian.
4. Doakan mereka
- Perbanyakkan doa kepada ibu bapa agar mereka cepat sihat seperti sediakala atau permudahkan segala urusan mereka
Hati-hati dalam menajaga hubungan silaturahim antara ibu bapa kerana boleh menyebabkan rosak sesuatu hubungan di antara anak dan ibu bapa. Manfaatkanlah masa yang korang ada ini dan rajin -rajin lah jenguk ibu bapa. Luangkan masa bersama kedua orang tua kita.. Jangan bila sakit baru nak pergi melawat mereka.. Renung-renungkan.. Selamat Beramal!!
TERKINI:
SeraiMas HQ akan memberikan 5,000 sample SeraiMas Hidayah Gold Plus Collagen secara percuma..
Caranya, anda perlu saksikan Hidayah Talk by Dai Wan di page Fb SeraiMas HQ dan jangan lupa follow untuk ketahui segala maklumat dan aktiviti kempen yang dijalankan oleh SeraiMas.
Selamat Menonton